Kesatuan pekerja MAS bantah Asir Asia dibenar terbang ke S’pura


Kesatuan Pekerja Sistem Penerbangan Malaysia (MASEU) membantah keputusan kerajaan membenarkan membenarkan syarikat penerbangan tambang murah, Air Asia, mengadakan perkhidmatan ke Singapura.

Setiauasaha Eksekutif MASEU Mustafar Maarof berkata keputusan itu turut memberikan dua hak pendaratan kepada syarikat penerbangan tambang murah Singapura, Tiger Airways dari Singapura ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL setiap hari.

“Secara tidak langsung, ia memberikan hak pendaratan kepada Singapore International Airlines (SIA) kerana Tiger Airways ialah anak syarikat milik SIA sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sedangkan keuntungan Air Asia, katanya, tidak akan dinikmati syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) kerana Air Asia bukan anak syarikatnya, berbanding keuntungan yang diperoleh oleh Tiger Airways.

Oleh itu, MASEU) mahu kerajaan menimbang semula keputusannya membenarkan Air Asia mengadakan perkhidmatan ke Singapura.

Diajak berunding

Sepatutnya, kata Menurut, MASEU diajak berunding sebelum keputusan itu dibuat ataupun pihak kerajaan menunggu sehingga 1 Jun 2009 sebelum termeterinya perjanjian langit terbuka antara negara-negara Asean.

Keputusan itu, katanya, menyukarkan MAS sukar melaksanakan pelan pemulihan perniagaannya dan merugikannya dalam masa yang paling singkat.

Selain itu, MASEU juga bimbang ribuan pekerja MAS akan kehilangan pekerjaan jika Lapangan Terbang Antarabangsa Changi menjadi hub pelepasan antarabangsa di rantau ini, selain beberapa syarikat penerbangan antarabangsa telah membatalkan laluan mereka ke KLIA.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengesahkan kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan Air Asia beroperasi ke Singapura.

Sebuah akhbar Inggeris tempatan pula melaporkan syarikat penerbangan tambang murah Singapura, Tiger Airways, akan turut ditawarkan laluan yang sama.

Sumber:malaysiakini.com

Posted on October 27, 2007, in Dunia Yang Berkait. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: