Kain pelekat pengubat rindu ibu


KUALA TERENGGANU: “Hanya kain pelekat koyak ini menjadi pengubat rindu makcik dan perasaan itu semakin terasa ketika memasak juadah berbuka dan bersahur kerana dia suka menyibuk di dapur,” kata ibu pelajar tahun pertama jurusan Usuluddin Universiti Al-Azhar cawangan Mansurah, Mesir yang mati ditetak pelajar tahun tiga universiti sama, tiga bulan lalu.

Zaharah Mohamad, 58, menerima kain pelekat itu daripada rakan mangsa dipercayai dipakai Mohammad Ishak, 22, ketika kejadian yang berlaku kira-kira jam 8.30 malam waktu tempatan (1.30 pagi waktu Malaysia) pada 13 Jun lalu.

Beliau berkata, sebaik menerima kain pelekat itu beliau dapat berasakan kesengsaraan anaknya kerana keadaan kain itu seperti ditoreh sehingga koyak.

Sejak kejadian itu, katanya, beliau akan pastikan kain pelekat itu sentiasa bersama untuk mengubat rindu.

“Arwah memang minat memasak, walaupun keriuhan mengusik saya di dapur sudah tidak kedengaran sejak dia menyambung pelajaran ke Mesir, tetapi sambutan puasa tahun ini menyedihkan dan kurang ceria,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pengkalan Raja Wali, Chendering, di sini, semalam.

Sementara itu, abang Mohammad, Hussin Ishak, 28, berkata, perasaannya semakin sayu selepas melihat komputer di rumah kerana sepanjang Ramadan tahun lalu mereka sekeluarga berhubung dengan Mohamad melalui web-kamera.

Hussin berkata, bapanya, Ishak Abdul Rahman, 63, juga amat merasai kehilangan Mohammad.

“Setiap waktu Asar dua hari sekali ayah akan ke kubur yang tidak jauh dari rumah dan itu mungkin caranya untuk melepaskan perasaan rindu terhadap arwah dan sememangnya kedua-duanya sangat akrab,” katanya.

Beliau berkata, lebih kurang sepuluh kali arwah berhubung dengan ahli keluarga secara bergilir-gilir antara tiga dan enam jam dan kebanyakan topik yang dibualkan adalah perbezaan juadah berbuka di Mesir dan Terengganu.

“Yang paling sayu adalah anak saudara kami yang paling rapat dengan arwah, Aqeb Irfan Abdul Rais, 4, yang sering menghabiskan masa di hadapan komputer dan menantikan wajah Mohamad muncul di skrin.

“Selepas diberitahu berulang-ulang ayah Matnya sudah tiada, beliau seakan menyendiri dan mula menerima ketiadaan Mohamad malah menjadikan rakaman perbualan sebagai pengubat rindu,” katanya.

Hussin berkata, selain Aqeb, bapa Allahyarham, Ishak Abdul Rahman, 63, juga amat merasai kehilangan Mohammad yang disifatkan sebagai raja lawak untuk menghidupkan keceriaan di rumah.

“Setiap waktu Asar dua hari sekali ayah akan ke kubur yang terletak tidak jauh dari rumah dan itu mungkin caranya untuk melempiaskan perasaan rindu terhadap arwah dan sememangnya kedua-duanya sangat akrab,” katanya.

Catatan penulis tentang kejadian ini boleh dirujuk di SINI.

Sumber Berita Harian

Posted on September 16, 2007, in Dunia Yang Berkait. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: