Jarjis: Dr Sheikh Muszaphar bukan pelancong angkasa


24929.jpgAngkasawan pertama Malaysia, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha bakal ditauliah sebagai “Cosmonaut” oleh Russia supaya tidak timbulkan lagi sindiran oleh pihak tertentu bahawa dia hanyalah pelancong angkasa.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis berkata Dr Sheikh Muszaphar akan ditauliahkan sebagai ‘Cosmonaut” bersama-sama Kapten Dr Faiz Khaleed.

Menurutnya, pentauliahan itu akan dilakukan oleh Russia kira-kira dua minggu selepas kepulangan Dr Sheikh Muszaphar ke Bumi kerana angkasawan pertama negara itu perlu dikuarantin selama seminggu di Moscow sebelum pulang ke Malaysia.

Dr Jamaludin berkata, Dr Sheikh Muszaphar dijadual pulang ke Bumi Ahad ini, demikian menurut Bernama.

“Dengan pengiktirafan itu, diharap tidak akan timbul lagi sindiran daripada pihak tertentu yang mempersoalkan kredibiliti angkasawan negara termasuk memanggilnya sebagai pelancong angkasa,” katanya kepada pemberita malam tadi.

Pada masa akan datang, katanya, kementeriannya akan turut menjalin kerjasama daripada segi latihan dan kepakaran dengan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat supaya isu pengiktirafan berkenaan tidak lagi dibangkitkan.

kerjasama NASA

Selain itu, katanya, beliau akan mengadakan perbincangan dengan NASA November ini bagi membenarkan Dr Faiz menjalani latihan bersama agensi angkasa itu.

Setakat ini, NASA memberikan kerjasama erat terutama dari segi komunikasi yang membolehkan rakyat Malaysia mengikuti perkembangan Dr Sheikh Muszaphar di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Sementara itu, Jamaludin berkata program angkasawan negara telah memberikan impak besar dengan kewujudan “demam angkasa” dalam kalangan rakyat terutamanya generasi muda.

Beliau berkata, program berkenaan dilihat mampu membawa anjakan minda generasi muda untuk meminati sains dan matematik.

Sehubungan itu, beliau berkata kementeriannya bercadang mewujudkan Bahagian Angkasa bagi meneruskan kesinambungan program angkasawan negara dan ia akan dibawa ke Kabinet untuk dibincangkan.

Selain itu, katanya, pihaknya juga bercadang mengambil Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Faiz selain Pengarah Program Angkasawan Negara, Kolonel Dr Zulkeffeli Mat Jusoh untuk menyertai bahagian itu.

“Tetapi kita kena bincang dengan mereka dulu dan juga dengan pihak majikan mereka sekarang,” katanya. Sumber : malaysiakini

Posted on October 19, 2007, in Dunia Yang Berkait, Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: