Raja Kasino Lim Goh Tong meninggal dunia


Pengasas Genting Bhd “Raja Kasino” Tan Sri Lim Goh Tong yang meninggal dunia harirajakasino.jpg ini. Mendiang telah membangunkan kawasan atas bukit yang kini dikenali sebagai Genting Highlands Resort dalam 1965, dengan membina sebuah pusat peranginan berkelas dunia.

Lim telah merubah kompleks perjudian dan hiburan atas bukit itu untuk menjadi satu kawasan bernilai berbilion ringgit. Mendiang memulakan kehidupannya dari seorang yang miskin kepada seorang yang kaya raya.

Ia bermula dengan ketibaannya di Malaya pada 1920 dari China selepas mengharungi berjalanan 10 hari dengan hanya RM2 di dalam poket seluarnya, tetapi telah berusaha menjadi salah seorang terkaya di dunia.

Dalam Mac 2003, namanya dimasukkan ke dalam senarai jutawan dunia majalah Forbes Global di tangga ke-206, dengan memiliki nilai harta bersih AS$2.1 bilion, demikian menurut laporan Bernama.

Beliau yang dilahirkan dalam 28 Februafi 1918 di Wilayah Anxi di Fujian, China, telah bekerja sebagai tukang kayu bapa saudaranya setibanya di sini, menjual barang runcit dan memulakan perniagaan logam skrap.

Dengan menggunakan hasil simpanan wang yang mencukupi, beliau telah menubuhkan Kien Huat Construction dalam 1950, yang kekal sebagai entiti perdana persendiriannya.

Salah satu kejayaannya ialah menjadi kontraktor kecil bagi projek pembangunan Jalan Klang Lama di Kuala Lumpur.

Kontraktor kerajaan

Beliau kemudiannya bekerja menyiapkan satu projek bernilai RM300,000 untuk membangunkan sistem pengairan dari Kuala Lumpur ke Pantai.

Keupayaannya itu membolehkan Kien Huat Construction untuk menjadi kontraktor kerajaan berlesen yang memberikannya pelbagai kontrak.

Antara projek yang dilaksanakan oleh Kien Huat ialah Empangan Air Itam di Pulau Pinang, Skim Pengairan Kemubu Kelantan dan Projek Kuasa Elektrik Hidro Cameron Highlands.

Ketika bekerja menyiapkan empangan Cameron Highlands pada 1964 itulah beliau dikatakan melihat peluang memajukan satu pusat peranginan di atas bukit berdekatan Kuala Lumpur.

Dalam 1968, beliau mengasaskan Genting Bhd, yang diberikan lesen tunggal kasino oleh Kerajaan Persekutuan.

Dengan mengamalkan pendekatan “hands-on,” beliau menjadi pekerja, pengurus projek dan jurutera bagi projek itu.

Melalui kepimpinannya, Genting muncul sebagai kaunter utama di pasaran saham, dengan dipelbagaikan kepada perladangan, kertas, minyak dan gas dan kuasa.

Kapal peranginan

Syarikat itu juga telah memindahkan operasi perjudian dan berkaitan pusat peranginan kepada anak syarikatnya, Resorts World Bhd, yang kekal mempunyai tunai yang besar ketika krisis kewangan Asia 1997/98.

Beliau juga mengasaskan “Star Cruises,” yang menawarkan aktiviti kasino di atas kapal peranginan.

Beliau yang juga seorang dermawan, juga diingati melalui derma RM20 juta kepada Universiti Tunku Abdul Rahman, yang telah menganugerahinya dengan ijazah doktor falsafah.

Mendiang Lim juga telah menerima banyak anugerah yang termasuk “Anugerah Hartanah Tahun ini” dalam 2002 oleh Persekutuan Hartanah Antarabangsa (FIABCI), Pengurus Tahun ini oleh Kelab Alumni Harvard Business School Malaysia 1987 dan “Business Achiever of the Year” oleh Yazhou Zhoukan, sebuah akhbar harian perniagaan China antarabangsa yang berpangkalan di Hong Kong.

Beliau telah melancarkan autobiografinya dalam 2003 yang bertajuk “My Story.” Pada lewat 1990-an, secara perlahan-lahan anak-anaknya telah mengambil alih operasi Genting Group disebabkan masalah kesihatannya.

Lim meninggalkan isteri, Puan Sri Lee Kim Hua, dan enam orang anak. Sumber:malaysiakini.com

rajakasino2.jpg

Posted on October 23, 2007, in Dunia Yang Berkait. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: