Lang Buana


Filem Lang Buana yang dibintangi Kumpulan Senario mula ditayangkan pada 4 Disember 2003. Filem ini menggunakan lebih 2,000 pelakon tambahan yang terdiri daripada penduduk tempatan. Teknik CGI (imejan berkomputer) dapat dilihat pada tebuan tanah yang berterbangan, orang mati yang bergerak dan kepala terapung-apung dengan membabitkan kos kira-kira RM200,000.

Filem ini membawa penonton ke era zaman lampau iaitu sebelum abad ke-19 tetapi kisah yang dipaparkan berkaitan dengan masyarakat Malaysia hari ini. Ia mengisahkan tiga orang pemuda – Gunung, Daik dan Bercabang – yang melarikan diri daripada menjadi hamba abdi kepada Orang Kaya Seri Bentan. Mereka bertiga berhenti di sebuah kota bernama Lang Buana di pinggir sebuah sungai. Setibanya di kota itu, mereka disambut meriah kerana disangka putera raja yang dapat menyelamatkan kota itu daripada serangan Sang Nira. Terperangkap oleh keadaan, ketiga-tiga pemuda berkenaan terpaksa menyamar menjadi putera raja dan merangka taktik peperangan bagi memperkuatkan benteng pertahanan Lang Buana.

Pengarah : Mamat Khalid

Pelakon :

  1. Azlee Jaafar (Bercabang)
  2. Wahid (Daik)
  3. Mazlan Pet Pet (Kiambang)
  4. Saiful Apek (Gunung)
  5. Kuswadinata (Datuk Merewang)
  6. Shamsul Ghau Ghau (Orang Kaya Seri Bentan)
  7. Tengku Sariwani (Kesuma)
  8. Adza Tutyrianti (Cik Pah)
  9. Tan Sue Len (Xin Xin)
  10. Loloq (Tauke Wong Pak Eu)
  11. S. Amin Shahab (Diponingrat Pemanahan Berapoeke Kiyemau)
  12. M. Rajoli
  13. Hasnul Rahmat

Festival Filem Malaysia ke-17, 2004

  1. Anugerah Khas Juri 1 – Poster terbaik
  2. Anugerah Khas Juri 2 – Filem yang berunsur kesetianegaraan dan perpaduan kaum

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Filem_Lang_Buana#Sinopsis

Posted on August 31, 2007, in Ulasan Filem. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: