Al-Fatihah : Zaid Muhammad


allahyarhamzaid.jpg

Al-Fatihah kepada Allahyarham Zaid Muhammad,22 merupakan Pelajar Muadalah[program berkembar dengan Universiti Al-Azhar,lepasan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra [KIAS] yang meninggal dunia ditempat kejadian setelah dilanggar oleh sebuah van barang dijalan utama Solah Salem,Kaherah kira-kira jam 3.15 petang.Beliau yang berasal dari ampong Batu Gajah Malau, Jitra, Kedah meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya semalam merupakan salah seorang pelajar baru sampai ke Mesir 2 bulan lepas.Beliau yang tiba di Mesir 18 Septembar 2007 bersama rombongan KIAS, Nilam puri.

Kejadian berlaku semasa beliau bersama rakanya Mohd Ridhuan untuk melintasi jalan utama solah salem untuk ke Jalan Masjid Ja`fari,untuk ke perhentian Bas Dirrasah,Cairo.Beliau bersama rakan2nya yang pulang dari mengaji al-quran di rumah syeikh muqara` Abd.A`zim Sultan Sya`ban yang terletak di kawasan Masjid Syeikh Zaki Ibrahim.

Penulis sempat juga bertanya teman serumah beliau bahawa 2 hari sebelum menghembuskan nafas terakhir di Mesir,beliau menyebut “kalau aku meninggal di Mesir,tanamlah aku di sini”.Namun,kawan-kawannya menganggap itu adalah satu gurauan.

Mengikut pemerhatian penulis,jalan tersebut adalah sangat merbahaya sekiranya kita melintas kerana ia merupakan jalan utama dan jejantas telah dibina setelah baikpulih jalan tersebut dan pembinaan jalan terowong sekitar tahun 2000.

Kami mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham Zaid.Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh-nya bersama orang-orang soleh.

Menurut sumber,jenazah akan dikebumikan esok di tanah perkuburan melayu di Hayyu Asyir.Kaherah kerana masih menunggu ayahnya akan sampai ke cairo pagi esok.

Berita selanjutnya..

21 oktober 2007 – “kalau saya mati, kebumikan saya di sini”, Demikian gurauan yang dibuat oleh Allahyarham Zaid bin Muhamad dihadapan sahabat-sahabat dua hari sebelum kemalangan ngeri yang menimpa arwah. Kejadian berlaku di lebuh raya Solah Salim bersebelahan dengan jalan Darrasah. Allahyarham dikatakan sedang dalam perjalanan pulang daripada Masjid Syeikh Zaki Ibrahim selepas selesai menghadiri majlis tadarus Al-Quran yang dijemput oleh Syeikh Abdul Azim Sulthan Sya’aban.

Allahyarham adalah mahasiswa muadalah yang baru sahaja sampai ke Mesir. Merupakan pelajar muadalah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) jurusan Syariah dan berasal daripada jitra Kedah. Berumur 22 tahun dan telah pun menduduki peperiksaan tahdid mustawa samada berada di tahun 3 atau 4 jurusan Syariah Islamiah, Kaherah. Allayarham Zaid bin Muhamad tiba di Mesir pada tanggal 18 Septembar 2007 bersama rombongan KIAS, Nilam puri.

Kemalangan berlaku selepas solat Zohor. Allahyarham dilanggar sebuah chevrollet ketika cuba melintas jalan bersama dengan seorang teman yang bernama Mohd Ridhuan Abdul Razak. Allahyarham dikatakan bersungguh-sungguh mengajak kawannya melintas lebuh raya Solah Salim meninggalkan kawan-kawan yang lain yang sedang berjalan dibelakang bersama Syeikh Abdul Azim Sulthan Sya’aban.

Ketika melintas Allahyarham memegang tangan Mohd Ridhuan dan apabila berada ditengah-tengah jalan besar tersebut beliau melepaskan tangan sahabatnya dan sedikit terkebelakang daripada sahabatnya Mohd Ridhuan. Ketika itulah datang sebuah Chevrollet yang dipandu laju lalu melanggar allahyarham sehingga melayang 10 meter dari tempat kejadian. Allahyarham Zaid Muhamad meninggal dunia serta-merta sejurus kemalangan di tempat kejadian akibat hentakan kuat dikepala.

vanJenazah allahyarham dibawakan ke tempat bedah siasat di Muqattam 2 jam selepas kejadian. Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam A’syir dan disembahyangkan di dataran A’sir selepas solat Zohor, keesokan harinya. -Rujukan sumber dari http://www.e-kpkm.com

 Sementara itu,petikan berita dari http://www.pmram.org pula menyebut ;

 21 Oktober, `Asyirah Muhammadiah, Kaherah- seorang pelajar lepasan KIAS yang baru tiba di Mesir, saudara Zaid bin Muhammad telah menghembuskan nafas terakhir apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Solah Salim, Kaherah.

Saudara Zaid bin Mahamad, 22 yang berasal daripada Kampong Batu Gajah Malau, Jitra, Kedah Darul Aman pada awalnya telah bersama-sama dengan sahabat beliau, saudara Muhammad Ridwan Abdul Razak pergi ke `Asyirah Muhammadiah, sebuah pusat pengajian ilmu tasawwuf di Mesir kerana ingin menghadiri majlis tahlil arwah di sana. Sejurus selepas majlis tahlil berakhir, Allahyarham dan saudara Muhammad Ridwan melintas Jalan Solah Salim lalu dirempuh oleh sebuah lori kecil yang tidak dapat mengelak daripada merempuh Allahyarham sehingga mengakibatkan kematian beliau di tempat kejadian. Walaubagaimanapun teman beliau, saudara Ridwan selamat. Kejadian berlaku sekitar jam 2.30 petang waktu Mesir.

Presiden PMRAM, saudara Hairul Nizam bergegas ke tempat kejadian bersama-sama beberapa anggota Badan Pengurus PMRAM yang lain. Beliau bersama saudara Ridwan, teman yang bersama dengan Allahyarham telah bergegas ke Balai polis yang berdekatan dengan Masjid Saidina Husain untuk memberikan laporan berkaitan dengan kejadian tersebut.

Allahyarham akan dikebumikan esok (23 Oktober) sekitar jam 10 pagi waktu Mesir di Hayyu Asyir, Kaherah. Ini berikutan dengan kedatangan bapa kepada Allahyarham dari Malaysia yang dijangka akan tiba di Lapangan Terbang Kaherah esok pada jam 7.00 pagi. Allahyarham akan disolatkan di perkarangan Hayyu Asyir esok.

Semoga Allah menempatkan saudara Zaid Mahamad bersama dengan golongan yang soleh yang menerima rahmat dan kasih sayang Allah. Al-Fatihah.

Posted on October 22, 2007, in Alam Mahasiswa. Bookmark the permalink. 1 Comment.

  1. innalillahhiwainnalillahhiraajiun…..semoge roh arwah diberkati ALLAH SWT dan ditempatkan bersama-sama org yg beriman….amin yarabaalamin…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: