Memo Bersih: Tujuh pemimpin pembangkang, 10 yang lain ditahan


Tujuh pemimpin pembangkang ditahan pagi ini ketika cuba menyerahkan memorandum Bersih (Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil) kepada Parlimen bagi membantah cadangan melanjutkan tempoh perkhidmatan pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Mereka terdiri daripada Ketua Penerangan PKR, Tian Chua; Setiausaha Agung PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli, ahli jawatankuasa pusat PAS, Dr Lo’Lo’ Ghazali; Ketua Wanita PAS, Norida Salleh, Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan erta Setiausaha Agung, Parti Socialist Malaysia, S Arutchelvan.

Menurut saksi, polis mengepung kereta Tian Chua dan membawanya keluar sebelum menahannya pada kira-kira 10.40 pagi. Seorang lagi yang berada dalam kereta tersebut, turut ditahan.

Chua tidak berhenti di sekatan jalanraya itu dan berkeras untuk meneruskan perjalanannya sebelum polis menahannya.

Kira-kira 10 minit kemudian, Arutchelvan dan seorang individi ditahan, juga ketika cuba melepasi benteng polis. Para pemimpin PAS pula ditahan tidak jauh dari situ sejurus kemudian.

Kira-kira jam 12 tengahari, Khalid tiba di Jalan Parlimen di mana beliau bercakap sekejap dengan pihak media yang berkumpul di sana.

“Saya tidak fikir kita akan dapat menyerahkan memorandum itu hari ini. Keutamaan kita ialah untuk membantu mereka yang ditahan,” katanya kepada wartawan.

Seorang pegawai polis berpakaian biasa menunjukkan perintah mahkamah yang diperolehi oleh polis Sentul semalam, dan mengarahkan Khalid supaya beredar dari situ.

Khalid kemudian beredar ke keretanya dan ketika dalam perjalanan itu, Ketua Polis Sentu, ACP Ahmad Sofian Md Yassin mengarahkan orangnya menahan Setiausaha Agung PKR itu.

Perintah mahkamah

Polis telah menutup semua jalan menuju ke Parlimen untuk menghalang penyokong Bersih daripada menyerahkan memorandum membantu cadangan pindaaan perlembagaan bagi melanjut tempoh perkhidmatan pengerusi SPR kepada 66 tahun.

Perintah mahkamah itu – yang kedua selepas perhimpunan Hindraf pada 25 November lalu – melarang empat individu dan penyokong Bersih daripada menyertai perhimpunan tersebut.

Mereka ialah pemimpin PAS – Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Mohamad Sabu dan Adenaan Saad – dan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud.

Perintah tersebut juga menyatakan ‘pihak-pihak berkaitan yang lain’ turut dilarang mernyertai perhimpunan tersebut. Polis telah memberi amaran bahawa mereka yang mengingkari perintah tersebut akan ditahan.

Sumber:

http://www.malaysiakini.com

Posted on December 11, 2007, in Alam Politik, Dunia Yang Berkait, Lonjakan Politik Melayu. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: