Bagaimana membuang SAKA


“KETAHUILAH bahawa 70% hingga 90% umat Melayu di Negara ini dipengaruhi oleh saka sama ada disedari atau tidak sehinggalah kehidupan, keluarga dan kerjaya mereka terjejas”

Saka adalah jin yang telah berada dalam sistem tubuh manusia yang sudah sekian lama sehingga sebati dengan diri manusia tersebut. Ianya berlaku samada seseorang itu sedar atau tidak kerana ianya diwarisi dari keturunannya.Saka ini wujud apabila nenek moyang terdahulu mempelajari ilmu tertentu yang membabitkan jin dan diperturunkan kepada pembawa saka tanpa diketahui atau kadangkala jin tersebut sendiri memilih untuk mendampingi keturunan yang dikehendaki.

Jin tersebut oleh nenek moyang pembawa saka apabila mereka telah meninggal dunia. Semasa mereka hidup, meeka telah bersahabat dan membela jin-jin tersebut yang dikenali dengan pelbagai nama seperti hantu raya, pelesit, pontianak, polong dan lain-lain memang terkenal di kalangan masyarakat melayu. Namun hakikatnya semuanya adalah sama iaitu makhluk Allah SWT yang dikenali dengan nama jin dan syaitan.

syaitan adalah jenis jin yang jahat perangainya. Syaitan berasal daripada api dan tabiatnya menyesatkan manusia. Oleh itu ia wujud di mana saja manusia berada. Ia mempunyai kebolehan menyerupai sesuatu di alam nyata, memperalatkan tubuh manusia, malah boleh hidup dalam badan orang yang disukainya.

Selain mendatangkan punca penyakit, pengsan dan gila, jin juga kadangkala mencuri atau di gunakan untuk mencuri barangan orang. Dalam ajaran Islam kita dapat mengesan bahawa malaikat, jin dan syaitan mempunyai jalan untuk mempengaruhi manusia supaya melakukan kebaikan atau sebaliknya.Mengikut sebuah hadis Turmizi, “Malaikat menggunakan jalan itu untuk meniupkan ilham yang baik maka syaitan pula menyampaikan bisikan jahat dan mendustakan Allah…”

Termaktub dalam Al Quran bahawa makhluk ini wujud mengancam kehidupan manusia, Ancaman ini tertulis bahawa bapa mereka Azazil telah bersumpah di hadapan Allah SWT akan memusnahkan anak cucu Adam setelah terlaknat oleh Allah disebabkan enggan sujud ( hormat ) kepada bapa manusia ( Adam )

SAKA ibarat harta pusaka, cuma ianya jin dari turun temurun..tidak dapat dielak, automatik dapat, ramai mengatakan bahawa ia sukar dibuang, sebab jumlahnya banyak. Katakan kita membuang ke seseorang, yang ahli keluarga lain datang pula… Jadi, saka agak sukar  dihapuskan kecuali oleh mereka yang mahir…

Pendamping adalah jin juga tetapi bukan berasal dari keturunan, ia mungkin datang sendiri, dipanggil,  mengikut barang yg disimpan, dari persihiran dan lain-lain. Ia mendampingi sesorang….   apabila orang tersebut mati, jin ini akan ikut warisnya iaitu anak cucu dan menjadi mewaris SAKA…

Keterangan amalan PEMUSNAH SAKA anda boleh rujuk DISINI.

Posted on January 16, 2010, in Info and tagged , , , . Bookmark the permalink. 1 Comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: