Bila bercakap perniagaan online…


Rupanya sekarang ramai yang dah sedar tentang perniagaan online…aku ada berinteraksi dengan beberapa teman pembaca blog yang banyak kekurangan ini..biasanya aku dapat mesej dari YM..untuk berkongsikan pandangan,nasihat dan pengalaman aku dalam bisnes online.Ramai yang berminat..tapi tidak tahu bagaimana ! ada juga yang ingin ikuti kursus atau workshop Dr.Irfan Khairi dan Team Saifulsham untuk bagi mendapatkan ilmu terlebih dahulu sebelum melebarkan sayap untuk menjalankan beberapa bisnes yang patut melalui internet kerana buat masa ini workshop mereka itu merupakan paling tersohor di Malaysia buat masa ini…

Idea dan pengalaman mereka itu lah yang akan dikembangkan oleh peserta2 mengikut acuan tersendiri..merekalah yang memberi kunci…kitalah yang pandai2 lah buat..kalau gagal kita tidak boleh terus nak menyalahkan mereka pun..kekadang ia mengukur ke perfect-kan kita sendiri…bagi penulis membuat contoh mudah..status cikgu di sekolah..tugas mereka adalah membentuk..membimbing..anak2 muridnya..hinggakan anak muridnya berjaya dalam kerjaya…. ada yang jutawan..ada yang menjawatan presiden..ada juga yang terkandas..

Apa yang penting sekarang..! kita memang ada kelemahan dan kekurangan apa jua bidang..tak de orang yang sempurna mengatasi kesempuraan Allah s.w.t..kita adalah makhluk biasa..kita bukan hebat pun walaupun kita sudah membuat sesuatu dan kita rasakan berjaya..hinggakan ada lagi orang yang boleh mengatasi kita…samada kita jumpa mereka-mereka itu atau tidak..apabila kita dikritik atau dikondem..!

Penggabungan idea,pengalaman dan pengetahuan adalah amat diperlukan..agar ia terus melahirkan penciptaan-penciptaan baru..dan akan berlaku penyambungan teori-teori baru dari satu generasi baru ke satu generasi kalau dalam bahasa mudah sekarang dikatakan seperti open source atau sumber terbuka yang dibuat oleh komuniti atau kumpulan linux.Walaupun berlaku pertembungan linux yang tanpa lesen berbayar untuk menggunakan perisiannya berbanding microsoft tetapi mereka saling berkait untuk penerokaan dan penciptaan baru.

Tidak mustahil juga walaupun kita mempunyai idea yang digabungkan akan dibeli, dihormati dan disanjungi demi kemanfaatan semua masyarakat.Penciptaaan nama itulah dicari-cari..bagaimana dalam sesuatu perniagaan untuk melariskan barangannya..hinggakan sanggup membayar dan menumpang nama atau kata kunci artis tersohor dan orang yang ramai pengaruh…!

Pesan syeikhku..apabila seseorang ada 4 sikap ini..mereka tidak mendapat ilmu dalam apa jua pintu pengetahuan :

1-Takabbur atau membesarkan diri..bangga dengan ilmunya.[Almustakbir]

Banyak penulis berinteraksi dan berjumpa orang macam ini terutama orang yang belajar agama. Dia saja yang betul orang lain tu tak boleh pakai..sukar untuk diajak berbincang.

2- Sudah merasai cukup dengan ilmu yang ada.[Al-Mustaghni]

Ia hampir sama dengan diatas..golongan ini sudah tidak memerlukan lagi ilmu dan tidak mau tunduk dah untuk belajar dan tahu.
3- Malas atau mengondem.[AlMustankif]

Mengejek2 atau mempersendakan orang lain memberi ilmu..

4- Malu [Almustahyi]

Malu tidak bertempat..tak mau mengaku yang dia ni jahil pun..tak tahu..memandai2 je..

Sikap tersebut memang sudah menjadi inti yang padat bagi yang mereka tidak mahu tunduk untuk berbincang,berkongsi2 idea dan ilmu.Bila dia bagi ilmu dianggap memang dia sudah hebat ! dianggap orang lain tidak dapat nak atasinya lagi..Oleh itu,gunakan cara yang lebih matang dan berhikmah. Setiap orang mempunyai kefahaman yang berbeza..perlu bijak dalam penyampaian..jangan bersikap mengondem,menyerang dan mengugut. Wallahu A`lam .

Posted on July 17, 2007, in Idea Central. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: