Pesta Demostrasi Malaysia : 3 Pesta Lagi Bakal Menjelma ?


Setelah demostrasi secara aman oleh Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil atau BERSIH telah berjaya pada 10 November yang disertai kira² 100,000 rakyat Malaysia dan Hindu Rights Action Force atau Hindraf juga berjaya dalam tunjuk perasaan pada 25 November lalu yang turut disertai kira² 30,000 orang.

Sekurang²nya tiga lagi tunjuk perasaan bakal diadakan dalam tempoh terdekat ini.

Selain kejayaan, ketiga-tiga tunjuk perasaan akan diadakan disebabkan kerajaan mengalah atau bertolak ansur dengan puak-puak yang mengadakan tunjuk perasaan, kata sesetengah pihak.

Malah mereka juga berkata, lain-lain tunjuk perasaan yang muncul selepas ketiga-tiga tunjuk perasaan ini kerana ia dianggap satu-satu perantaraan yang boleh digunakan secara berkesan oleh pembangkang untuk menggugatkan dan melemahkan pihak pemerintahan kini.

Ketiga-tiga tunjuk perasaan yang bakal diadakan ialah:

1- Tunjuk perasaan pada 9 Disember yang akan diadakan oleh Majlis Peguam sebagai memperingkatkan Hari Hak Asasi Manusia. Bersih akan ikut serta dalam tunjuk perasaan yang akan bermula dari SOGO ke Pasar Seni itu.

2- Tunjuk perasaan pada 11 Disember yang akan diadakan oleh BERSIH pada 11.00 pagi di Bangunan Parlimen bagi membantah pindaan Perlembagaan.

3- Tunjuk perasaan (belum ditetapkan tarikh) yang akan diadakan oleh parti-parti pembangkang dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk membantah kenaikan kadar tol lebuh raya di beberapa negeri mulai 1 Januari depan.

Sehingga kini akhbar-akhbar arus perdana melaporkan bahawa polis belum lagi menerima sebarang permohonan untuk menganjur ketiga-tiga tunjuk perasaan itu, tetapi sebenarnya permohonan itu tidak penting dan tidak perlu kerana seperti semua tahu bahawa permohonan itu tidak akan diluluskan.

Pada waktu yang sama tunjuk perasaan haram dari segi undang-undang dan bukan haram dari segi agama juga tetapi boleh diadakan.

Ada yang berpendapat bahawa akhir-akhir ini pihak penganjur tunjuk perasaan pun menggunakan kebijaksanaan politik di mana mereka membuat permohonan untuk mendapatkan permit walaupun mereka menyedari permohonan mereka mesti gagal kerana mereka mahu memerangkap kerajaan di mata dunia bagi membuktikan bahawa Malaysia bukan negara demokrasi dan tidak menghormati hak asasi manusia dan tidak membenarkan kebebasan bersuara. Sebagai hasil Amerika Syarikat (AS), Amnesty International dan lain-lain mengkritik Malaysia.

Bagaimanapun, tunjuk perasaan Hindraf yang kini tampak lebih hebat dari tunjuk perasaan BERSIH dari segi propaganda di peringkat antarabangsa lebih menguntungkan politik UMNO terutama sekali jika disusuli dengan perkembangan-perkembangan yang bersifat perkauman dan agama seperti yang terdapat dalam memorandum Hindraf.

UMNO melalui pelbagai jenteranya boleh menggunakan tunjuk perasaan Hindraf untuk kempen pilihan raya umum ke-12 akan datang. Isu perkauman dan agama yang dimainkan oleh Hindraf telah menggerakkan semangat orang Melayu di seluruh Malaysia kini.

Secara kebetulan tunjuk perasaan orang India Malaysia minggu lepas pula berciri agresif dan ganas. Ini berbeza dengan tunjuk perasaan masa lalu di mana kita biasa melihat para tunjuk perasaan dipukul polis, tetapi kini para penunjuk perasaan pula yang memukul polis.

‘Footage’ beberapa adegan aksi ganas para penunjuk perasaan Hindraf serta adegan polis lari bertempiaran kerana dikejar oleh para penunjuk perasaan ditayang melalui oleh stesen-stesen televisyen Malaysia. Ia juga dapat ditonton di YouTube.

Persoalannya, adakah pihak pembangkang terutama PAS tidak boleh berbangga dengan tunjuk perasaan seperti yang telah dan akan diadakan oleh Hindraf kerana ia menguntungkan politik UMNO dalam pilihan raya yang bakal diadakan tahun depan.

Jika diteliti dengan pemahaman yang tajam di pihak manakah yang mencetuskan demostrasi, adakah di pihak pemerintah atau di pihak rakyat jelata ? Jelas menunjukan ada sesuatu yang tidak kena ! kehendak rakyat dibataskan dan dihadkan ! kehendak pimpinan tiada batasan dan siapa pula yang akan menghalang ? Benar ! rundingan dan perbahasan telah dilakukan tetapi masih lesu dan kaku.

Sampai bilakah rakyat harus diperbodohkan dan menjadi pak turut atau pak angguk ! Perselisihan pandangan adalah merupakan suatu nikmat dan hikmah jua kerana kita adalah manusia yang lemah tidak semua idea kita adalah sama dan sudah merasakan yang terbaik.Allah s.w.t berhak memberi ilham dan idea kepada sesiapa saja yang dikehendaki dengan kekuasaanya adalah mutlak.

Bagi sesetengah pihak berpendapat bahawa tidak perlulah kita berdemostrasi kerana negara kita sudah aman dan makmur,buat kerja kita.Golongan ini adalah seperti ini merupakan golongan yang berkepentingan diri sendiri dan tidak pernah mendalami perasaan di pihak bawahan.

Tuntutan Hidraf

Perhimpunan Barisan Bertindak Hindu [Hindraf] yang diadakan adalah untuk menyokong saman yang difailkan terhadap kerajaan British kerana membawa rakyat India ke Malaysia sebagai buruh dan mengeksploitasi mereka selama 150 tahun.

Saman itu juga bertujuan mendapatkan pengisytiharan bahawa Laporan Suruhanjaya Reid 1957 gagal mengambilkira hak masyarakat India apabila memberi kemerdekaan, mengakibatkan mereka didiskriminasi dan dipinggirkan hingga hari ini.

Mereka mahu menuntut pampasan AS$2 juta bagi setiap orang India yang tinggal di Malaysia.

Hindraf juga turut terbabit dalam usaha menghalang perobohan kuil-kuil Hindu di negara ini dan mendapat sokongan besar daripada masyarakat India.

Memorandum yang mahu diserahkan baru-baru ini adalah untuk menggesa Ratu Elizabeth II melantik peguam diraja untuk mewakili Hindraf dalam kes tersebut.

Tuntutan BERSIH

Dalam Memorandum tersebut Bersih ada 4 tuntutan yang utama:

1. Penyemakan semula daftar pemilih yang lengkap demi memastikan segala kesalahan dan ketimpangan yang sedia ada dapat dihapuskan;

2. Penggunaan dakwat kekal untuk menghalang pengundian berganda;

3. Pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara;

4. Akses media yang adil kepada semua pihak dalam pilihanraya supaya semua pihak politik boleh jelaskan dasar mereka kepada rakyat Malaysia.

Penulis berpendapat, adalah wajar demostrasi secara aman ini diadakan yang bukan hanya sekadar berpesta sekurang-kurangnya dipihak pemerintah sedar bahawa mereka akan digugat dan dilemahkan oleh rakyat sendiri.Diam bukannya menyokong dan berdemostrasi bukannya membantah,namun hakikatnya adalah kehendak dan hak rakyat, tanpa suara rakyat siapalah yang berada di atas itu !

Pandangan penulis tentang kehendak rakyat itu sebenarnya adalah nikmat bukanya mengundang malapetaka, kerana pada kita begitu banyak pengajaran dan hikmah yang dapat dipetik melalui perjalanan hidup orang² yang telah mendahului daripada kita, khususnya orang-orang soleh dan para kekasih Allah yang telah memperjuangkan hidup dan matinya hanya demi Yang Maha Kuasa.

Tentunya Imam al-Hasan dan Imam al-Husain adalah pemuka mereka semua, tiada lain kerana mereka berdua adalah cucu Junjungan besar Rasul S.a.w. dan beliau sering memuji keduanya dengan beraneka ragam pujian. Lakaran dalam sebuah hadits beliau bersabda: “al-Hasan dan al-Husain adalah penghulu [ketua] seluruh penghuni syurga”.

Suatu ketika, Imam al-Hasan Ra. melalui rumah saudaranya Imam al-Husain Ra. dan ia berjumpa ramai orang yang duduk menunggu di depan pintu rumah saudaranya itu.

Ia pun bertanya kepada mereka: “Ada apa kalian berkumpul di depan rumah saudara saya ini?”. Mereka menjawab: “Kami menunggu Imam al-Husain Ra. keluar, kerana kami mempunyai hajat dan tuntutan tertentu yang hanya beliaulah yang dapat mengatasi dan menyelesaikannya, kami sangat memerlukan beliau, tapi beliau sampai sekarang belum keluar-keluar, besar kemungkinan beliau sedang berkhalwah”.

Setelah Imam al-Hasan Ra. mendengarkan keluhan mereka, beliau segera mengambil kertas untuk menulis pesan secara ringkas untuk saudaranya Imam al-Husain R.a.

Pesanan tersebut berbunyi :

” إن احتياج الناس إليكم من نعم الله عليكم فلا تملوها فتعود نقما ”

“Sesungguhnya keperluan orang kepadamu adalah sebahagian dari nikmat Allah untukmu, maka terimalah dan jangan abaikan, kalau tidak maka nikmat itu akan berubah menjadi malapetaka”.

Lembaran yang berisi pesanan singkat itupun dimasukkannya dari bawah pintu rumah Imam al-Husain Ra. yang kemudian setelah beliau membaca pesanan abangnya, beliau pun keluar dari ruang khalwatnya dan melayani jamaah dan golongan yang sudah lama menunggu di luar.

Imam Al-Husain pun berjanji untuk tidak lagi berkhalwat selama masih ada yang memerlukannya, kerana memenuhi hajat sesama saudara lebih mulia daripada hanya berkhalwat dengan Maha Pencipta.

Dari cerita di atas, kita dapat menyimpulkan bahwasa seseorang pemimpin walaupun ia harus lebih banyak menghadap Tuhannya namun terkadang Tuhan itu sendiri yang membuat orang-orang di sekitarnya memerlukannya, dan itu merupakan suatu penghargaan yang cukup besar bagi pemimpin tersebut agar ia dapat membantu dan melayani rakyatnya.

Dengan demikian ia pun bertambah dekat kepada Tuhannya. Namun apabila mengabaikan hajat dan tuntuan mereka, maka seakan-akan mengabaikan ketetapan dan kehendak Tuhan, yang akhirnya nikmat tersebut akan berubah menjadi sebuah malapateka !!

Oleh yang demikian, Wahai para pemimpin negara..penuhilah hajat dan tuntutan rakyat jangan biarkan malapetaka menimpa anda semua !!

Rasul s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah memiliki hamba-hamba yang tercipta untuk memenuhi hajat manusia, mereka bebas dari siksa neraka selama mereka melaksanakan tugas dengan sebaik-baiknya”.

Mudah-mudahan Allah mempermudah urusan para pemimpin kita bagi mempermudah urusan kita. Amin

Sumber Penulis

1-www.tematajdid.com

2-www.malaysiakini.com

3. Pengajian-pengajian Dr.Mukhtar Ali Muhammad Al-Dusuqi Ra.

4. Akhbar al-Buhairah wal-Aqalim Mesir edisi 171 tahun 2005,

5. Dan lain-lain.

Posted on December 2, 2007, in Catatan Pedagang Online, Dunia Yang Berkait, Lonjakan Politik Melayu. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: