Harga minyak turun AS$94 setong


KUALA LUMPUR 2 Nov. – Harga minyak mentah global susut hari ini ke paras AS$94.15 (RM314) setong hari ini berikutan aktiviti beberapa bank pusat global menyokong nilai dolar Amerika Syarikat (AS) di pasaran mata wang.

Namun begitu, pelabur berkata, harga komoditi tersebut dijangka meningkat semula pada minggu depan berikutan spekulasi mengenai keengganan Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) untuk menambah pengeluaran komoditi tersebut.

Pengurus Kanan Kumpulan TA Investment Bhd., Alsetdek Al Haj Ali berkata, aktiviti beberapa bank pusat utama global termasuk Jepun dan Eropah yang membeli dolar Amerika Syarikat (AS) telah menyekat sementara peningkatan harga komoditi itu hari ini.

“Apabila dolar AS pulih sedikit hari ini, harga minyak mentah yang didagangkan berasas mata wang tersebut jatuh sedikit.

“Namun harga komoditi itu dijangka terus meningkat pada minggu depan jika khabar angin bahawa OPEC enggan menambah pengeluaran ekoran kelemahan dolar menjadi kenyataan,” kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Harga minyak mentah ‘Light Sweet’ bagi penghantaran Disember di New York Merchantile Exchange (NYMEX) susut AS$2.09 (RM7) kepada AS$94.15 (RM314) setong selepas waktu dagangan elektronik hari ini berbanding AS$96.24 (RM321) setong semalam.

Sementara itu, Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera (Pribumi), Zainal Ariffin Osman berkata, harga minyak mentah kini dalam aliran meningkat dan mampu mencecah lebih daripada AS$100 (RM333) setong.

“ Memandang permintaan bahan api meningkat menjelang musim sejuk Disember ini serta permintaan tinggi dari negara seperti China dan Eropah, maka peningkatan melepasi AS$100 setong bukan perkara yang mustahil,” jelas beliau.

Selian itu, menurut Zainal, jumlah simpanan minyak AS juga baru-baru ini dilaporkan susut melebihi jangkaan iaitu sebanyak 1.2 peratus kepada 312.7 juta tong.

Ketegangan politik di Asia Barat termasuk pergolakan Turki-Kudis, campur tangan tentera AS di Iraq dan ancaman AS ke atas Iran juga merupakan antara penyebab kenaikan komoditi tersebut.

Posted on November 3, 2007, in Dunia Yang Berkait. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: