AWASI PELAJAR ASIA BARAT JADI REKRUT PEMBANGKANG


KUALA LUMPUR 9 Nov. – Kerajaan perlu mengawasi tindakan pembangkang yang kini menjalankan aktiviti untuk merekrut 80 peratus pelajar di Asia Barat sebagai kader parti itu menjelang 2015.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Asia Barat, Farid Shukri berkata, ini kerana mereka turut bertindak menghasut pelajar terbabit khususnya di Mesir supaya membenci kerajaan dan UMNO.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan UMNO melakukan gerak gempur supaya 6,000 pelajar Melayu yang kini menuntut di Mesir tidak menjadi dalang yang akan memburukkan negara kelak.

Saya telah menyatakan kebimbangan ini dalam pertemuan tertutup dengan Bendahari UMNO, Datuk Abdul Azim Mohd. Zabidi baru-baru ini.

“Kekalutan ini perlu diselesaikan. Jika tidak, persatuan propembangkang ini akan mengaut 80 peratus pelajar di Mesir sebagai kader mereka menjelang 2015,’’ katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau sebelum itu mengadakan pertemuan tertutup dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi disertai 68 wakil Kelab UMNO Luar Negara.

Farid berkata, gerakan propembangkang itu tidak lagi dilakukan secara senyap, tetapi semakin berani menjalankan misi secara terbuka.

Beliau berkata, Persatuan Melayu Republik Arab Mesir contohnya, telah ditubuhkan sekian lama dan begitu aktif melahirkan kader pembangkang.

Menurutnya, persatuan tersebut bukan sahaja bertindak memantau program kedutaan, aktiviti Kelab UMNO dan setiap program kerajaan malah berusaha mewujudkan sentimen antikerajaan dan membenci kepimpinan UMNO.

Beliau berkata, tindakan pembangkang itu jika tidak ditangani segera, mampu mengkucarkacirkan minda pelajar di Mesir, sekali gus memberi impak dalam usaha kerajaan membangunkan sebuah negara Islam Hadhari.

“Kita mahu perhatian diberikan lebih kepada penuntut di Asia Barat kerana kita bimbang tindakan mereka boleh membawa kesan negatif jika UMNO sengaja mengabaikannya,’’ kata beliau.

http://www.kelab-umno.com

Posted on November 14, 2007, in Alam Mahasiswa. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: