Minyak mentah hampiri AS$89


KUALA LUMPUR 25 Okt. – Harga minyak mentah global melantun semula menghampir paras AS$89 (RM298) setong di New York ekoran laporan penurunan luar jangkaan import komoditi oleh Amerika Syarikat (AS) itu sejak Mac lalu.

Peniaga berkata, penurunan eksport itu telah menyebabkan penurunan luar jangkaan simpanan minyak AS, justeru melonjakkan harga komoditi tersebut.

Harga minyak mentah berkualiti tinggi ’Light Sweet’ bagi penghantaran Oktober dalam dagangan luar waktu urus niaga New York Merchantile Exchange berada pada paras AS$88.52 (RM298.62) setong pada sebelah petang, naik AS$1.42 (RM4.79) berbanding harga penutup di pasaran New York pada sebelah pagi.

Jabatan Tenaga AS melaporkan bahawa jumlah simpanan minyak mentah AS susut 5.3 juta atau 13 peratus pada minggu ini berbanding minggu sebelumnya.

Angka tersebut adalah yang terendah sejak awal tahun ini, kata laporan tersebut.

Sumber:

– Utusan Online

http://www.opec.org/ 

Posted on October 25, 2007, in Dunia Yang Berkait. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: