Ada apa dengan MISAI


Bila bercerita tentang misai…dunia sudah berubah dengan masa,sekarang ni sukar nak carikan orang yang bermisai panjang kan, memetik dalam sebuh majalah lama pada tahun 1963 masa dok simpan barang-barang lama semalam..aku terbaca majalah DIAN dalam tulisan jawi yang ditulis oleh Dr.Amir Boqtor bertajuk “Falsafah Misai” yang mana di era 50an-60an MISAI mempunyai penyokong-penyokong atau pendokongnya yang kuat di dunia barat, mereka telah menubuhkan persatuan-persatuan misai dan mengadakan pertandingan untuk memilih raja-raja misai yang paling panjang, meraka yang menyimpan misai ini bukalah terbatas kepada satu kalangan yang tertentu yang mempunyai tabiat-tabiat yang ganjil malah banyak di antara kalangan pembesar-pembesar di zaman ini yang menyimpan dan ada pula yang menyimpan janggut.

Kalangan anti misai telah menuduh misai itu sebagai sarang kuman-kuman sedangkan kalangan anti janggut pula menuduh janggut sebagai topeng yang melindungi dibelakangnya aneka dosa dan kesalahan.Ada pula pihak yang berpendapat bahawa orang-orang lelaki yang kerdil lemah dan merasa dirinya kekurangan sifat kelakian itulah orang-orang yang selalunya suka menyimpan misai dizaman ini kerana dia menganggap misai itu boleh  menggantikan sifat kelakian yang dirasa tidak ada padanya mereka telah menunjukkan bukti-bukti yang nyata kebanyakkan orang yang suka menyimpan misai dan membelai dengan hemat adalah terdiri dari mereka yang berbadan kecil kurus atau berbadan pendek atau mempunyai susuk badan yang mencerminkan kelemahan.

Misai ini pula beraneka jenis potongan dan style kalau pakaian dan ketampanan seseorang lelaki merupakan tanda yang mencerminkan falsafah hidupnya.,maka misai juga seringkali merupakan tanda yang mencerminkan falsafah tuannya atau merupakan pandangannya terhadapat dirinya sendiri atau terhadap hidup seluruhnya.

Misai Air Terjun : menunjukkan tuannya seorang yang berperibadi tenang mudah menurut dan mengikut samalah seperti batu-batu yang menjadi bantal tempat mencurahanya air terjun itu kelihatan sentiasa tenang..gagah dan rela

Misai Hilter : Biasanya tuan misai ini seorang yang berperibadi angkuh dan sombong seolah-olah dibumi ini tidak ada makhluk-makhluk Allah yang patut dipandang.tetapi ia seorang yang cukup kacak dan hemat cermat sekalipun dia seorang yang pentingkan diri sendiri namun dia tidak suka menyakiti orang lain bukan kerana hatinya malah kerana dia memandang hina kepada orang lain.

Misai Cincin: Tuan Misai ini patut diberi simpati kerana dia telah dibelenggu oleh cincinnya yang kelihatan mengunci kemas.Dia terbelenggu bukan ditangan dan bukan pula di kakinya tetapi dia terbelenggu dimulutnya sehingga  kelihata pada kita dia seolah2 tidak dapat bercakap.disamping itu rupa parasnya memberi kesan kepada kita bahawa dia seorang yang berdosa atau orang yang terpenjara.

Misai Cermin Mata: Betul-betul seperti cermin mata tetapi sayang tidak bertugas seperti cermin mata kerana tuannya seorang yang terlalu curiga tidak percaya kepada sesiapa dan tidak pula dipercayai orang.

Misai Pisang: Menunjukkan tuannya seorang yagn simple atau bersahaja baik hati,jujur niatnya dan berpegang dengan falsafah hidup tiap2 sesuatu itu sudah ditentukan oleh suratan taqdirnya.

Misai Gerpu: Gerpu mungkin melambangkan satu alat yang tajam yang dapat digunakan oleh tuannya sebagai senjata untuk menikam musuh dan mungkin pula melambangkan sebagai satu alat penyangkul yang berguna untuk pekerjaan bercucuk tanam.Oleh sebab itulah tuan misai ini mungkin seorang yang jahat yang boleh membunuh orang dan mungkin pula seorang baik yang berjasa.

Misai Kain Buruk: Menunjukkan tuannya seorang yang baik hati dan berpegang kepada falsafah ” hidup itu tak perlu kepada susah payah.

Misai Sayap Kapal Terbang: Tuan misai ini nampaknya seorang yang benar-benar berjiwa perang.

Misai Tanduk Kerbau: Tuannya seorang yang kacak dan disukai ramai mengikut tanduknya kelihatan tajam dan gagah,tetapi dia seorang yang tidak cukup mempunyai sifat-sifat kelakian.

Ini semuanya adalah kajian manusia~kalau terkena itu adalah secara kebetulan~Hanya kepada Allah kita berserah~

Posted on August 16, 2008, in Info and tagged . Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. kat msia jarang jumpa org misai pjg2 sgt…kalau ada pun brader polis ..

  2. zamz tak simpan misai gak ke tu~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: