Labur lebih agresif perdagangan di Mesir


KAHERAH 27 Nov. – Syarikat swasta dari Malaysia digesa supaya lebih agresif dalam membuat pelaburan dalam bidang perdagangan dan perindustrian di Mesir. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, setakat ini tidak banyak syarikat swasta dari Malaysia merebut peluang ekonomi yang semakin berkembang pesat di negara itu.

Menurut Abdullah, syarikat-syarikat Malaysia boleh merintis jalan ke arah itu dengan menjalin lebih banyak kerjasama dengan pihak swasta di Mesir.

‘‘Dalam pertemuan saya dengan Perdana Menteri Mesir, Dr. Ahmed Nazeif, kedua- dua negara bersetuju untuk memperluas dan meningkatkan lagi kerjasama sedia ada.

‘‘Pada waktu ini hubungan dalam bidang ekonomi dan perdagangan antara Malaysia dengan Mesir masih berada pada tahap tidak sebesar seperti mana yang diharapkan.

‘‘Sebenarnya ruang dan peluang untuk memperbanyakkan lagi perdagangan antara kedua-dua negara tetap ada dan kerana itulah kita menggalakkan pihak swasta untuk menggiatkan lagi kerjasama dalam bidang perdagangan dan perindustrian di Mesir,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyertai mesyuarat dengan Menteri Wakaf Mesir, Profesor Dr. Mahmoud Hamdi Zazouq; Sheikh Besar Al- Azhar, Dr. Mohamed Sayed Tantawi; Mufti Mesir, Dr. Ali Gomaa dan beberapa presiden universiti terkemuka tempatan termasuk Presiden Universiti Al-Azhar, Profesor Dr. Ahmed Al-Tayeb di sini, malam tadi.

Sebelum itu, Abdullah mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Mesir, Dr. Ahmed dan menyaksikan upacara menandatangani kerjasama dalam bidang pendidikan antara Malaysia dengan Mesir.

Selain ekonomi, Perdana Menteri berkata, Malaysia juga akan mempertingkatkan kerjasama dalam bidang pendidikan termasuk menghantar lebih ramai pelajar Malaysia ke negara itu.

‘‘Dalam perbincangan yang diadakan, kita telah mencadangkan agar Universiti Al-Azhar memperkenalkan lebih banyak cabang pengajian baru selain daripada agama agar lebih banyak pelajar dapat mengikuti pengajian di negara ini.

Abdullah juga melahirkan rasa gembira kerana para pemimpin agama terkemuka di sini termasuk Sheikh Al-Azahar menerima baik pendekatan Islam Hadhari.

Mengenai adanya pelajar Malaysia yang terpengaruh dengan sentimen pembangkang, Abdullah berkata, mereka sepatutnya boleh menilai apa yang baik dan buruk demi masa depan pelajar itu sendiri.

– Utusan

Posted on November 27, 2007, in Dunia Yang Berkait. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: