Sebalik Tirai

Blog ini merupakan makmal dan office di alam maya ini. Rentetan coretan ini bermula dari Perlembahan Nil. Perjalanan yang jauh pasti akan bermula dari langkah pertama.sofwatateef

Aku mencoret blog ini kerana ingin berkongsi idea,bisnesku ,ilmuku,pendapatku,dan apa-apa saja yang produktif,kreatif dan dinamik.

Hanya entiti yang berumur 18 tahun ke atas dan matang SAHAJA serta ingin berkongsi bersama penulis ini. Kenapa Lakaran Pedagang Internet ?

Tidak digalakkan membaca blog ini kalau anda malas berfikir huhuhuhuu!!

Aku sentiasa belajar apa-apa ilmu yang boleh memajukan diriku sendiri,berpandangan jauh,pemikiran kritis,mengkaji untuk dikongsikan di sini sebagai catatan nota meniti alam kehidupan.Terutamanya dalam bidang yang sedang berkait dan berkitaran yang berkembang dari masa ke semasa .

belajarforexmarketiva

Di ruangan ini juga aku hanya berkongsi idea,ilmu,pengalaman aku apa yang terbuku di pemikiran dan hala tuju dalam bisnes yang dikira boleh menghasilkan pendapatan sampingan sekadar untuk bayar bermacam-macam bil,prepaid kad,tambang bas,bayar hutang,tambang kereta dan hal-hal yang ada kaitan dalam kehidupan seharian..untuk mencari setitis ilmu untuk aku dan anak bangsaku..

Pandangan aku yang tak seberapa hanya memikirkan untuk mendapatkan wang dan pengembangkannya agar ia terus bercambah dengan membahagikan kepada 2 perkara tentang perlunya duit dalam hidup.

Pertama : Aku perlu ada wang mengalir dan

Kedua : Aku perlu ada wang beku.

Bagaimana wang yang mengalir?

Wang yang dikira sebagai setiap hari diperlukan untuk kegunaan keperluan hidup seharian yang mesti dibebaskan..pakai komputer pun pakai elektrik..pakai air pun kena bayar..pakai tepon pun kena bayar…hidup mesti makan dan minum..paling kurang pun dalam seharian wang mesti mengalir sekurang2nya RM50

Oleh itu,dalam seharian kita tak terlepas dengan benda-benda yang dikira MESTI dan perlu diguna pakai..dunia semakin hari semakin kompleks dan mencabar dengan kepelbagaian teknologi dari situ aku terpaksa fikirkan bagaimana untuk membebaskannya dari belenggu tersebut.

Bagaimana pula Wang beku ?

Wang beku bagi aku yang dikira sebagai hasil pendapatan bulanan yang kita bekerja atau makan gaji sekurang2nya kita boleh membuat tabungan.

Pandanganku, ‘seandainya’ aku bekerja makan gaji atau tidak tahu bagaimana duit bekerja untuk aku semata-mata bergantung harap kepada gaji bulanan sememangnya tidak mencukupi pada dunia hari ini..ada benar juga mengatakan bahawa makan gaji hanya untuk keperluan hidup saja…kecualilah orang yang berpendapatan besar kiranya wang bulanan tak abis nak makan dan boleh simpan..kalau semua dalam hidup kita ini adalah bergantung kepada wang pinjaman semata-mata..rumah,kereta dan sebagainya..sehari suntuk memerah keringat bekerja untuk itu saja membayar segala pinjaman kita..adakah kita tergolong dalam kebebasan kewangan?

Kalaulah macam aku ni pula macamana ya ? pendapatan yang tak seberapa..nak berniaga tak pandai,tak ada peluang,tak ada idea..bla..bla..bla…elektrik semakin naik,harga petrol pun naik,boleh dikatakan tak de lah yang turun dah sekarang ni kecuali air hujan dan air embun dari langit..nak tak nak kena rebut juga peluang agar kita tidak ketinggalan mengikut arus perdana..

Jadi aku terpaksa meredah dan meneroka di dunia virtual dan maya ini je lah..di alam pribumi semuanya hak milik orang dah..aku apa yang ada hah?Arrrggg..kekadang membosankan..bila hutang keliling pinggang..hidup bagaikan dalam penjara..

Justeru itu,aku perlu menggali dan cari dari masa ke semasa agar hidup aku bebas dari belenggu hutang..freedom financial itulah cita2 dan harapan aku untuk diterjemahkan disini dan merubah hidup agar hidup mesti bebas dari hutang.

Bukan setakat mau senang bahkan lenang juga adalah harapan kita..Saban hari..meniti arus di alam ini boleh dikatakan alhamdulillah..boleh dikatakan ada jua hasil di alam maya ini..Penting dimana ada kemahuan dan usaha disitu ada jalan penyelesaiannya.

Berbekalkan semangat dan beberapa prinsip yang aku gariskan sendiri mengikut pemikiranku :

1- “Semuanya bukan wang tapi segala-galanya perlukan wang”

2- “Seseorang itu telah berpelajaran tinggi, berjaya dalam profesionnya TETAPI buta dari segi kewangan. Mereka biasanya memang bekerja kuat dari sepatutnya kerana mereka belajar untuk bekerja, Malangnya mereka masih gagal dalam mencari teknik bagaimana untuk menjadikan WANG bekerja untuk mereka ‘’

3- No Money No Talk..No Money No Friend…TAK DOP WANG TAK DOP KAWANG..$$

4- Bisness di mana jua asalkan disitu ada yang bernama manusia.

5- Aku Perlu membina empayar tersendiri dengan kekuatan ekonomi terlebih dahulu.Tak ada maknanya ! kalau hanya pandai bercakap tapi wang tak ada.

6-Aku melihat alam dan persekitaran dalam masyarakat orang yang paling berpengaruh adalah orang yang mempunyai wang.

7-Tanpa kebebasan kewangan boleh membuatkan kita pening kepala dan memeningkan.

Akhir kata..selamat membaca di blog ini,mana2 yang berfaedah tu ambillah dan kembangkan lagi agar lebih berprestij.Lontarkan jauh2 sekiranya dianggap tiada makna dan tidak berfaedah samasekali.

Harus ingat ! kekadang aku punyai idea je..kekadang tak mampu nak buat..mungkin ada di antara ramai-ramai pelayar tu yang “tersangkut” dan terpancing dengan dengan idea aku ni dan mungkin sesuai dengannya..itulah yang dikatakan kita “merentasi pemindahan maklumat”…

Dan blog ini juga aku jadikan terjahan untuk kita berbincang sesama kita agar ia dapat menjadi satu sergahan yang bermakna suatu hari nanti !

Lalu ku menamai blog ini sebagai LEBAH yang menyaripatikan MADU dan KEMANISAN ASLI dan bermanfaat untuk semua dengan moto blog ini “Bila Lebah Menitiskan Madunya.”

Lakaran Seorang Pedagang Internet merupakan tema catatan² yang akan membentangkan apa² maklumat yang boleh memberi manfaat kepada sesiapa saja yang sesuai dengannya samada politik,ekonomi dan pendidikan.

Tulisan sang Lebah ini adalah pandangan dan pendapat peribadi penulis sebagai “pemerhati kemanusiaan sejagat dan melihat alam di pelbagai dimensi” serta tanggungjawab penulis sebagai warganegara Malaysia.

Sekian,Terima Kasih.

Salam hormat daripada,

~~Lebah WordPress~~

Segala kandungan dalam blog ini adalah di LARANG disalin semula dalam apa jua bentuk kecuali dengan keizinan penulis.Tindakan mahkamah akan diambil sekiranya terdapat unsur-unsur menciplak dan meniru atas tujuan komersial.

PENAFIAN :Blog ini bukanlah penganjur kepada mana-mana program yang disenaraikan. Laman ini adalah laman persendirian.

Segala maklumat yang disediakan adalah melalui pemahaman pemilik dan daripada sumber-sumber internet dan disusun atur bagi memudahkan pelawat memahami setiap program yang disenaraikan. Ianya bukan merupakan satu tawaran, perjanjian atau sebarang samaada dengan niat atau tidak.

Menyertai mana-mana program di dalam laman web ini adalah mengikut keputusan dan penilaian serta risiko masing-masing.

Pihak kami dan individu yang terlibat tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan, atau kerugian yang dialami oleh mana-mana pihak kerana menyertai program yang ditawarkan melalui laman web ini.

Semoga ilmu yang diperolehi dapat dikongsi bersama dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk sesuatu yang lebih bermakna.



Salam Hormat dari ‘Lebah’ untuk Anda !

“Pencinta Madu Lebah Asli”

Firman ALLAH di dalam AL-QURAN. Surah AN-Nahl ayat 68-69 yang bermaksud:- Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah “Hendaklah engkau membuat sarang di gunung-ganang, di pokok-pokok kayu dan juga bangunan-bangunan yang di dirikan oleh manusia. Kemudian makanlah daripada segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan yang engkau suka, serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu.

Dengan itu akan keluar minuman (madu) yang berlainan warna dari dalam badannya yang mengandungi penawar bagi manusia daripada berbagai-bagai penyakit. Sesungguhnya pada (yang demikian itu ada tanda kemurahan ALLAH) bagi orang-orang yang mahu berfikir”

Sabda Nabi s.a.w dalam riwayat Muslim..

Daripada Abu Said Al’Kudri r.a katanya, Seorang lelaki telah datang kepada RASULLULAH S.A.W lalu ia berkata. “Saudaraku sakit perut sehingga dia buang-buang air”. Sabda RASULLULAH S.A.W, “Minumlah madu kepadanya” Lalu diminumkan madu kepadanya. Kemudian dia datang balik kepada RASULLULAH S.A.W, “Telah ku minumkan madu kepadanya tetapi sakitnya bertambah”.

Rasulullah s.a.w pula menyuruhnya meminumkan madu supaya berulang tiga kali. Dia datang lagi untuk kali keempat. Nabi S.A.W terus menyuruhnya supaya meminum madu. Kata orang itu, “Aku telah menyuruhnya meminumnya Ya RASULLULLAH, namun sakitnya bertambah juga. Sabda RASULLULLAH S.A.W, “ALLAH MAHA BESAR, perut saudaramu itulah yang dusta. Lalu diminumnya juga madu, maka sembuhlah saudaranya.

Kenapa Blog ini dinamakan LEBAH ?

Allah Subhanahu Wa Taala telah menciptakan setiap makhluk di atas muka bumi ini berlainan bentuk dan rupa. Setiap satu daripada mereka mepunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.

Manusia pula adalah semulia-mulia makhluk yang dipilih oleh Allah untuk menjadi khalifah dan mentadbir dunia.

Tetapi, terkadang manusia terlupa akan tujuan kejadian mereka. Mereka takbur dan angkuh kerana setiap makhluk yang diciptakan adalah untuk aplikasi mereka.

Firman Allah Taala yang bermaksud: “Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit lalu mngeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadi makanan bagi kamu ; dan Ia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintahNya, juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya). Dan Ia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar untuk kepentingan kemudahan kamu, dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu”.

Terkadang juga manusia memandang rendah dan menghina makhluk yang lebih kecil daripada mereka. Akan tetapi mereka perlu sedar bahawa di sebalik setiap penciptaan itu tersirat banyak kelebihan yang membuktikan kebesaran dan kekayaan Tuhan Pencipta alam semesta.

Sebagai contoh, cuba kita lihat seekor lebah.

Orang yang melihat lebah secara lahiriah sahaja, akan menganggap bahawa ia hanyalah seekor serangga kecil yang tidak mempunyai banyak makna dan manfaat.

Sebaliknya, bagi orang yang merenung lebah dengan mata hatinya, maka dia akan mengetahui banyak kelebihan yang terdapat pada seekor lebah yang dapat dijadikan pengajaran dan teladan. Antaranya ialah sikap toleransi di antara ribuan lebah dalam pembuatan sarang yang begitu rapi dan teliti, sehingga manusia pun sulit untuk menirunya. Di samping itu, ia juga dapat menghasilkan madu yang mempunyai 1001 rahsia kebaikan kepada manusia.

Semua ini telah dijelaskan oleh Pencipta lebah tersebut di dalam Surah An-Nahl, ayat 68 dan 69 yang bermaksud :”Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah : hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.

Di dalam ayat ini, Allah mengajak kita untuk merenung akan keagungan ciptaanNya pada haiwan yang kerdil ini.

Haiwan ini mempunyai cara hidup yang begitu teratur. Mereka memiliki raja. pengawal dan pekerja yang ditugaskan untuk keluar mencari sumber madu walaupun di tempat yang jauh. Setelah menjumpainya, lebah pekerja tersebut akan kembali ke sarangnya dan memberitahu teman-temannya arah dan jarak destinasi itu dengan isyarat yang khusus sehingga mereka dapat menemuinya tanpa sebarang kesulitan.

Ukuran saiz lebah yang kecil ini juga tidak menunjukkan bahawa ia tidak mampu mempertahankan dirinya dari ancaman. Sekali diganggu, lebah akan mempertaruhkan nyawanya demi menjaga harga diri tanpa mempedulikan risiko kematian yang bakal dihadapinya setelah sengat dikeluarkan pada musuhnya.

Selain dari itu, antara pengajaran penting yang boleh kita ambil dari lebah ialah kemampuannya yang begitu luarbiasa dan ajaib dalam menyelesaikan pekerjaannya, sedangkan setiap pekerjaan itu memerlukan perancangan yang teliti dan tepat, tetapi mereka dapat bekerjasama dalam melaksanakan tanggungjawab secara profesional tanpa sedikit kesalahan pun!

Bayangkan ribuan lebah yang hidup dalam sebuah sarang. Walaupun populasi mereka begitu padat, tetapi mereka mampu melakukan pekerjaan mereka dengan rapi.

Kerjasama dan keharmonian yang ditunjukkan oleh lebah juga dalam membina sarang membuatkan kita terkesima melihatnya.

Mereka mebangunkan sel-sel tempat penyimpanan madu dari sudut-sudut berbeza sehingga bertemu di tengah sarang. Hasilnya, sebuah sarang yang unik dan hebat.

Bagaimana pula dengan kita sebagai manusia? Kita belum tentu lagi sehebat lebah di dalam keunikan kerja yang dilakukan dan kerajinannya.

Tanpa perancangan yang teliti, manusia mungkin tidak mampu melaksanakan tugas dengan sempurna sebagaimana yang dilakukan oleh lebah.

Seorang manusia juga sering mementingkan kepentingan peribadi dari kepentingan bersama dalam menjalani kehidupan bermasyarakat. Sebaliknya seekor lebah sentiasa mementingkan kebaikan bersama dan tidak pernah memiliki keuntungan peribadi.

Lebah juga tidak kenal erti penat dan jauh sekali mengeluh terhadap tugas yang dipikulnya.

Sementara manusia bekerja untuk mendapatkan gaji dan kerapkali merungut jika sesuatu yang tidak disenanginya.

Dengan yang demikian, layakkah bagi manusia untuk menghina seekor lebah?!

Bertambah kuat lagilah kebenaran firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya) iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka ; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata : Apakah maksud Allah membuat perbandingan ini? (Jawabnya) : Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya ; dan tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik”.

belajarforexmarketiva

  1. saya nak belajar main forex, macam mana caranya? Kalau tuan berada di sekitar KL boleh kita bincang untuk jadi ahli forex dan seterusnya berurusan untuk melabur dalam forex.
    Terima Kasih

  2. Oh lupa pula. Kalau free boleh cal saya sally 0122858393 atau partner saya azman 0122874803.

  3. high risk forex ni hehe ada berani ke?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: