Percuma Domain Dan Hosting


Kalau kata percuma maknaya tak perlu bayar lah kan..kan..Oppps Sebelum terlupa sebab otakku dah sarat ku ingin khabarkan buat rakan² yang ingin mencari nama web atau domain dengan di akhir dengan co.cc seperti www.rakankongsi.co.cc seperti saya gunakan yang dilinkkan ke laman ini juga.Kadang anda juga rasa panjang nak taipkan seperti http://www.aduhai.blogsport.com dipendekkan http://www.aduhai.co.cc je..atau mungkin anda mau nama lain selain yang anda daftarkan di hostkan sebelum ini dan kekadang dah ada org registerkan..ok boleh ke pautan ini co.cc sekiranya berminat untuk buat forward link dan anda boleh make money juga kalau promosi secara besarkan dengan menyertai program affiliate yang ditawarkan..setakat ini dia bagi percuma untuk 2 kata nama atau domain samada kita nak buat redirect atau dengan menggunakan setting DNS.

Jom register sekarang dan rebutlah peluang percuma ini..sebab dalam kajian aku memang susah pun nak cari domain2 free..seingat aku ada satu domain seperti diakhiri dengan .tk .co tapi kekadang ada tercampur dengan iklan mereka.

Ha tunggu apa lagi register sekarang cari keyword yang best² skit..antara tips yang telah aku baca oleh pakar² marketing kat internet seperti dibawah..apapun kita gunakan yang PERCUMA dulu sebelum kita menggunakan com,biz,info,tv dsb.

Antara tips yang dapat dipetik adalah :

1) Pendek
Nama domain yang pendek adalah lebih mudah untuk diingati, dan ia sekaligus mengurangkan keberangkalian kesilapan orang ramai untuk menaipnya. Jadi dapatkanlah nama domain sependek yang mungkin. Sebolehnya hendaklah kurang daripada 13 huruf (tidak termasuk akhiran .com). Ini kerana, menurut kajian psikolgi, seseorang lebih sukar/malas atau kerap salah apabila ingin mengeja perkataan yang melebihi 13 huruf.

Tetapi, jika tidak dapat juga. Menggunakan satu atau dua patah perkataan untuk nama domain anda juga masih kelihatan menarik dan mudah diingati.

2) Jelas & membawa maksud
Nama domain yang bagus adalah nama domain yang jelas serta dapat memberikan maksud serta gambaran yang tepat tentang sesuatu website hanya dengan membaca/menyebut nama domain tersebut. Oleh itu, pelawat akan mudah untuk membuat keputusan sama ada mereka mahu atau tidak melawat website anda apabila mereka melihat nama website anda di dalam senarai keputusan carian mereka di enjin carian.

Nama domain yang jelas juga senang untuk diingati sebagai suatu jenama di pasaran.

Ya, ada juga sesetengah syarikat yang besar yang sungguh berjaya walaupun mereka tidak menggunakan nama domain yang jelas dan kurang memberi maksud seperti Yahoo! Tetapi, mereka telah membelanjakan kos yang agak besar didalam kempen pemasaran bagi mengukuhkan jenama tersebut.

Yang pastinya, teknik menggunakan nama domain yang memberi maksud adalah satu kaedah yang lebih baik daripada menghabiskan berjuta-juta wang hanya untuk memberitahu orang ramai apa sebenarnya yang anda lakukan di sebalik nama domain tersebut.

3) Katakunci
Nama yang mengandungi kata kunci serba sedikit dapat membantu posisi yang lebih baik di enjin carian dan ia mempunyai peluang yang lebih cerah untuk disenaraikan di antara 10 yang teratas tanpa sebarang usaha untuk mengoptimunkannya. Sememangnya, nama domain yang kaya dengan kata kunci juga turut mempunyai ciri nama domain yang jelas dan membawa maksud. Nama domain seperti smshotcafe.com pastinya lebih baik daripada menggunakan nama perniagaan anda yang bernama encikbakar.com yang sebenarnya menawarkan sesuatu perkhidmatan.

4) Elakkan nombor
Nama domain yang mengandungi nombor juga seboleh-bolehnya dielakkan, ini kerana, nama domain yang mempunyai nombor boleh mengelirukan jika ianya cuba disebarkan kepada orang ramai melalui mulut ke mulut atau suara(radio), ini kerana laman web seperti www.anda2u.com mungkin akan disebut sebagai “anda to you” atau “anda dua you” atau.. “anda to you.. to tu dua tau.. nombor dua.. paham tak?”..

Aduh.. sungguh mengelirukan, kecuali jika ia ditulis dan disebarkan melalui medium yang dapat dilihat seperti tv atau poster.

5) Bunyi sama, ejaan berbeza
Nama domain yang mempunyai bunyi yang sama tetapi berbeza ajaan juga boleh mengelirukan sepertimana kekeliruan yang diwujudkan oleh nama domain yang bernombor. Nama domain seperti www.sitiaishah.com mungkin boleh mengelirukan jika ia hanya disebut tanpa ditulis atau dilihat, ini kerana, nama domain tersebut berkemungkinan mempunyai ejaan seperti:-

http://www.ctaishah,com
www.sitiaisyah.com
www.sitiaisha.com
www.sitiaysyah.com

jadi, elakkanlah nama domain yang mempunyai sebutan yang sama tetapi ejaan yang berbeza seboleh-bolehnya.

Antara ejaan yang sama tetapi sebutan berlainan adalah seperti ejaan yang mengandungi
“ai” atau “ay” atau “ i ”
“mi” atau “mee” atau “me”
“shah” atau “syah”
“mat” atau “md” atau “mad”

Register domain percuma dengan klik banner di bawah :

CO.CC:Free Domain

Sekiranya anda inginkan hosting percuma boleh dapatkan di melalui pautan banner di bawah :

Free Web Hosting with Website Builder

Posted on July 28, 2008, in domain and tagged , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: