Cara Menyusun Atur Tempat Duduk Dan Pemakaian Yang Sesuai Di Majlis Rasmi


Serba ringkas tentang cara mengatur tempat duduk dan pemakaian yang sesuai di Majlis Rasmi..Alangkah indahnya kalau sesuatu itu bersistematik agar kemas dan teratur yang tidak berserabut.Sebegini rupa susunan atur yang telah direkacipta agar manusia hidup dalam keadaan yang teratur dan harmoni.Sistem atau peraturan untuk manusia ini harus diikuti sama halnya traffic light atau aturan lalulintas,kaedah matematik [CAMPUR,TOLAK,DARAB,BAHAGI dan lain-lain,kaedah code muzik DO RE MI FA SO LA TIDO apa jua lagu dimainkan harus ikuti aturan code tersebut bukan!

Pernahkah seorang pakar gigi mempersoalkan berkenaan pengajian perbedahan ataupun istilah-istilahnya?

Pernahkah pakar jiwa yang mempunyai berbagai-bagai therapy mereka mempersoalkan kenapa rawatan cancer mengunakan perkataan therapy dalam istilah chemotherapy?

Pernahkah ahli muzik seluruh dunia mempersoalkan atau bertentangan dengan kaedah DO RE MI SO FA LA TI DO…Pernahkah Ahli Bola Sepak Dunia mempertikaikan tentang KAD KUNING dan KAD MERAH?Pernah Ahli Matematik mempertikaikan + – / x ?

Pastinya memang tidak sekalipun..kecuali dalam bidang agama orang muslim yang ada pertikaian dan perselisihan syirik,kufur,bidaah dsb..so,kembali kepada asal atau takrif untuk mengenalinya..termasuk mengenali dan mengkaji diri kita dahulu..sebelum mengenal sesuatu itu..

Sebenarnya saja nak gempak skit kerana hari ini teringat nak kongsi2kan info semasa mengikuti Kursus Pengurusan Organisasi Anjuran Kedutaan Malaysia di Kaherah Dan Petronas pada 17 Februari 2008 di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah.

Susunan Tempat Duduk

Prinsip-prinsip umum susunan duduk adalah seperti berikut:

1-Susunan tempat duduk hendaklah mengikut Susunan Keutamaan atau Kekananan.

2-Tetamu Kehormat duduk di tengah.Kekananan bermula dari sebelah kanannya kemudian di sebelah kiri,balik ke kanan dan seterusnya.Ini bagi menyusun bilangan ganjil.

3-Bagi bilangan yang genap, kekanan bermula dari sebelah kiri Tetamu Kehormat.

4-Jumlah Dif di atas pentas hendaklah tidak ramai dan jika boleh dihadkan kepada 3,4,5 atau 6 orang saja.Tujuannya ialah untuk memusatkan perhatian kepada Tetamu Kehormat.

5-Tuan Rumah duduk di sebelah kiri Tetamu Kehormat.

6-Isteri duduk di sebelah kiri suami.

7-Di Majlis Jamuan Makan:

Susunan tempat duduk di meja bulat hendaklah penuh dalam satu bulatan.Dalam majlis yang dihadiri oleh Raja-Raja,dua kerusi di meja-meja yang hampir ditiadakan dan ruang itu ditinggalkan kosong.

Wanita tidak duduk dihujung meja khas atau di Raja.

[SUSUNAN TEMPAT DUDUK]

SUSUNAN MEJA BULAT

3 BENTUK AUDITORIUM DUA LAPIS

1 KEKANANAN BAGI BENTUK AUDITORIUM DUA LAPIS [JEMPUTAN SEORANG]

BERSELANG

ISTERI BERSILANG [SELANG MEJA]

ISTERI BERSEBELAHAN [SELANG MEJA]

5 TETAMU KEHORMAT SETARAF DENGAN TUAN RUMAH

6 TETAMU KEHORMAT LEBIH TINGGI DARI TUAN RUMAH

1 BENTUK AUDITORIUM DUA LAPIS[JEMPUTAN DENGAN ISTERI]

SUSUNAN MEJA JAMUAN [MEJA PANJANG DAN MEJA BULAT]

SUSUNAN MEJA JAMUAN [JEMPUTAN SEORANG]

SUSUNAN MEJA JAMUAN JEMPUTAN DENGAN PASANGAN

UKURAN GARPU

UKURAN PISAU

UKURAN SUDU

SUSUNAN PERALATAN

SUSUNAN PISAU,SUDU,GARFU DI MEJA MAKAN CARA BARAT

[MAKAN TENGAHARI ATAU MAKAN MALAM]

KEMASAN DIRI LELAKI

-Elakkan dari memakai baju ketat yang boleh menyulitkan pergerakan badan dan tangan.

-Elakkan dari corak kekotak yang besar dan tebal.Baju jaluran halus boleh diterima [Single colour pinstripe]

-Jangan memakai baju,seluar dan stokin corak jenis berjalur keseluruhannya.

-Seluar jangan terlalu labuh hingga mencecah lantai ataupun singkat hingga kelihatan tergantung.Jangan memakai seluar yang ketat [drainpipe]

-Padankan stokin dengan warna seluar ataupun kasut.Elakkan memakai stokin yang longgar [jatuh ke buku lali]

-Stokin berwarna putih tidak sesuai dengan pakaian pejabat melainkan berpakaian putih/ berpakaian sukan.

-Kasut hendaklah sentiasa bersih dan berkilat.

-Kasut sukat walaupun mahal,tidak ada tempat dalam urusan rasmi.

KEMASAN DIRI WANITA

-Elakkan dari berpakaian berkilau-kilau disiang hari.

-Jangan kelihatan seperti perhiasan pokok krismas.

-Corak fabrik tidak lebih dari empat warna.

-Penggunaan alat solek tidak keterlaluan.

-Hindarkan daripada memakai anting-anting yang labuh,rantai tangan yang berloceng yang akan membuat bunyi apabila anda berjalan.

-Jangan memakain skirt yang singkat [miniskirts] walaupun mengikut trend.Apabila anda memakai skirt labuh pakai “knee-length” stokin warna kulit dengan coursehoes.

-Warna tudung kepala hendaklah berwarna ceria bukan garang [Pastel Shades]

-Jauhi daripada memakai baju yang banyak rupol [frills] ataupun berbunga besar.

-Pastikan ada harmonis dalam berpakaian.

-Jangan memakai baju tidak berlengan.

-Slippers dan sandal rendah tidak digalakkan ke pejabat.

-Make-up muka hendaklah kelihatan “natural” sahaja.

-Perhiasan hendaklah yang minima dan bukan menjolok mata.

-Jangan memakai gelang tangan dan jam tangan di tangan yang sama.

PAKAIAN YANG DITEGAH KE PEJABAT

-Kelihatan casual

-Warna garang dan berkilauan

-Mendedahkan aurat dan menjolok mata

-Solekan tebal

-Berstokin belang

-Kasut yang tidak terjaga [kotor / berlapuk]

-Berselipar

-Berkaca hitam [jenis berkilat] ketika dalam pejabat berkasut tanpa stokin.

-Purdah

-Make up keterlaluan.

Posted on August 15, 2008, in Catatan SMShotCafe, Info and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: