Proton cadang buka kilang di Mesir


LANGKAWI 6 Ogos – Pembuat kereta nasional, Proton sedang meneroka kemungkinan menubuhkan kilang unit komponen terurai (CKD) untuk dipasang di Mesir pada tahun depan bagi memberi laluan kepada Proton memasuki pasaran Afrika, kata Pengarah Urusannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.“Dari Mesir, kita (berharap) menggunakannya sebagai pangkalan untuk memasuki benua Afrika dan juga Asia Barat,” katanya kepada pemberita di luar Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) 2007 kelapan di sini hari ini.

“Kita kini menilai untuk membina kilang itu tetapi belum membuat sebarang keputusan. Kita akan mengkaji lebih lanjut mengenai minat Proton di negara itu,” kata beliau.

Syed Zainal berkata, Mesir boleh menjadi satu lagi platform untuk Proton meningkatkan kehadirannya di Arab Saudi dan seterusnya memasuki Sudan kerana Mesir merupakan salah sebuah negara besar di Afrika.

“Model Gen-2 dan Savvy telah diterima dengan baik di Asia Barat. Diharap model kereta baru Proton yang kita akan lancarkan bulan ini dapat dipasarkan lebih cepat ke negara itu,” tambah beliau.

Syed Zainal turut mengambil bahagian dalam sesi dialog LID 2007 bertemakan Pembasmian Kemiskinan Menerusi Pembangunan Modal Insan dan Pembinaan Keupayaan antara ketua-ketua negara dan kerajaan serta tokoh-tokoh sektor swasta.

Katanya, Proton akan mengadakan pertemuan dengan pegawai dan pemimpin pelbagai negara Afrika di Langkawi untuk menarik minat mereka kepada kereta nasional Malaysia itu.

“Adalah terlalu awal untuk mengatakan (mengenai pelaburan ini) pada masa ini. Kita kini cuba meneroka dan mengadakan lebih banyak perbincangan hari ini dan esok,” tambah beliau.

Beliau berkata, Proton sudah memasuki pasaran di Afrika Selatan, “jadi sudah tentu kita mahu mencari ruang untuk diperluaskan, diharap pada tahun depan atau tahun kewangan akan datang.”

Proton menjual lebih 3,000 buah kereta pada tahun lepas di Afrika Selatan saja.

“LID adalah peluang yang baik untuk kita berbincang dengan sesetengah negara Afrika, khasnya Sudan, dan kemungkinan perbincangan hari ini membawa manfaat kepada Proton,” tambah beliau.

Katanya, Proton juga berharap untuk mengeksport keretanya dari Afrika Selatan ke bahagian lain benua itu.

“Tetapi kita perlu ingat bahawa pasaran sangat kecil dan untuk melakukannya satu per satu mungkin bukanlah cara yang betul. Tetapi melalui Afrika Selatan, kita akan menjual lebih banyak dan menikmati ekonomi bidangan yang lebih baik,” tambah beliau.

– Bernama

signbanner.jpg

Posted on August 7, 2007, in Dunia Yang Berkait. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: