Line Internet apa yang anda pakai ?


Beberapa hari lepas aku tak dapat online melalui pc aku bukan masalah company internet tetapi internet aku kena suspend jer sebab aku tak bayar bil tertunggak dah 2 bulan biasalah kalau 2 bulan tak bayar sesen tu mereka akan suspendkan seketika waktu sehingga kita p upload duit kat company internet a.k.a LINKDSL.Dia akan suspendkan line kalau kita buka browse tu akan kuar notice memanjang jer suruh kita bayar bil payment due sebanyak L.E 423 atau RM266 bersamaan dengan USD79 tapi kita perlu jelas kan sekurangnya L.E280 baru internet online so apalah aku p upload lah pada 14/08/2008,hari ini baru dapat connect internet..tak sempat nak budjet cam tu lah kekadang2 ni..bila terpotong kena berehat jap dalam 2-3 hari..tapi linkdsl ni bila kita p bayar abik masa paling lewat 3 hari waktu bekerja untuk dionline.

Aku ingat esok baru boleh online tapi kira ok gaklah hari ni dan leh online walaupun hari ini Jumaat [Cuti Minggu di Mesir].Di Egypt ini internet broadband ni lebih dikenali sebagai DSL.Tapi LINKDSL ni sejak aku pakai dari dulu hingga skrg tak ada problem line terus menerus jerk ada~

Aku kat Egypt ni pakai http://www.linkdsl.com dah dekat 3 tahun pakai setakat aku pakai line ok jerk tak byk songeh dan customer support dia ok jer ada apa2 call jer nak byr bill pun check kat site dia pastu p sumbat kat mana2 mesin citibank biasa aku bayar kat CITIBANK Abbas Aqad atau Geninah mall..masuk no tepon pastu upload ikut jumlah bill yang disarankan berapa kat browse pc aku…selama aku pakai ni sekali jer p kat office dia masa tu kena suspend jap akauan..pastu semua berurusan ngan tepon dan byr pun dekat je mesin bill tu huhuhuu.

Mula2 dulu aku pakai dlm 1 pc 256kbps masa mula masuk DSL 2005 abik modem jerk masa tapi tak best lak…pakai jap jerk…seminggu 256 huhuh…tukar aar abik utk modem n LAN utk join 3 pc pastu boring ar selow aar masa tu 256 memang mahal agi dlm 180pound egypt atau RM104

Tapi masa mula nak masuk tu bayar dlm L.E800 egypt gak masa tu..atau RM463 tapi masa tu mahal lagi laa kira aku start melanggan awal bulan 12/2005 hingga sekarang..

lepas aku tukar speed 512M lak dia bagi modem + LAN adees masa tu aku pun tak pandai mana agi pasal bab menda ni pastu pastu godek2 gak kat site router yang dia bagi utk cari nak buka port ni huhuhuhu pastu aku beli router sendiri kat teknologi Mall.so..dari sini lah aku dok godek nak mencelikkan port tgk function dia pun ok jerk ahaks..router SMC..biasa org pakai d-link kan huhuhuhu layaaan jerk~~

kemudian kementerian tenaga dan telekom egypt mengumumkan penurunan harga selepas kat setahun aku pakai yang speed 256/64 Kbps jadik 95L.E atau RM55 utk menggalak rakyat dia ramai pakai tenet huhuh..

semua harga dah turun 512M jadi L.E180..tapi tak laju aar 512 M ni dah le kawan aku dok menorret lak pastu pakai kat 4 bulan terus tukar 1024/256 Kbps hingga sekarang~~RM133 sebulan huhuhu tapi ingat nak upgrade agi sbb pakej2 plus dah muncul daaa…sampai 24MB

Kenapa aku pilih link dsl ni sbb aku dok servey dan baca2 kat tenet gak sebelum ni lagi pun berdasarkan kajian kepala otak aku gak company linkdsl dibawah http://www.link.net yang merupakan companya yg pertama gak di mesir menyediakan talian tenet sejak zaman dialup..so meke ada byk pengalaman laaa kot huhuhu so aku call jerk lah pastu dia dtg abik deposit seminggu tu br dia pasang..

Tapi sekarang ni hampir 6 bulan talian tepon aku tak p byar bill..tepon pun guna utk abik karen tenet jerk tak pakai pun huuhuhu kira line tepon pun mampus tak bunyi apa2 pun tapi tenet masih idup..aku dah tak bayar lama dah ni kos sewa tepon lagi pun tepon rumah aku ni dah senyap jerk..tapi tenet leh masuk.

Bila bercakap pasal line internet teringat lak aku satu berita INTERNET BAKAL LAPUK ?~

Dunia internet semakin maju~~dunia semakin berubah~~dulu2 aku dok imagin gak buka tenet ni cam buka letrik jerk ahaks~~dan buka pc cam buka tv jerk~~

Perintis teknologi maya cipta peralatan web terbaru lebih pantas

LONDON: Internet akan menjadi alat yang lapuk tidak lama lagi berikutan saintis yang menjadi perintis kemudahan itu kini mencipta peralatan baru yang memiliki keupayaan secepat kilat sehingga mampu memuat turun keseluruhan filem dalam tempoh satu atau dua saat saja.

Dengan kelajuan 10,000 kali ganda berbanding keupayaan pautan jalur lebar sedia ada, jaringan rangkaian terbaru ciptaan Organisasi Eropah Bagi Pengkajian Nuklear (CERN) itu turut menyediakan ‘kuasa’ untuk menghantar imej holografik, menyediakan kemudahan permainan video dalam talian sehingga ratusan ribu pemain boleh turut serta selain menawarkan talian video dengan kadar caj panggilan tempatan.

Profesor Fizik di Universiti Glasgow, David Britton, juga antara individu terbabit dalam projek itu percaya, teknologi jaringan berkenaan mampu merevolusikan masyarakat.

“Dengan kuasa komputer seperti ini, generasi akan datang memiliki keupayaan bekerjasama dan berkomunikasi lebih baik daripada masyarakat ‘kuno’ seperti saya mampu bayangkan,” katanya.

Kekuasaan jaringan baru itu akan diperkenalkan pada musim panas ini apabila saintis CERN mengaktifkan peranti Pelanggaran Hadron Besar (LHC) iaitu pemecut zarah baru yang dibina untuk mengkaji permulaan alam semesta. Jaringan itu akan diaktifkan pada masa sama bagi memperoleh data dihasilkan LHC.

Saintis di CERN yang terletak di Geneva, Switzerland memulakan projek jaringan komputer itu tujuh tahun lalu apabila penyelidik menyedari LHC akan menghasilkan data tahunan yang terlalu banyak.

Pengarah Teknik projek berkenaan, Profesor Tony Doyle, berkata pihaknya memerlukan kuasa memproses yang terlalu banyak dan ada isu mengenai mendapatkan kuasa elektrik yang mencukupi menggunakan komputer sebanyak itu di CERN.

“Satu-satunya jawapan kepada masalah ini dengan mencipta rangkaian baru yang cukup kuat menghantar data dengan segera ke pusat kajian di negara lain,” katanya.

Rangkaian dihasil menggunakan kabel gentian optik itu menghubungkan CERN kepada 11 pusat di Amerika Syarikat, Kanada, negara Timur Jauh, Eropah dan pelbagai lagi.

Ketua Projek Komputer Berkelajuan Tinggi di CERN, Ian Bird, berkata teknologi jaringan itu akan membuatkan capaian internet terlalu pantas sehingga pengguna akan berhenti menggunakan komputer ‘desktop’ untuk menyimpan maklumat sebaliknya memuatkan semuanya ke internet.

“Ia akan memulakan fenomena ‘perkomputeran awan’ iaitu pengguna menyimpan semua maklumat mereka dalam internet dan boleh dicapai di mana saja,” katanya. Agensi

Posted on August 15, 2008, in Catatan SMShotCafe, Idea Central and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: