Daily Mirror mohon maaf pada Hadi Awang


hjhadi.jpgAkhbar tabloid British – Daily Mirror – telah memohon maaf kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana tersalah melaporkan beliau sebagai pemimpin al-Qaeda dan seorang tahanan di Guantanamo Bay.

Berikutan itu, Abdul Hadi menerima gantirugi sebanyak RM500,000 dari tabloid berkenaan, kata Setiausaha Politik presiden PAS itu, Syed Azman Syed Ahmad kepada AFP hari ini.

“Beliau menerima kira-kira RM500,000 dan permohonan maaf secara terbuka oleh Daily Mirror. Mereka telah mengaku kesilapan mereka,” kata Syed Azman.

Katanya, presiden PAS itu masih berada di London untuk memuktamadkan penyelesaian tersebut.

Pada 1 Mei lalu, Daily Mirror telah menyiarkan gambar Abdul Hadi dalam sebuah artikel mengenai rancangan seorang pengganas untuk meletupkan pusat membelibelah Bluewater di Kent.

Ia menyebut Abdul Hadi sebagai pemimpin ketiga Al-Qaeda dan berkata dia telahpun ditangkap dan kini ditahan di Guantanamo Bay.

Dalam permohonan maaf yang disiarkan dalam lamanwebnya, Daily Mirror berkata: “Ini tidak benar dan gambar itu telah tersalah siar. Artikel kami sebenarnya merujuk kepada orang lain, Abdul Hadi al Iraqi.”

“Encik (Abdul Hadi) Awang bukan dan tidak pernah menjadi ahli al-Qaeda…Encik (Abdul Hadi) Awang tidak pernah disoal atau ditangkap berhubung dengan keganasan, atau ditahan di Guantanamo Bay,” katanya. Sumber : malaysiakini.com

Posted on October 23, 2007, in Dunia Yang Berkait. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: