YAYASAN PAHANG DIPERALAT OLEH UMNO Di Mesir ?


Dewan Pemuda PAS Pahang kesal Umno memperalatkan Yayasan Pahang untuk kepentingan politiknya. Dalawatan saya ke Mesir baru – baru ini dapat mendengar sendiri bagaimana keluhan dan rasa kesal para pelajar negeri Pahang apabila melihat bagaimana Umno, mempergunakan kemudahan Yayasan iaitu sebuah bilik di bangunan Haiyu Asyir milik Yayasan Pahang di Mesir untuk menempatkan pejabat Kelab Umno.

Adalah tidak wajar harta rakyat diguna untuk kepentingan sebuah parti politik. “Umno sepatutnya menggunakan wang sendiri untuk membiayai pengurusan Kelabnya, kenapa menggunakan kemudahan milik rakyat,” Para pelajar mempunyai bukti dan asas yang kukuh mengenai dakwaannya itu, dan mahu pihak Umno memberi jawapan mengapa harta rakyat diguna untuk tujuan politik kepartian.

Dewan Pemuda PAS Pahang akan menimbang perkara ini untuk membuat aduan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR). “ Saya diberitahu bahawa mereka menjadi Rumah Pahang seperti Markaz Umno, manakala pegawai Yayasan pula terlibat menjadi pengedar borang keahlian Umno kepada para pelajar,” . Tindakan itu amat mengelirukan kerana pelajar tidak dibenar berpolitik tetapi kenapa pula mereka sendiri melanggar larangan itu dengan memberikan borang keahlian Umno kepada pelajar.

Sepanjang lawatan saya ke Mesir , saya mendapati ujudnya beberapa perkara yang kurang menyenangkan, antaranya pihak pengurusan (wakil Yayasan Pahang di Mesir ) mengutamakan pelajar dari negeri lain untuk menduduki Asrama Yayasan Pahang sekaligus mengenepikan pelajar anak Pahang. Ini berlaku kononya pelajar Pahang yang disisihkan itu cenderong menyokong PAS, manakala pelajar luar Pahang adalah penyokong Umno yang datang dari Johor, Selangor dan negeri-negeri lain.

Begitu juga isu kebajikan pelajar dimana ada pelajar yang layak menerima bantuan dinafikan atas isu-isu yang mengelirukan ( biasanya atas alasan politik). Bantuan (wang zakat) kepada pelajar Pahang lebih kecil (antara 2,000 hingga 4,000 ringgit) berbanding bantuan sama diterima pelajar dari negeri-negeri lain seperti Selangor, Terengganu dan sebagainya yang berjumlah diantara (5,000 – 6,000 ringgit setahun).

Sumber: http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/

Posted on August 20, 2008, in Alam Mahasiswa, Alam Politik and tagged , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a comment