Tertuduh lega tak digantung


SHAH ALAM: “Tertuduh yang membunuh Mohamad Ishak, 22, dengan menikamnya hingga mati pada 13 Jun 2007 lalu, lega kerana terselamat daripada tali gantung.

“Tertuduh sebelum ini sering memberitahu dia bimbang digantung akibat kesalahan dilakukannya,” kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat Selangor, Datuk Abdul Rahman Palil di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan mahkamah di Mesir, Isnin lalu yang menjatuhkan hukuman 25 tahun penjara terhadap pelajar Universiti Al-Azhar cawangan Mansourah, Mesir, atas kesalahan membunuh rakannya yang juga seorang pelajar Malaysia.

Menurut beliau, tertuduh berusia 23 tahun itu juga sering meluahkan kekesalan atas apa yang berlaku.

“Saya menerima maklumat melalui SMS daripada pegawai kami (kerajaan Selangor) di Mesir pagi semalam (kelmarin) bahawa tertuduh terlepas hukuman gantung.

“Akibat kesalahannya itu, mahkamah negara berkenaan menjatuhkan hukuman penjara 25 tahun,” katanya.

Bagaimanapun, menurut Abdul Rahman, tertuduh boleh merayu tempoh hukuman penjara berkenaan dikurangkan.

Difahamkan, sehingga semalam, keluarga tertuduh di Dengkil, dekat sini, belum mengetahui hukuman yang dijatuhi.

“Saya akan hantar pegawai ke kediaman keluarga berkenaan di Dengkil untuk memaklumkannya.

“Dia sudah menerima hukuman setimpal dan kami berharap ia akan menjadi pengajaran kepada pelajar lain di luar negara agar tidak melakukan perkara menyalahi undang-undang,” katanya.

Sementara itu..Keluarga mangsa sukar terima

KUALA TERENGGANU: Keluarga Mohamad Ishak, 22, pelajar Universiti Al-Azhar cawangan Mansourah, Mesir, yang mati ditikam rakan senegara, Jun tahun lalu, tidak berpuas hati terhadap keputusan mahkamah menjatuhi hukuman penjara 25 tahun ke atas pembunuh anaknya.

Menurut mereka, hukuman itu tidak setimpal dengan perbuatan tertuduh apabila mangsa dibunuh secara kejam selepas ditikam lebih 10 kali dan ditetak di muka, kepala, mata dan badan.

“Mak cik memang tidak puas hati dan tidak sangka mahkamah Mesir hanya menjatuhkan hukuman penjara 25 tahun terhadapnya (tertuduh).

“Mak cik bukan nak dia dihukum mati sebagai balasan perbuatan dilakukannya terhadap arwah Mohamad tetapi hairan dengan keputusan itu kerana difahamkan, dia mengaku membunuh Mohamad ketika perbicaraan,” kata Zaharah Mohamad, 59, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pengkalan Rajawali, Chendering di sini, semalam.

Keluarganya juga terkilan apabila pihak berkaitan langsung tidak memaklumkan keputusan mahkamah itu kepada mereka.

Sejak kejadian pada 14 Jun tahun lalu itu, kata Zaharah, segala perkembangan berkaitan kes itu, hanya diberitahu rakan arwah dan abangnya, Hussin, 28, yang berada di negara itu.

“Malah, mereka juga yang bersusah payah menghantar semua barangan peribadi arwah seperti pakaiannya yang kami terima akhir Disember lalu dengan perbelanjaan sendiri.

“Mak cik dan keluarga begitu terhutang budi dan berterima kasih kepada mereka (rakan arwah).

“Kami tidak mampu berbuat apa-apa kerana segala keputusan sudah dibuat dan sebagai hamba, kami hanya mampu berserah kepada Allah dan menerima dengan reda kejadian berlaku,” katanya.

Dalam kejadian itu, Mohamad mati selepas parah ditikam dan ditetak di kepala, muka, mata dan badan oleh pelajar senegara berusia 24 tahun berasal dari Selangor.

Arwah disahkan meninggal dunia di Hospital Mansourah, Mesir, kira-kira tiga kilometer dari rumah sewa mangsa di Mantiqah Dirasat, jam 8.30 malam waktu tempatan (1.30 pagi waktu Malaysia).

Jenazah arwah yang mulanya mahu disemadikan di Mesir dibawa pulang ke negara ini dengan kos dibiayai kerajaan negeri dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Laut, di sini. Sumber:Harian Metro

Posted on January 18, 2008, in Alam Mahasiswa, Dunia Yang Berkait. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: