Penerapan syariah ganti Common Law


PUTRAJAYA 23 Ogos – Sebarang usaha untuk menerapkan prinsip keadilan undang-undang syariah dalam sistem kehakiman di negara ini bagi menggantikan penggunaan Common Law Inggeris amat dialu- alukan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md. Zin.Menurut beliau, pihaknya percaya langkah itu boleh dilaksanakan melalui proses tadrij atau berperingkat-peringkat menerusi kajian teliti melibatkan pelbagai aspek perundangan.

‘‘Dari segi pandangan umum, jika ada usaha berterusan ke arah itu, kita amat mengalu-alukan dan berharap ia dilaksanakan secara berperingkat supaya menjamin kejayaan pelaksanaannya.

‘Ini kerana Islam juga meraikan prinsip-prinsip keadilan,’’ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kaunseling Pesakit Terminal dan Kronik di sini hari ini.

Seminar sehari itu dianjurkan bersama oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Hospital Pakar al-Nur dan World Assembly Muslim Youth (WAMY).

Abdullah mengulas kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail bahawa sudah tiba masanya untuk semua pihak memikirkan sumber lain selain Common Law Inggeris bagi mendapatkan prinsip- prinsip keadilan.

Katanya, undang-undang Islam adalah yang terbaik kerana ia menekankan kepada keadilan dan pembahagian hak yang sama.

Menurut Abdul Gani, prinsip tersebut juga boleh didapati dalam kebudayaan, cara hidup dan agama termasuk Islam serta adat seperti yang diamalkan sekarang di Sabah dan Sarawak.

Selasa lalu, Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim mencadangkan agar rujukan kepada Common Law Inggeris dimansuhkan daripada undang-undang sivil negara ini kerana ia menggambarkan minda pengamal undang-undang tempatan yang masih terjajah.

Abdullah yang menyifatkan kenyataan Abdul Gani itu sebagai positif, bagaimanapun, mahu penerapan prinsip undang-undang Islam dalam sistem undang-undang negara tidak dilakukan secara drastik.

‘‘Tentang perinciannya saya tidak boleh sebut kerana ia di luar bidang kuasa saya.

“Jabatan Kehakiman dan Syariah Malaysia sedang menumpukan kepada penyeragaman rang undang-undang syariah di negeri-negeri yang kini sudah sampai ke peringkat 90 peratus pelaksanaannya,” kata beliau.

Terdahulu, Abdullah berkata, pihaknya bersedia menambah bilangan kakitangan dari Jakim untuk ditempatkan di hospital-hospital bagi membantu pesakit terminal dan kronik melakukan ibadah seperti solat selain memberi dorongan kepada mereka untuk terus tabah menempuh kehidupan.

‘‘Pada masa ini terdapat pertubuhan bukan kerajaan yang menziarahi pesakit dari katil ke katil tanpa mengira agama bagi menyampaikan hadiah dan memberi kata perangsang agar mereka cepat sembuh.

‘‘Saya berharap lebih banyak NGO tampil membantu. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan bersedia mengeluarkan peruntukan wang zakat dari Baitulmal sekiranya ada NGO yang mahu menjalankan aktiviti tersebut,’’ katanya.

Sumber: Utusan Online

Posted on August 24, 2007, in Dunia Yang Berkait. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: