Ramai pelajar perubatan diperdaya ejen


PUTRAJAYA 13 Dis. – Kementerian Pengajian Tinggi mendedahkan ramai pelajar perubatan persendirian yang ingin melanjutkan pelajaran di luar negara tanpa mengikut syarat kelayakan akademik diperdaya oleh ejen tempatan sehingga mengalami kerugian mencecah jutaan ringgit.Menterinya, Datuk Mustapa Mohamed berkata, dalam kes terbaru yang berlaku pada pertengahan Ogos lalu, seramai 40 pelajar ditipu oleh ejen terbabit dengan menjanjikan pengajian di KASTUBA Mastur, India tetapi terpaksa pulang ke tanah air kerana universiti itu sebenarnya tidak wujud.

Beliau memberitahu, proses penipuan yang dijalankan oleh ejen terbabit ialah dengan mengeluarkan iklan mengenai universiti itu, seterusnya memalsukan surat tawaran kemasukan dan mengenakan bayaran tinggi bagi perkhidmatan penginapan dan penempatan pelajar.

‘‘Lebih serius lagi, ejen terbabit turut menggunakan nombor rujukan kementerian dalam setiap dokumen urusan antara pihaknya dan pelajar dengan harapan mangsa akan mempercayai bahawa mereka dilantik oleh kerajaan.

‘‘Malah apa yang mengecewakan, pelajar terbabit juga tidak mengetahui sama ada universiti mereka itu wujud atau tidak kerana semua urusan permohonan hanya melalui ejen,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mustapa memberitahu, mengikut aduan yang diterima, kebanyakan pelajar terbabit merupakan pelajar yang tidak mendapat keputusan cemerlang iaitu purata nilai gred kumulatif (PNGK) mereka di bawah 3.5 tetapi dikatakan layak oleh ejen terbabit.

Menurutnya, mengikut peraturan Pusat Perubatan Malaysia (MMA), pelajar yang layak menyambung pelajaran dalam jurusan perubatan mesti mendapat PNGK 3.5 ke atas dan perlu mendapatkan Sijil Sokongan Luar Negara (SSLN) yang dikeluarkan oleh kerajaan.

‘‘Bagaimanapun, hampir keseluruhan pelajar yang menggunakan ejen terbabit tidak mendapatkan SSLN ekoran terlalu mempercayai ejen tanpa berurusan dengan pihak universiti yang dipohon,’’ tambahnya.

Beliau memberitahu, pada kebiasaannya kerajaan akan menghantar pelajar yang layak untuk mengikuti pengajian perubatan di Indonesia atau Rusia termasuk 344 universiti di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Menurut Mustapa, kebiasaannya ejen terbabit menjanjikan pengajian perubatan itu di India, Indonesia, Rusia, Ukraine dan Mesir.

Posted on December 13, 2007, in Alam Mahasiswa. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: