MIER ramal harga bahan bakar akan naik 20 peratus


Harga bahan bakar di Malaysia mungkin naik lebih daripada 20 peratus pada awal tahun depan dan sekaligus turut menaikkan kadar inflasi kepada 3.2 peratus pada tahun 2008, kata sebuah badan pemikir hari ini.

Awal tahun ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata subsidi bahan api perlu dikurangkan, satu isyarat bahawa harga bahan itu akan naik lagi walaupun negara akan mengadapi pilihanraya umum tahun depan.

Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) berkata, ia menjangka harga bahan bakar akan naik 30 hingga 40 sen daripada harga RM1.92 selitar sekarang.

Kadar tol lebuhraya juga dijangka naik Januari ini, selepas kadarnya dinaikkan sebanyak 60 peratus setahun lalu.

“Saya rasa ia akan dinaikkan tidak lama lagi…mungkin selepas pilihanraya bersama dengan kenaikan kadar tol. Ini adalah perubahan yang membebankan,” kata Pengarah MIER Mohamed Ariff Abdul Kareem.

“Kedua-dua kenaikan tersebut ‘akan meningkat kos menjalankan perniagaan dan kadar inflasi boleh mencecah 3.2 peratus tahun depan,” katanya kepada pemberita.

Ramalan Bank Negara

Bank Pusat Malaysia meramalkan kadar inflasi antara 2.0 hingga 2.5 peratus pada 2007, tetapi belum membuat sebarang ramalan bagi tahun 2008.

Kerajaan telah menaikkan harga minyak pada Februari 2006 – yang tertinggi pernah dikenakan – atas sebab kenaikan harga minyak mentah dan berjanji akan menggunakan wang yang dijimatkan itu untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam.

Ekoran itu, pertubuhan sivil dan politik telah menganjurkan demonstrasi di ibunegara untuk mengecamkan kenaikan tersebut.

MIER mengulangi bahawa ia menjangka pertubuhan ekonomi akan menurun kepada 5.4 peratus pada 2008, berbanding ramalan rasmi 6.5 peratus, ekoran kelemahan ekonomi Amerika Syarikat dan di peringkat global.

MIER meramalkan perkembangan 5.7 peratus bagi 2007, lebih rendah daripada ramalan kerajaan sebanyak 6.0 peratus.

– AFP

Sedutan : malaysiakini

Posted on November 28, 2007, in Dunia Yang Berkait, Ekonomi. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: