Pelajar Melayu di Mesir Pro-Pembangkang Ke?


Hari ini penulis ada terbaca satu berita ringkas di http://www.kln.gov.my/perwakilan/cairo tentang kedatangan Y.B Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi serta delegasi yang telah mengadakan pertemuan kira² 150 orang pelajar Malaysia di Mesir pada 8 Jun 2008 yang menyeru agar mahasiswa Mesir juga patut menjadikan keusahawanan sebagai salah satu kerjaya  mengingatkan kembali tentang Kelab Usahawan Malaysia Mesir atau KUMIM yang ditubuhkan pada 24 November 2006 yang dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Kaherah ketika itu Prof.Madya Dr.Mohd.Fakhrudin Abdul Mukti di Malaysia Hall, Abbasiah yang di taja oleh Tuan Hj.Rosdi Ismail merangkap Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Usahawan [BPU] MARA semasa delegasinya mengadakan Kursus Keusahawan untuk pelajar di Mesir yang bertujuan untuk membudayakan keusahawanan di kalangan bumiputra Malaysia yang berada di Mesir dalam usaha untuk menjayakan RMK-9.

Kursus tersebut dihadiri kira² 200 orang peserta yang terdiri daripada pelajar di Mesir ketika itu termasuk penulis sendiri yang dianjurkan oleh BPU MARA dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi dan Jabatan Penuntut Malaysia di Kaherah.

Kalau dilihat memang gah bunyinya yang mana akan merangkaiankan di antara Kelab² Usahawan di seluruh tempat pelajar bumiputra seperti di UK http://www.maralondon.com/masterclub@uk/index.php ,German,Perancis dan lain²nya.Kenapa UK saja kita nampak aktif ? Adakah berlaku pilih kasih sebab majoriti kepimpinan kerajaan Malaysia adalah lepasan Universiti di UK ?

Persoalannya penulis masih tertanya² adakah Kelab ini masih lagi hidup dengan jayanya atau hidup segan mati tak mahu atau semata² mainan agenda politik saja ketika itu ? Sebab tiada apa² berita di terima tentang keaktifan Kelab tersebut pada masa kini.Tulisan sebelum ini boleh dirujuk dipautan ini http://smshotcafe.com/v2/2006/11/24/penubuhan-kelab-usahawan-malaysia-mesir/

Kedatangan Y.B Dato` Noh Omar pada 7 Jun 2008 juga sebagai merasmikan Bangunan Asrama MARA di Iskandariah yang terletak di No.17, Sezostrice Street, Iskandariah telah dibeli dan diubahsuai dengan kos bernilai USD $3.9 Juta.Bangunan tersebut setinggi 11 tingkat yang dapat menempatkan lebih kurang 154 orang pelajar tajaan MARA.Pembelian tersebut adalah untuk menyelesaikan penempatan pelajar-pelajar tajaan MARA di bidang perubatan saja.Masalah perumahan ini bukannya tiada rumah tetapi kos sewa adalah mahal tambahan lagi di Iskandariah merupakan salah sebuah negeri pelancongan di Mesir.

Laporan demi laporan tentang permasalahan penempatan pelajar perubatan di Iskandariah yang bermula dari perintis pelajar perubatan yang pertama di Universiti Iskandariah seingat penulis pada tahun 2002 penulis sempat juga memberi butiran tentang perumahan pelajar di Iskandariah ketika itu kepada salah seorang pengawai MARA yang hadir untuk memantau keadaan rumah sewa pelajar sewaktu itu pengarah JPMK Wan Bakar Wan Dagang.

Sekali lagi laporan penempatan sekali lagi di ajukan oleh Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Prof.Madya Dr.Mohd.Fakhrudin Abdul Mukti di Malaysia Hall, Abbasiah dihadapan kira² 200 peserta serta pegawai MARA di sesi penutup Kursus Keusahawan tersebut meminta agar pihak MARA menyelesaikan permasalahan penempatan pelajar dan menghantar pelajar pegawai untuk bertugas ke Mesir.

Bertuah betul pelajar² tajaan MARA ni dah lah dapat rumah elauan pengajian juga dinaikkan sebagaimana yang telah diumumkan oleh keputusan kerajaan baru-baru ini.Dari dulu dan kini memang pelajar aliran agama ni tak ada hak keistimewaan..adakah pelajar agama juga dianggap pro pembangkang di Mesir ?

Posted on July 31, 2008, in Alam Mahasiswa, Catatan SMShotCafe and tagged , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: