Dewan Perwakilan Mahasiswa Kaherah : Realiti atau Fantasi?


Oleh: Tulisan Mohd Ikmal Izwan Rosli 1 May 2005

Mengetengahkan sesuatu idea baru bukanlah semudah melafazkannya.Lebih-lebih lagi apabila diutarakan di kalayak manusia konservatif,insan yang lebih senang dengan apa yang ada di sekililing mereka.Lazimnya golongan ini jugalah merupakan majoriti dalam masyarakat sekitar.

Sebab itu usaha mengubah persepsi manusia selalunya memakan masa yang panjang.Lihat sahaja tatkala berkemundangan slogan ‘Negara Islam’ dan pelaksanaan Hudud di Kelantan awal 90-an dahulu.Habis melatah semua golongan dengan ‘idea baru’ yang ditimbulkan oleh Menteri Besar Kelantan ketika itu,sehingga terpacul beberapa kenyataan yang boleh menggugat aqidah si pengungkapnya.Namun apabila idea yang sama diketengahkan oleh Menteri Besar Terengganu awal alaf lepas,sudah kendur kokokan bantahan daripada orang ramai.Jika adapun hanyalah beberapa perkara yang bersifat teknikal sahaja,menunjukkan mereka sudah menerima ‘idea’ ini secara umumnya.

Begitulah yang berlaku ketika saya mula-mula menimbulkan idea Dewan Perwakilan Mahasiswa Kaherah (DPMK) kepada beberapa orang sahabat dan abang-abang ‘lama’ disini setahun sudah.’Anta jangan sulit-sulitkan keadaan lagi’ cantas salah seorang daripada mereka .’Habis dimana pula anta nak letak BKAN kalau sudah tubuh DPM di Kaherah ini’, tambah yang lain sebelum saya sempat mengupas isi buah sebenar.

Saya bukanlah bermaksud untuk menghakis fungsi BKAN yang ada di sini.Saya juga bukanlah berniat untuk berkempen kepada pembaca mengenai peri pentingnya penubuhan DPMK sehingga diusulkan ke Muktamar PMRAM nanti.Lebih penting lagi,ia bukanlah idea baru,cumanya ia seolah-olah nampak macam baru.Seperti persoalan negara Islam dan Hudud diatas,ia bukanlah idea baru,tetapi masyarakat pada masa itu nampak ia idea baru yang terbit daripada seorang Menteri Besar baru pula.

Umum mengetahui mengetahui betapa pentingnya kewujudan Badan Kebajikan Anak Negeri di sini.Ia menjadi sayap terpenting PMRAM dalam mengatur dan menggerakkan aktiviti kemahasiswaan di sini.Tambahan pula status BKAN yang mempunyai hubungan baik dengan kerajaan negeri (kecuali BKAN Selangor yang baru ‘cerai talak satu’ dengan Kerajaan Selangor)merupakan satu keistimewaan dan kelebihan yang besar dari sudut bantuan kewangan dan prasarana,khususnya untuk menampung kekurangan material yang adan pada PMRAM.Maka tidak hairanlah Pengarah JPMK begitu beriya mahu memastikan seluruh BKAN berada dalam genggamanya sebelum luput tarikh persaraannya,dan difahamkan juga perjumpaan dengan seluruh Pengarah Jabatan Agama Islam negeri yang akan dilangsungkan September ini menjadi usaha terakhir bagi merealisasikan hasrat beliau.

Walaupun peranan dan fungsi yang dimainkan oleh BKAN sangat besar,namun dari satu sudut lain pula ada virus yang tersembunyi disebaliknya.Jika ia dibiarkan akan berkembang biak seterusnya menjadi barah yang tiada tawar sembuhnya,khususnya di peringkat Kaherah.

Ikhlas saya katakan bahawa saya cukup mencemburui Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM)di peringkat cawangan dalam beberapa sudut berbanding BKAN-BKAN yang berpusat di Kaherah.Contoh paling jelas ahli-ahli DPM boleh tinggal sebumbung rumah walaupun masing-masing berasal dari negeri yang berbeza dan latarbelakang yang pelbagai.Tiada masalah bagi pimpinan DPM untuk menggabungkan mereka dalam satu program tanpa diasingkan mengikut negeri seperti program Muzakarah Berkelompok,sukan dan sebagainya.Malah tidak hairan jika ada dikalangan mereka yang mampu bertutur dalam loghat Kelantan misalnya,walaupun sepanjang hidup hanya ‘berkampung’ di Kuala Lumpur cuma.Kenalan juga semakin meluas,tidak terbatas di antara sesama negeri sahaja.

Apa yang ingin saya utarakan adalah beberapa sikap dan tindakan yang mesti diatasi diperingkat PMRAM dan BKAN di Kaherah,baik dikalangan pimpinan ahupun ahli.Antaranya sikap kenegerian yang masih lagi menjadi penyakit yang melanda BKAN di Kaherah.Kebanyakan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan hanya terbatas di kalangan ahli sahaja,sedangkan manfaatnya boleh dikongsi diperingkat yang lebih umum.Ahli pula begitu fobia untuk memanjat tangga rumah negeri lain untuk menyertai program terbuka,melainkan jika ada jemputan majlis kenduri kendara sahaja.Ada juga sebilangan mahasiswi yang tidak mahu menumpang di bilik yang bukan senegeri,sementara menunggu siap rumah negerinya.Apabila ditanya alasannya,jawapannya ringkas sahaja ‘Ana tidak biasa ustaz!’

Satu realiti yang harus diakui oleh semua pihak bahawa masalah kepupusan mahasiswa di Kaherah semakin meruncing.Kecenderungan mahasiswa untuk bermuqim di Muhafazah menyebabkan kekosongan yang ketara di rumah-rumah negeri.Ia juga turut memberi kesan dari sudut kepimpinan di mana pengambilan exco dari kalangan ahli Muhazafah sudah menjadi satu trend baru BKAN dalam tempoh setahun dua ini.Bahang ini turut dirasai oleh PMRAM dimana lebih 1/3 Badan Pengurus PMRAM adalah terdiri daripada ahli DPM,peningkatan mendadak berbanding sesi lepas.

Walaupun berlaku masalah kepupusan,program-program yang dilaksanakan semakin bertambah berbanding sebelumnya.Pertambahan program bukanlah perkara negatif,bahkan ia cukup baik supaya ahli mendapat lebih pendedahan dan persediaan dari sudut thaqafan,fikrah,jasadiah dan sebagainya.Namun jika dibuat penelitian dan pemerhatian,ada program-program yang sama tujuan dan pengisian dilaksanakan oleh kebanyakan BKAN.Kadang-kadang bertembung pula program yang sama dengan BKAN –BKAN lain.Bukankah ia merupakan satu kerugian dari sudut masa,tenaga dan material?Belum lagi ditambah dengan masalah kepupusan penggerak program lantaran kurangnya ahli BKAN di Kaherah.Akhirnya yang menjadi mangsa adalah exco.Merekalah Pengarah,pengerusi majlis,tukang masak,tukang cuci pinggan dan sebagainya.

Masalah ini bukanlah baru untuk diperbincangkan.Seingat saya ia pernah ditimbulkan dalam Ucap Tema Presiden PMRAM semasa Konvensyen PMRAM dalam program Perayaan Menyambut Ulangtahun 70 Tahun PMRAM (IHSAS) dua tahun lepas.Topik ini menjadi perbincangan dan perbahasan hangat di kalangan peserta,bahkan ia dijadikan salah satu resolusi konvensyen untuk dilaksanakan di kalangan ahli selepasnya.Namun perbahasan hanya tinggal perbahasan,resolusi hanya tinggal resolusi.

Oleh itu perlunya tindakan konkrit yang sepadu samada di peringkat PMRAM,BKAN dan DPM untuk mengatasi ataupun paling kurang meminimakan masalah ini.Apa yang penting perlunya penyusunan dan penyelarasan program-program BKAN yang baik dan bijak.Apa salahnya jika aktiviti-aktiviti seperti muzakarah berkelompok,program thaqafah dan program-program lain yang memberi manfaat umum digabung dan diselaraskan diantara BKAN-BKAN.Bahkan tidak mustahil jika ada kesedaran dan usaha,adik-adik baru yang bakal memulakan pengajian di sini diletakkan bukan sesama negeri,sekiranya mereka duduk di luar rumah negeri,sebagai bidayah untuk meminimumkan masalah ini.Pastinya Badan Pengurus PMRAM mempunyai autoriti untuk melaksanakannya,begitu juga kepimpinan BKAN perlu proaktif menggerakkan agenda ini,tanpa perlu menunggu ‘izin terbit’ daripada Badan Pengurus.

Di samping itu beberapa program yang telah dilaksanakan hendaklah diberi dos baru supaya kesan perlaksanaannya lebih efektif.Program seperti taakhi antara negeri hendaklah diambil berat dari segi perlaksanaannya,bukan hanya sekadar melepas batuk di tangga.Begitu juga Taqwim Bestari PMRAM,kerjasama hendaklah dijana samada di peringkat BKAN dari segi maklumat,jua PMRAM dari segi penyusun.

DPMK hanyalah simbol disebalik musykil yang terpapar.Apa yang lebih penting visi dan misinya hendaklah dihayati dan ditadbiq.Pastinya natijah bukanlah matlamat,namun jika tiada usaha dan ikhtiar,apa yang boleh kita bawa di negeri akhirat nanti?

Posted on August 5, 2008, in Alam Mahasiswa and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: