Rahsia Madu Akan Bongkar Lagi :USM


Rahsia Kehebatan Madu

Rahsia Kehebatan Madu

KOTA BHARU 8 JUN 2011 – Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan hari ini menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) dengan Universitas Hasanuddin Makasar, Indonesia, melibatkan penyelidikan saintifik mengenai khasiat madu lebah tempatan sebagai sumber penjagaan kesihatan. Pada majlis itu, USM diwakili oleh Pengarah Kampus Kesihatan, Prof. Dato’ Mafauzy Mohamed, manakala Universitas Hasanuddin diwakili oleh Pembantu Rektor Bidang Akademiknya, D.A Suriamiharja.

USM turut menandatangani (MOU) dengan  Syarikat Aifa Health Sdn. Bhd, yang diwakili Ketua Eksekutifnya, Aisan Fadhli Ab. Halim bagi membiayai sebahagian penyelidikan tersebut.

Majlis bersejarah itu disaksikan oleh Penyelaras Penyelidikan Perubatan Traditional dan Komplimentari, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) USM Kampus Kesihatan, Prof. Madya Dr. Siti Amrah Sulaiman dan Penyelaras Projek, Prof. Syed Mohsin Sahil Jamalullail. Sementara itu, Dr. Mafauzy dalam ucapanya berkata, USM menggalakkan pensyarah dan pelajarnya mempelopori strategi teknologi hijau dengan menjalankan penyelidikan bagi membantu golongan miskin.

Beliau berkata, bagi penyelidikan berasaskan madu, USM menyediakan lebih RM2 juta geran penyelidikan dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sejak 5 tahun lalu. Selain itu katanya, USM juga meluluskan peruntukan sebanyak RM50 000 dibawah Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat  bagi penyelidikan projek ternakan lebah kelulut sebagai sumber pendapatan kepada golongan kurang berkemampuan.

“Hasil penyelidikan itu memberi nilai tambah kepada madu tempatan menyebabkan permintaan melebihi bekalan. Ini kerana madu lebah diketahui mengandungi bahan anti-oksidan yang tinggi dan ia amat baik untuk kesihatan,” katanya.

Mengenai (MOU) yang dimeterai, beliau berkata, sebahagian besar penyelidikan akan dijalankan di Pusat Pengajian Sains Kesihatan dan Syarikat Aifa Health secara prinsipnya bersetuju menyumbangkan dana untuk mengadakan makmal efikasi praklinikal bagi tujuan tersebut. Beliau sehubungan itu menyarankan pensyarah dan penyelidik USM menjalin kerjasama dengan penyelidik dari dalam dan luar negara bagi meningkatkan kualiti penyelidikan mereka.

Rujukan : http://www.kck.usm.my/index.php/Berita/usm-dan-universiti-indonesia-kaji-khasiat-madu.html

Sesungguhnya Allah SWT Maha Kaya pada lebah itu diletakkan madu yang boleh memulihkan segala penyakit sebagaimana disebut2 dalam Al-Quran, khasiatnya lebih hebat bila dicampurkan pula dengan pengamalan minyak habbatussauda asli atau bijirin habbatus sauda. Kedua2 bahan yang turun temurun sekaligun pengamalan pemakanan halal yang disebut dalam Al-Quran dan As-Sunnah dan dibahaskan oleh ramai pengkaji perubatan kuno dan sekarang.

Mengikut pengalaman semasa di Mesir dulu, madu merupakan makanan tambahan wajib yang dalam makanan orang arab, bangsa mereka amat percaya dan yakin bahawa madu dapat memulihkan sel2 badan dan memberi tenaga. Kehebatan ini akan terserlah lagi bila kita fahami konsep pernafasan sebagaimana dicatatkan dalam Ebook Rahsia Tenaga Insan oleh Dewan Rahsia Hebat.

Madu Yaman Asli cukup popular dikalangan bangsa Arab dibeberapa negara Arab sendiri seperti di Arab Saudi,Mesir dan Emiriah Arab Bersatu. Di Malaysia harga madu yaman asli cukup mahal di pasaran sehingga mencecah ke RM500.00 bagi setiap 1kg.

Hakikatnya Madu,cukup sinonim bagi tujuan perubatan dan kecantikan. selain itu ia juga digunakan sebagai bahan masakan ( pengalaman ini berterusan oleh Bangsa Eropah dan Arab).

Tapi kita penah tak terfikir macamana ia terhasil? sehinggakan dalam Al-Quran ada surah khusus bagi lebah (An-Nahl) Lebah mula mengumpul nektar/madu bunga didalam mulut mereka,nektar itu akan bercmpur dengan enzim istimewa dalam air liur lebah,satu proses kimia yang menukarknnya menjadi madu..

Khasiat dan kebaikan madu yang saya nk kongsikan ni ialah madu dapat menyembuhkan luka dan melancarkan haid.. pengambilan madu sebagai pengganti gula dalam minuman dan makanan seharian amat la bijak.
Ini adalah kerana kandungan gula asli dalam madu mengandungi antioksidan,bebas lemak, bebas kolestrol dan bebas garam. Kandungan gula yang terdapat dalam madu ialah glukos,fruktos dan sukros.
Kajian menunjukkan bahawa debunga dalam madu mengandungi kesemua 22 asid amino,28 mineral,14 asid lemak,11 enzim dan 11 karbohidrat.

Terdapat banyak kebaikan madu, dari aspek kesihatan, kecantikan dan kecergasan. madu dapat mengelakkan masalah seperti sakit jantung,tekanan darah tinggi dan kencing manis. madu juga dapat mengawal paras kolestrol. madu juga dikatakn boleh digunakan sbgai penyembuh luka pada tubuh. semua ini adalah kerana terdapat antibakteria semula jadi (hidrogen peroksida), fenolik flavonoid,glukosida,vitamin C dan bhn yg mampu merangsang pertumbuhan sel baru dan membaiki sel yang rosak dalam badan.

Bagi mereka yg mempunyai masalah sakit tekak,selsema dan batuk,minim satu sudu madu dikatakn mampu mengurangkan masalh tersebut. bagi mereka yang mengalami masalah resdung dan asma, amalan meminum satu sudu madu setiap hari dpt mengurangkn masalah tersebut.

Khas buat wanita, madu mampu melancarkan darah haid dan mengurangkn gejala2 yang berlaku selepas menopaus (petua ini penting bagi mereka yang sering mempersoalkan tentang Apabila Haid Tidak Datang dalam Jurnal Alkiram yang mana ratusan ribu pertanyaan dan komentar sejak alkiram.net ditubuhkan.

Selain itu, madu juga dpt mempercepatkan proses penyembuhan parut bersalin. madu juga amat baik utk menambah darah dan selera makan. bg mereka yg sakit kepala dan migrain pula amalan minum madu ug telah dibancuh dgn satu setengah cawan air suam dikatakan akan mampu mengurangkn masalah tersebut. Untuk tujuan kecantikan pula, madu boleh digunakan sebagai pelembap semula jadi. madu dapat mengurangkan masalah jerawat,jeragat dan kedutan diwajah. semua ini kerana sifat antibakteria madu mampu bertindak sebagai agen pelembap semula jadi. Kini dirumuskan dengan kapsul atau tonix yang dinamakan Lady4 dari Mesir boleh juga dapat di Alkiram.Net atau mana2 farmasi seperti Grandpharma No. 30, Jalan Tajuh 27/29, Section 27, Taman Alam Megah Shah Alam, Selangor 40000 Malaysia

Ok saya sertakan sedikit info tentang Lady4 (Diluluskan Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia) :
Khas untuk wanita – PENDEKATAN SEMULAJADI UNTUK KECANTIKAN FEMININ (Kesihatan Umum – Selepas Bersalin – Sakit Haid) LADY 4 adalah kombinasi seimbang komponen semulajadi, khususnya direka untuk kecantikan feminin dan untuk memenuhi keperluan kaum wanita. LADY 4 adalah tonik semulajadi untuk semua wanita terutamanya ketika keletihan, kurang konsentrasi dan penurunan prestasi seksual melalui:

Meningkatkan tenaga dan kemampuan fizikal.
Menaikkan aktiviti mental dan konsentrasi.
Mengurangkan keletihan dan kelelahan.
Menyokong fungsi biologi secara keseluruhan.
Meningkatkan prestasi seksual.
Menambah daya tahan tubuh.

LADY 4 adalah cara semulajadi untuk kulit yang halus dan sihat. LADY 4 memberi jaminan yang sangat cemerlang untuk daya tahan dan margin keselamatan yang besar, dengan pelaksanaan pengguna maksimum (satu kapsul setiap hari).

Komposisi:

– Royal Jelly Semulajadi………………………………….. 200 mg
– Evening Primrose Oil …………………………………… 250 mg
– Ekstrak Damiana…………………………………………. 100 mg
– Ekstrak Ginseng…………………………………………  50 mg

Royal Jelly, digunakan sejak berkurun lama kerana kandungannya yang kaya dengan asid amino, antioksidan dan mineral. Kesan-kesan utamanya adalah meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan, melambatkan proses penuaan, memperbaiki hubungan seksual dan meningkatkan dinamik apabila terjadi ganguan selepas putus haid. Evening Primrose Oil (EPO) mengandungi asid lemak yang penting dan boleh mengurangkan kesan yang berlaku sebelum datang haid ataupun selepas putus haid.

Ia juga boleh menjaga ketegangan kulit dan mengurangkan kedutan pada wajah. Ekstrak Damiana, tanaman sub-tropika dengan kesan peningkat syahwat (aphrodisiac) memberi kesan langsung kepada kegelisahan dan kemelesetan seksual, mampu meningkatkan kembali ghairah seksual. Ekstrak Ginseng, salah satu penggunaan tumbuhan untuk perubatan yang paling popular mengandungi ginsenozide yang membolehkan meningkatkan daya tahan kepada tubuh dan tekanan emosi serta keletihan otot juga segera dipulihkan.

Dengan kesemua kompisi semulajadi, Lady 4 bermanfaat untuk gangguan yang berlaku ketika sebelum datang haid atau pra putus haid dan selepas putus haid, untuk menjaga ketegangan kulit dan mencegah kedutan serta boleh meningkatkan ghairah seksual.

Ambilan: – 1 kapsul setiap hari

Ok berbalik kepada pengambilan madu juga dpt memberikan tenaga dan kecerdasan minda. Terdapat 1001 khasiat dan kebaikan madu, amalkan memakan madu untuk gaya hidup yang sihat..

Selain madu dan minyak habbatussauda, minyak zaitun juga cukup popular untuk menambahkan lagi formula serangkai dalam pembentukan dan pemulihan sel-sel dalam sistem jasad manusia. 3 serangkai ini sering digunakan oleh bangsa2 eropah lama dan mesir kuno.

Semoga kajian antara 2 buah negara untuk membongkar lagi penemuan2 baru tentang kehebatan madu.

Posted on June 24, 2011, in Catatan, Wanita Sihat and tagged , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: