Perubahan Demi Perubahan


Semua ketahui, hakikat dalam apa jua keadaan kehidupan, karier, bisnes, hubungan maupun aspek kenegaraan mempunyai keupayaan untuk perubahan. Yang muda akan tua, yang bujang akan kahwin, yang baru jadi lama, yang di atas mungkin ke bawah dan yang di bawah mungkin di atas. Semuanya boleh ‘berubah’ dan faktor-faktor inilah yang menjadikan dunia kita ‘hidup’ dan bukan mati statik.

Saya percaya bukan sekadar persoalan peribadi insan malah kualiti-kualiti yang ada pada organisasi bahkan entiti perniagaan juga akan mengalami perubahan. Sama ada kita menyerap perubahan atau adaptasi menerima perubahan supaya tidak ketinggalan kebelakang.

Salah satu contoh sepertimana dulu orang suka beli kaset untuk dengar lagu terbaru,sekarang orang dah kurang beli kaset sebaliknya suka download daripada Internet maupun sharing sesama rakan atau satu komuniti.

Ini yang menyebabkan industri muzik kita merudum jatuh dari keuntungan beratus juta pada 10 tahun dulu menjadi berpuluh juta sahaja buat masa sekarang. Ini juga satu ‘perubahan’ trend orang ramai… Sekarang kalau jadi artis tidak boleh selamanya mengharap pada penjualan album ataupun royalti semata-mata, sebaliknya mesti melalui pelbagai aktiviti yang boleh memberi pulangan termasuk buat show sana sini, jv dengan radio dan media dan sebagainya.

Begitu juga bisnes, adakah selamanya anda akan menguasai 1 bidang sahaja ? atau adakah anda hanya buat bisnes dengan 1 jenis produk sahaja ? Sudah tiba masanya nanti kita perlu menilai semula kehendak pasaran dan cuba mengadaptasi perubahan mengikut keperluan.

Begitu juga dalam sesebuah organisasi yang mengalami perubahan pucuk pimpinan atau rombakan struktur pengurusan. Presiden bertukar, atau managing director yang baru menentukan halatuju baru berbeza dari gaya yang lama. Seolah-olah kereta lama dapat enjin baru. So terpulang kita nak guna kereta itu lebih baik sebelumnya ataupun lebih buruk.

Cuba kita lihat taktik perubahan dalam politik negara,kenyataan Dr.Mohamed Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi dalam laporannya menyatakan pesakit Saiful yang mendakwa diserang dengan jolokan bahan plastik di bahagian duburnya mendapati Mohd.Saiful tidak mengalami pendarahan aktif,tiada kesan ulser atau nanah dan tiada kesan koyak atau calar. Sudah jelas sememangnya tuduhan kes liwat terhadap DSAI pihak kerajaan ingin menghalangnya untuk menjadi Perdana Menteri.

Penulis sebenarnya memalu bila ditanya oleh beberapa orang arab Mesir [tempatan] di sini yang terdiri daripada pelajar tempatan orang awam bahawa Malaysia terkenal dengan sebuah negara”HOMOSEKSUAL” walaupun sebelum ini rata arab tempatan sini memuji Malaysia adalah sebuah negara Islam dengan kebanggaan seorang pemimpin yang bijak sebelum ini hatta pada kenyataan Syeikh Al-Azhar sendiri sewaktu masa dulu dan mereka memandang dan menjulang rakyat Malaysia di sini adalah dikalangan orang yang bijak kerana melihat kepada pemimpin yang berani dengan negara-negara luar.

Seingat penulis dalam tahun 2002-2003 kempen Islam Hadhari begitu hebat dipromosikan di kalangan pelajar Mesir.Bahkan jutaan RM diperuntukkan dan dibelajakan untuk projek Islam Hadhari tetapi hari ini malangnya negara kita sekali lagi digegarkan kes HOMOSEKSUAL dikalangan pemimpin.

Susulan daripada beberapa perubahan ekonomi, politik dan juga dasar kerajaan yang memihak kepada sektor PKS serta mewujudkan masyarakat perniagaan bumiputra melalui dana pinjaman mudah tanpa penjamin kepada penjawat awam di jabatan kerajaan telah membuka mata banyak peluang yang boleh dijelmakan di depan mata.

Saya fikir ia memberi kesan yang positif pada golongan usahawan internet untuk menangani perubahan yang positif seperti ini di samping berdepan kesan inflasi yang masih meningkat. At least kelembapan ekonomi sekarang tidaklah seteruk 1997 kerana kita masih mempunyai pasaran yang besar. Semua orang sudah mula berduyun belajar mengenai ebiz. Email saya sentiasa penuh dengan soalan2 newbie yang sama berdasarkan catatan diblog lebah.  Namun inilah salah satu indikator jelas boleh dibaca, sudah sampai masanya kita rebut peluang yang ada di depan mata sepantas yang mungkin. Belajar mencipta perniagaan sendiri walaupun secara sambilan dan kaut keuntungan dengan lebih baik.

Sekiranya kita belajar menangani perubahan yang ada sekarang, kesan untuk masa depan jauh lebih baik. Sehingga kini pasaran ebiz di Malaysia masih belum tepu, so belum terlewat lagi.. Yang muda boleh potong yang tua, dan yang baru juga bleh lebih hebat dari yang lama.. Kedudukan sistem pasaran terbuka ini memberi peluang sama rata untuk kita merubah hidup.

Walaupun kini saya rasakan bahawa budak belasan tahun tanpa degree juga boleh dapat income sehebat professor di universiti. Itulah hakikat rezeki di dalam perniagaan, jika kita usaha yang terbaik dan kuat tahan cabaran sure bleh berjaya.Kita lihat kenyataan di Rahsia10k.Info

Oleh itu ‘managing change’ yang berlaku sekarang adalah mustahak untuk masa depan. SMShotCafe.Com secara terbuka menerima pandangan dan cadangan orang ramai, baru atau lama, muda atau tua dan menerimanya dengan lapang hati.

Memetik catatan dalam rahsiaebiz.com,Dunia ini sekejap saja, so tak rugi mencuba sehinggalah kita capai matlamat. Jika kita mencuba untuk menjalankan perniagaan sendiri, dalam masa 10 tahun secara konsisten boleh capai ‘kematangan’ dalam bisnes. Waktu itu maybe sudah selesa dan berani dalam apa jua cabaran mendatang termasuklah perubahan yang berlaku sekarang.

Posted on July 29, 2008, in Catatan Pedagang Online, Catatan SMShotCafe, Dunia Yang Berkait and tagged , . Bookmark the permalink. 1 Comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: