Salam Isra` Wal Mikraj


Salam Isra` Wal Mikraj Semoga Kalian Semua Ceria Hendaknya.

Kenapa antara kita masih mempersenda dan memain2kan bila dikatakan malam lailatul qadar mereka kata malam ala kadar jerk..bila cite pasal Isra` dan mikraj alah..nabi tak kemana pun..ini bicara soal jasad dan roh..mereka cakap tu cam tak de roh jerk…cam tak pernah bermimpi kot..ke asyik tidur mampus yang cakap cam tu..

Aku dok merepek apa ni.? hakikatnya malam isra` dan mikraj ni ada pertalian dengan malam lailatul qadar..ok aku nak kongsikan sedikit apa yang telah aku talaqqi bersama sidi syeikh mukhtar ali ad-dusuqi

lailan disitu bukannya malam yang berlawanan dengan siang..lailan dimaksudkan adalah ghaibiah yang al-qadr adalah diisyaratkan kepada nabi s.a.w qardur-nabi tiada siapa yg tahu kecuali allah s.w.t sebagai
isyarat atau simbolik bahawa nabi s.a.w merupakan bukan manusia biasa.

Keyakinan kita kepada kuasa nabi s.a.w yg bukan mengatasi kekuasaan allah s.w.t…buktinya kerana semasa isra` wal mi`raj di sidratul-muntaha saidina jibril tidak boleh mendahuluinya kerana terbakar..walaupun s.jibril itu diciptakan daripada cahaya..menunjukkan nur nabi s.a.w itu mengatasi segala makhluk..sbb itulah allah berfirman : rahmatan lil a`lamin..nabi s.a.w adalah utusan rahmat bagi seluruh alam termasuk bumi dan langit.

Oleh itu lailatul-Qadr merupakan malam doa yang paling mustajab..itu sebenarnya..Lailatul-Qadr, menurut keyakinan penulis, ia jatuh tepat pada malam ke-27 Ramadan setiap tahun, sebab dikatakan Lailatul-Qadr (
ليلة القدر ) terdiri dari 9 huruf, dan Allah Swt. telah menyebut kata Lailatul-Qadr dalam al-Qur’an surat al-Qadr sebanyak 3 kali, maka 9 X 3 = 27 !!!

Dan bila diteliti dengan cermat, kita akan menemukan surat al-Qadr

juga terdiri dari 27 kata :
1. Inna
2. Anzalnahu
3. Fi
4. Lailat
5. al-Qadr
6. Wama adraka
7. Ma
8. Lailat
9. al-Qadr
10. Lailat
11. al-Qadr
12. Khairun
13. Min alfi
14. Syahr
15. Tanazzal
16. al-Mala’ikatu
17. wal-Ruhu
18. Fiha
19. Bi’idzni
20. Rabbihim
21. Min kulli
22. Amr
23. Salamun
24. Hiya
25. Hatta
26. Mathla’
27. al-Fajr

Shadaqallahul-Azim

Dan malam 27 ini memang tetap dirayakan diseluruh negara mesir setiap tahun..jika ditelita malam 27 ramadhan adalah sama dengan malam 27 rejab juga kerana merupakan doa yang paling mustajab..sebab itu ada kaitan dengan isra` dan mikraj yang allah membuktikan bahawa nabi s.a.w adalah utusan-Nya yang membawa rahmat seluruh alam..la ila ha illa allah muhammadurrasul lullah..

Ada orang bertanya kenapa malam 27 rejab paling mustajab?Kenapa mesti ada masa yang spesifik? Allah Taala bermasa ker? So tulah antaranya yang dikatakan ada pertalian dengan lailatul qadr..sy tidak beri`tiqad
allah taala bermasa atau bertempat..pokok isi disini bila2 masa kita boleh berdoa..cuma dijelaskan antara malam yang patut berdoa kerana mustajab soal terima atau tidak terserah pada allah s.w.t kita hanya
memohon..

Berdo’a itu sudah berkewajipan, terkabulnya do’a itu adalah hibah (hadiah). Kewajiban tetap kewajiban dan harus kita laksanakan kerana kita hamba yang harus tunduk dan taat, apapun pemberian-Nya terserah
Dia… terkabul atau tidaknya do’a kita sepenuhnya terserah Dia, kerana Allah bukan pelayan restoran yang kita jadikan sebagai tempat memesan isi perut kita…

Allah swt. adalah TUHAN yang berhak memberikan apa saja kepada hamba-hamba-Nya, dan kita sebagai hamba wajib meminta dan terus meminta sebagai tanda kita itu tidak punya apa-apa.

Jika Allah ternyata mengabulkan do’a kita maka itu semata-mata hadiah -Nya untuk kita, namun jika tidak terkabul usah dipedulikan dan terus memohon… karena Dia tidak berkewajiban untuk memenuhi keinginan
kita, Dia berhak memberi atau tidak… kita terus saja minta, selanjutnya terserah Dia.

Apakah yg kita tahu tentang  yang tersirat disebalik bulan REJAB..?kenapa teori no ekor dimaksudkan sbb ada nombor2 ke?ilmu al-quran itu luas sebenarnya..soal kita boleh terima atau tidak terserah pada kita..tiada paksaan cuma sekadar perkongsian dari maklumat yang saya perolehi..bila berlaku byk pandangan…abik je mana kita mahu..semuanya ada hikmah sebaliknya..benda2 keimanan adalah ghaibiah
..walaupun ada bukti pun memang dah sikap manusia…kerana bg kita hanya mengikut pandangan aqal..bukan qalbu…dan sifat aqal hanya boleh menerima perkara2 logik saja…sehinggakan agama juga ikut logik aqal saja…kalau dikatakan aqal itu lebih mulia tapi kenapa bila sujud kepada allah s.w.t kedudukan kaki kita lebih tinggi dari kepala kita…

Kisah kaum yang yahudi dengan nabi musa a.s diceritakan dlm al-quran…yg mana kaum yahudi mau melihat allah dengan nyata baru beriman..bagaimana kesudahannya ?

Ok bila di bulan REJAB ni tau tak antara rahsianya di eja RA` JIM BA` atau di English-kan jadi RGB anda pernah tgk tak di tv lama dulu ada 3 warna tu pencipta tv buat cam bar ada 3 warna Red Green Blue itulah ibu bagi warna. Biasanya tv zaman2 baru timbul tv colour..sapa tau sekitar tahun berapa haaaaa? itu lah menunjukkan tentang peristiwa berlaku…ku teringat pula satu kajian Unit penyelidikan Polimer di Universiti Cambridge satu ketika dulu yang mana mereka telah mecapai penemuan saintifik penting yang menuju ke arah pembuatan skrin tv setebal helaian kertas biasa kerana sekumpulan petugas di bawah unit ini telah berjaya membuat plastik bersinar yang berupaya mengeluarkan warna-warna merah,hijau dan biru [RGB] a.k.a RED,BLUE,GREEN ketika ia diberikan aliran elektrik.

Sebagaimana kita maklumi, bahawa polimer tidak boleh menjadi konduktor elektrik tetapi di sana terdapat sejenis plastik dikenali sebagai polimer konduktor yang terdiri rangkaiannya dari dua jalinan pertukaran sehala dan dua hala. Elektron-elektron dapat bergerak dengan bebas melalui rangkaian ini membawa arus elektrik.

Kumpulan tersebut telah berjaya sejak beberapa tahun lampau dalam menghasilkan polimer plastik yang berupaya mengeluarkan sinar. Sejak itu,mereka meneruskan percubaan-percubaannya untuk memperbaiki strukturnya supaya ia berupaya mengeluarkan warna merah,biru dan hijau [RGB] yang diperlukan oleh kaca tv warna.Meskipun di sana terdapat beberapa masalah yang masih dalam kajian,namun ia pasti suatu hari nanti kita mampu menutup tv,melipat dan menyimpannya di dalam kocek.

Isra` tu perjalanan malam dari masjidil haram ke masjid aqsa dan mikraj itu perjalanan dari masjidil aqso ke sidratul muntaha dan seterusnya ke rafraf dan jazabiah..begitu banyak peristiwa tu semuanya ada rahsia2nya yang kekadang memang tak tercapai oleh akal manusia nak memikirkan..bila manusia dapat naik kebulan tu pun tak pening2 dah..oklah tak patut lak nak sembang byk2 kat sini sebab ramai dah tu ust2. dok bagi ceramah setiap tahun jer..tapi kalau nak ceramah tentang isra mikraj ni para wali2 allah best dengar cite dia..tak de lah dok melalut kekadang tu dok ceramah campur gaul abis ngan politik biasanya sebenarnya byk rahsia peristiwa isra mikraj ni.ok bertanyalah kepada ahli zikr..semoga manfaat..salam isra wal mikraj sekali lagi dari ku untuk semua umat islam~

Posted on July 30, 2008, in Catatan SMShotCafe and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: