Kisahku Dengan Ubuntu


Salam buat semua pengunjung kehormat yang sudi singgah ke teratakku ini semoga kalian mendapat info yang berguna untuk kita kongsikan bersama diruangan yang serba kekurangan ini.

Laman ini ku pada asalnya ku jalankan dalam localhost dari Tingkat 3 Mahmoud Shaltut Street,Nasr City,Cairo.

Catatan ini a.k.a e-file personal yang aku sering menjinakkan dengan dunia linux distro ubuntu,ku hanya seorang newbie yang perlu bimbingan dan maklumat dari segala espek dalam mengharungi dunia linux ubuntu yang telah ku kenali sejak 3 tahun lepas.

SInopsis Pertama:

Ku mengenali Linux Ubuntu pada bulan 8 2005 dari seorang pelajar indonesia dari tanta..ku dihubungi melalui YM yang terpapar di web aku ketika itu aku menggunakan www.alkiram.net sebagai salah satu platform untuk mencari pelanggan atau pembeli e-gold kerana masa itu tengah “hangat” cari duit di internet melalui program autosurf atau pengiklanan web yang dijalan secara auto setelah kita mendaftar dan menjadi ahli dalam program itu,kerjanya hanya login ke site tersebut dan jalankan dengan melihat iklan2 yang telah dibeli pakej oleh pihak pengiklan dan kita melayari akan dibayar mengikut kita pakej yang kita beli juga.Sebenarnya banyak kegunaaan e-gold pada masa itu kerana ia merupakan salah satu company yang menawarkan perkhidmatan e-currency atau pihak ketiga untuk bisnes online di internet selain daripada paypal,moneybookers,e-bullion dan sebagainya.

Sinopsis Kedua:

Setelah berchit-chat di YM dan berkenalan tentang cari duit di internet pada masa tu dia mengikuti program pay per klik melalui email dan juga menyertai di web2.Sebenarnya dia perlukan e-gold untuk dibeli bagi membeli pakej pengiklanan autosurf.Kemudian kami pun bertemu di rumah untuk bincang dan sebagainya.Setelah 2-3 kali dia membeli e-gold dari aku masih ok lagi kemudian hasil pendapatan juga di simpan di dalam e-gold [belum dicashkan] aku pun mendapat berita bahawa web e-goldnya telah dihackkan oleh penceroboh atau penjenayah internet.Aku pun terkejut dan risau juga untuk simpan e-gold.Dia menceritakan kejadian tersebut kepada aku bahawa tak dapat dan login sedangkan no.akauan dan password dah betul padalah password yang dia create tu kira amat susah dan rumit hinggakan dai terpaksa copy dan paste aja dari notepad yang begitu panjang password digunakan untuk mengelakkan dari hacker namun apakan daya dalam berhati2 pun masih kena perangkap tapi dia selalu login site e-gold di cyber cafe dan kekadang di rumah.

Sinopsis Ketiga.

Dia mula tidak mempercayai lagi windows dan antivirus dan mula mencari alternatif menggunakan linux pada mulanya di menggunakan linux ubuntu dan knoppix dengan menjalankan dalam cd live saja untuk akses internet dan masuk ke web e-gold ternyata lebih aman dan selamat katanya.

Selang beberapa hari dia pun datang ke rumah sambil membawa cd linux ubuntu memperkenalkan kepadaku juga dia pun ada juga rujuk kawannya di Tanta ketika itu yang memang otai dalam linux sampai tak boleh tidur seharian bermain dengan linux pc lama pun boleh dilajukan lagi hanya bermain command saja aku pun tak sempat nak pergi menuntut dengan kawannya.

Sinopsis Ke Empat

Setelah dia copy dan berikan kat aku dan ajar sedikit untuk install kemudian aku pun mencubalah dengan menformat dan trial and error lah maklumlah aku ni tak kenal dan tak biasa dengan linux ni…berpuluh2 kali setup dan remove sebab aku pun tak rujuk dan baca pun terus main hentam praktikal saja.Bila saja berjumpa dengan aku ada2 saja dia bagi cd linux kat aku selain ubuntu antaranya suse,mandriva,knoppix ,pcoslinux dan sabayon atau Gento semuanya aku hentam cuba saja install.Masa tu aku suka dengan suse dan mandriva tapi setupnya lama skit berbanding ubuntu..aku tgk ubuntu masa tu terlalu simple aku pun lupa dah versi berapa dulu…tapi ubuntu skrg ni aku tgk semakin stabil tu aku bersemangat untuk meneroka dunia ubuntu.

Oklah secara ringkas kisah aku mengenali linux ubuntu..perlu ketahui linux ni seumpama rumah dan distro ubuntu ke…suse ke..redhat ke..knoppix ke merupakan bilik2nya..so atas individulah mana yang disukai dan bergantung atas kegunaan kita dalam menyelenggarakannya.

Dunia linux walaupun masih ada kekurangan untuk menjalankan sesetengah program2 windows sebab kebanyakkan pencipta software menumpukan kepada pengguna windows.Lebih dan kurang itu kalau digabungkan akan menghasilkan kesempurnaan.

Apapun linux merupakan sumber terbuka saja yang tanpa memerlukan lesen untuk kita menggunakannya termasuk software2nya.

Kini ku telah banyak dapat info yang lebih mendalam setelah banyak ku jumpai blog2 dalam bahasa melayu antaranya :

http;//melayubuntu.blogspot.com

http://jomlinux.com

Posted on August 10, 2008, in My Linux. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: