Pilihan raya Jordan: Puak Islam kalah, kabilah menang


Puak Islam Jordan dan kaum wanita kalah dengan teruk dalam pilihan raya parlimen Jordan kelmarin ( 20 November) yang dilaporkan berlaku penipuan dan pembelian undi besar-besaran itu. Sebaliknya yang menang adalah calon-calon kabilah atau suku dan ahli perniagaan yang pro keluarga di raja Hasyimi, Raja Abdullah II.

Pemerintahan raja Jordan merupakan pemerintahan yang bergantung kepada semangat dan kekuatan kabilah di kalangan orang badwi. Tentera Jordan yang terkenal taat setia tidak berbelah bahagi kepada raja Jordan itu adalah terdiri daripada orang badwi itu.

Dalam pilihan raya Jordan kali ini, mereka jugalah yang tambil memberi sokongan dan menunjukkan mereka masih kuat seperti dulu. Dalam laporan awal semalam, puak Islam yang dikenali sebagai Barisan Tindakan Islam (جبهة العمل الإسلامي) hanya menang tujuh kerusi daripada 22 kerusi yang dipertandingkan bagi merebut 110 kerusi parlimen Jordan.

Ia merupakan kekalahan besar bagi Barisan Tindakan Islam kerana dalam pilihan raya tahun 2003 ia menang 17 dan melayakkannya menjadi hanya satu-satu pembangkang dalam parlimen Jordan ketika itu.

Manakala kaum wanita pula dikatakan mencatat rekod dari pencalonan kerana menghantarkan orang 199 calon dalam pilihan raya berkenaan adalah lebih teruk kerana tiada seorang pun calaon mereka dipilih. Akibatnya kerajaan terpaksa melantik enam orang wanita ke parlimen melalui kuota yang diperuntukkan untuk mereka.

Jordan yang menjadi anak emas Amerika Syarikat (AS) dipuji oleh pentadbiran AS. Jurucakap Jabatan Negara, Sean McCormack dalam satu kenyataan semalam berkata pilihan raya parlimen Jordan diadakan dengan licin dan negaranya mengucap tahniah kepada kerajaan dan rakyat Jordan. “Amerika Syarikat mengucapkan tahniah kepada kerajaan dan rakyat Jordan berhubung pilihan raya parlimen yang diadakan pada November 20,” kata McCormack.

Parti Islam bukan saja tidak ada masa di Jordan, tetapi juga di negara-negara Arab kerana semua kerajaan di sana, sama ada diktator tentera atau diktator raja menggunakan bermacam-macam cara untuk menyekat kemaraan mereka. Itu pun setakat bertanding untuk masuk parlimen.

Sedangkan jika sampai ke peringkat mahu merebut tampuk pemerintahan, tidak usah mimpi dalam keadaan sekarang kerana jalan menuju ke arah itu paling sempit kecuali direstui AS seperti dalam kes Iraq kini.

Tetapi itu pun akan dimangsai AS tidak lama lagi dan itulah menyebabkan al-Maliki mula dikecam oleh AS. Bagaimanapun, wanita lebih teruk kerana puak sekular dan puak Islam sama-sama kurang berani menaruh calon wanita kerana susah memang.

Rujukan : http://www.tematajdid.com

Posted on November 20, 2007, in Dunia Yang Berkait. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: