Prospek pelaburan tahun depan positif


KUALA LUMPUR 20 Dis. – Prospek pelaburan Malaysia pada tahun depan dijangka kekal positif walaupun negara diramal menghadapi tekanan inflasi dan cabaran luar, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alliance Finance, Datuk Bridget Lai.Beliau berkata, pelaburan negara dijangka terus kukuh dengan inisiatif kerajaan menubuhkan wilayah pembangunan ekonomi baru, yang bakal menyaksikan pertumbuhan yang mampan.

‘‘Asas pertumbuhan ekonomi pada 2008 dijangka cerah dengan sektor perkhidmatan diramalkan terus kekal sebagai penjana utama dari segi bekalan bersandarkan subsektor seperti perkhidmatan perniagaan, hartanah, kewangan dan insurans.

‘‘Pelaburan swasta pula dijangka menampung kesan akibat perbelanjaan sederhana oleh pengguna tetapi pembangunan di wilayah koridor ekonomi dan pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan dijangka merancakkan perbelanjaan sektor awam,’’ katanya dalam satu kenyataan di sini.

Bagaimanapun, katanya, risiko inflasi yang semakin meningkat akan menjadi risiko utama kepada gambaran kukuh ekonomi sekarang.

‘‘Sunggupun Malaysia telah berjaya membina daya ketahanannya namun negara ini masih mudah terjejas dengan persekitaran luaran.

‘‘Inflasi akan menjadi satu masalah utama pada 2008 berikutan ramalan peningkatan kos yang menjejaskan perbelanjaan pengguna,’’ tambah beliau.

Lai berkata, sebagai pengeluar terbesar minyak sawit mentah di dunia, Malaysia dijangka meraih faedah daripada kenaikan harga minyak mentah dan minyak sawit mentah berikutan permintaan tinggi dari China, India dan Eropah.

Mengenai unjuran global pula, beliau meramalkan pasaran global dijangka menghadapi tempoh yang mencabar dengan masalah sub prima dijangka berlanjutan hingga tahun depan.

Keadaan itu berlaku kerana pasaran kredit global sedang menghadapi langkah-langkah sekatan kredit akibat krisis sub prima yang menyebabkan institusi kewangan terpaksa mengamalkan dasar pinjaman secara berhati-hati dengan mengenakan premium risiko lebih tinggi ke atas instrumen kewangan,’’ ujarnya.

Sumber: Utusan Online

Posted on December 21, 2007, in Bijak Melabur. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: