Kementerian Kesihatan Kesal ?


Kerajaan kesal khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia berikutan bayaran yang terlalu tinggi yang dikenakan oleh hospital swasta di negara ini.

Menurut laporan Menteri Kesihatan,Datuk Seri Dr.Chua Soi Lek melalui Utusan Malaysia hari ini yang mana beliau kesal di atas kes pesakit dikenakan caj yang terlalu tinggi melalui cara-cara yang boleh disifatkan sebagai tidak beretika dan dikatakan mementingkan keuntungan semata-mata.

Beliau memberi contoh satu kes seorang doktor mengenakan 15 kali pemeriksaan ke atas pesakitnya dalam sehari dengan caj RM200 untuk sekali pemeriksaan,sekaligus menjadikan jumlah keseluruhannya RM3,000.

Hal ini dibangkitkan dan dibincangkan oleh Kabinet dan pihaknya sentiasa peka tetang kadar caj yang disengajakan dengan mengenakan kos yang terlalu tinggi oleh segelintir hospital swasta.

Namun,beliau mengakui bahawa masalah ini tidak mudah untuk diatas atau disiasat kerana sesetengah doktor merasakan bahawa siasatan adalah suatu isu yang boleh dipertikaikan dan diperdebatkan oleh mana-mana pihak.

Hasil kajiannya,faktor utama dikenaikan caj tersebut adalah di sebabkan ubat-ubatan,peralatan,teknologi maklumat,komunikas dan pengkomersialan amalan perubatan.

Oleh demikian,orang awam mempunyai hak untuk membuat laporan dan aduan kepada Majlis Perubatan Malaysia [MMC] atau MMA yang bertanggungjawab meneliti sama ada ia membabitkan amalan yang tidak beretika oleh segelintir doktor kerana MMC mempunyai kuasa dan peruntukan bagi mengenakan tindakan ke atas doktor yang didapati mengamalkan perbuatan yang tidak beretika termasuk dipecat daripada profesion atau diberikan amaran untuk digantung tugas yang akan dikenakan berdasarkan kepada aduan dan tahap kesalahan yang tidak beretika oleh mana-mana doktor.

Sementara itu,MMA juga merasa bimbang dengan pertambahan bilangan institusi pengajian Tinggi [IPT] awam dan swasta yang menawarkan kursus perubatan yang tumbuh macam cendawan yang mana ketika ini yang terdapat 20 buah secara keseluruhannya iaitu 10 IPTA dan 10 IPTS.Ini bermakna lepasanya doktor nanti akan membuka lebih banyak lagi hospital swasta dan akan mengenakan caj yang lebih tinggi lagi.

Secara peribadi penulis berpendapat,kalau perubatan di hospital kerajaan sudah berkualiti mengapa perlu menghabiskan wang ribuan ringgit di hospital swasta.Kalau dilihat pada golongan atasan atau elit hatta pemimpin² dan keluarganya mencari doktor² pakar juga.Bagi hospital kerajaan ini adalah umum untuk rakyat² berpendapatan rendah di pihak bawahan saja.

Persoalannya,berapa ramaikah keluaran² pengajian perubatan yang mengambil dalam bidang pakar.Kalau dilihat pada dirisiko pula, mana² hospital swasta juga akan menolak sekiranya terdapat kes yang dianggap sudah tidak dapat diubat atau dihampir² meninggal dunia,mereka akan menggalakkan kita ke hospital kerajaan juga kerana demi menjaga imejnya dan kesalahan terhadap hospital tersebut.

Di Mesir misalnya, kos perubatan di hospital swasta tidak begitu tinggi, tetapi kita sudah menemui doktor yang pakar dalam bidang tertentu.Kebiasaannya kos dikenakan semasa berjumpa sekitar USD5-10 dan ubat dibeli sendiri.

Penulis juga masih terkilan dengan Kerajaan Malaysia tidak menitikberatkan dan pendedahan kepada rakyat agar mengambil pengajian perubatan sehingga ke peringkat pakar kekadang terpaksa mengimport daripada luar.

Dari segi pengubatan bagi rakyat bawahan ini atau orang kampung yang selalu berulang-alik ke klinik dan hospital kerajaan.Dari segi kesihatan ini siapa tidak mahu agar cepat sembuh rela menghabiskan ribuan ringgit kalau mati terus lagi senang daripada menderita dengan kesakitan.

Oleh itu, kerajaan harus memperbaiki dari segi perkhidmatan dan mutu penawaran di hospital-hospital atau pusat kesihatan yang lebih berkualiti.

Posted on December 4, 2007, in Dunia Yang Berkait, Kajian. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: