Hati,lidah dan tangan


 Perkataan yang baik itulah yang masuk ke dalam darah manusia dan mula melahirkan dan berkembang…supaya benih menjadi pokok dan pokok menjadi rimba… supaya setitis menjadi sungai dan sungai menjadi lautan… supaya cahaya menjadi bintang dan bintang menjadi kilauan bintang bintang yang beredar… supaya benih gandum menjadi tangkai dan tangkai menjadi ladang roti.. supaya percikkan api menjadi cahaya dan cahaya menjadi rimba elektrik.

Tetapi jalan menuju ke neraka Jahanam kadang-kadang terhampar dengan niat-niat yang baik… kebaikan kadang-kadang lahir dari kejahatan dan kejahatan pula kadang-kadang tersembunyi atau tersirat di sebalik rupa yang cantik menawan… atau kalimah yang tersebar luar, yang mana kita tidak memiliki waktu atau kudrat untuk menyelami ke dasar … dasar makna-maknanya….

Oleh itu, kita hendakklah berhati-hati memilih kalimah sebelum diucapkan dan tegahlah perbuatan (yang tidak sepatutnya) sebelum ia menegah kita ( dari melakukan perkara-perkara sepatutnya)

Sesungguhnya perintah yang paling banyak tersebar di dalam kehidupan kita pada hari ini ialah ‘amar ma’ruf’ – menyuruh melakukan kebaikan.tetapi kita tidak mengetahui siapakah sebenarnya yang berhak terhadap perintah ini!…oleh itu, setiap orang melampau di dalam melaksanakan perintah ini….jahil terhadap batasan-batasannya…lalu melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya….hubungan menjadi retak dan hancur….pergaulan yang baik menjadi sebaliknya…dan tertutup jalan-jalan yang sentiasa terbuka luas…

Syarat amar ma’ruf ialah engkau tidak menyuruh melakukan kebaikan (amar ma’ruf) melainkan kepada mereka-mereka di bawah tanggunganmu atau di bawah pemerintahanmu / kekuasaanmu. Mereka-mereka yang telah Allah jadikan sebagai tanggungjawabmu…samalah seperti lain-lain perkara di dalam hidup ini..Ketua Polis hanya boleh memerintah angkatan-angkatannya dan bukanlah sebaliknya…Pengetua hanya boleh mengeluarkan arahan kepada murid di sekolahnya dan bukannya kepada murid-murid di sekolah lain…Seorang ketua keluarga hanya boleh memerintah di dalam rumahnya dan bukannya di jalan raya.

Tidak terjadi perintah melainkan bagi mereka yang berhak kepada mereka yang sepatutnya…Dan setiap perintah atau suruhan tidak boleh melampui batasan-batasan (yang telah ditetapkan oleh syara’).

Jika engkau mempunyai hak untuk memerintah atau menyuruh…hendaklah ia dengan ma’ruf.

Firman Allah :

“ Serulah kejalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik dan bantahilah merek (orang-orang kafir ) dengan cara yang paling baik.”

“Ma’ruf” [ yang dikenali, yang baik] ialah Rasulullah s.a.w.

Firman Allah :

“ Mereka mengenalimu ( Wahai nabi Muhammad s.a.w ) sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka…”

“ Mungkar “ pula ialah Iblis…iaitu yang diingkar oleh semua syariat…

Menegah daripada mungkar tidak boleh dengan gopoh, kasar….tidak ada satu riwayat pun mengatakan bahawa Baginda Rasulullah s.a.w menegah kemungkaran dengan menggunakan kekasaran.

Adapun Rasulullah s.a.w melakukan hukum hudud dengan syarat-syaratnya yang syar’i itu adalah merupakan hukuman di atas perbuatan yang telah berlaku dan bukannya tegahan kepada perbuatan mungkar.,,hukuman sebegini adalah peringatan kepada yang lain…peringatan itu bukanlah dengan kekasaran……” zajr “ ialah menegah kemungkaran supaya mengerti batasan-batasan yang telah ditetapkan Allah s.w.t.

Sabda Rasulullah s.a.w :

“ Hendaklah kamu berjaga-jaga ketika duduk di jalan.”

Para sahabat bertanya :

“ Wahai Rasulullah s.a.w, kami tidak dapat mengelakkan diri dari sedemikian itu (sudah menjadi kebiasaan kami).

Sabda Baginda lagi :

“ Sekiranya begitu, hendaklah kamu berikan hak-haknya.”

Tanya para sahabat r.a :

“ Apakah hak-haknya? ”

Jawab Baginda s.a.w :

“ Jaga pandangan mata, jangan melakukan kejahatan, menjawab salam, menyuruh dengan kebaikan dan menegah kemungkaran.”

“ Jaga pandangan mata” yang dimaksudkan di dalam hadis sini ialah perempuan-perempuan yang berjalan di jalan bukannya seperti berada di dalam tong….jika begitu, kita tidak berhajat kepada menjaga pandangan mata…

“ Memberi salam “ bukanlah sekadar meluahkan kata-kata, tetapi ketenangan dan kesejahteraan yang dapat dirasai oleh seluruh manusia…”amar ma’ruf “ ( menyuruh melakukan kebaikan ) beerti memberi nasihat supaya menjauhi kemungkaran…menjauhi kemungkaran adalah berbeza daripada mengubah kemungkaran.

“Nahi munkar” menegah daripada melakukan kemungkaran samalah seperti pencegahan – doktor menasihatkan kita supaya menjaga kebersihan, supaya tidak dijangkiti kuman-kuman yang menyebabkan pelbagai penyakit.

Tetapi, setelah berlakunya kemungkaran, menegahnya tidaklah memberi apa-apa faedah… sebagaimana keadaan orang yang telah ditimpa penyakit… pada waktu sebegini, kaedah pencegahan penyakit tidaklah berguna lagi… pada ketika inilah rawatan atau pembedahan memainkan peranan yang amat penting…

Dari sinilah perlu kita ketahui bahawa ulama’ itu tebahagi kepada dua bahagian;

1) Bahagian Pertama

Peranan mereka hanyalah setakat menegah, menasihatim memberi peringatan, keterangan dan kefahaman… seperti khatib, pendakwah… mereka tidak dapat mengubah kemungkaran… mereka tidak mampu melampaui peranan mereka.

2) Bahagian Kedua

Mereka-mereka yang mampu mengubati, menyucikan hati-hati… mereka inilah yang telah dibukakan oleh Allah dengan madad, limpahan rohani dari sisi-Nya… mereka-mereka inilah pewaris-pewaris para nabi.

Firman Allah:

“Kamu” adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia, kamu menyuruh dengan kebaikan, kamu menegah kemungkaran dan kamu beriman dengan Allah.”

Sabda Rasulullah S.A.W:

“Sesiapa diantara ‘kamu’ yang melihat kemungkaran hendaklah ia ‘mengubahnya’ dengan tangannya, sekiranya tidak mampu…hendaklah dengan lidahnya dan sekiranya tidak mampu, maka dengan hatinya. Dan demikian itu adalah selemah-lemah iman.

Hadis ini dan sebegini telah disalahgunakan oleh sesetengah pihak… terkadang penggunaan tersebut adalah dengan niat yang baik …terkadang salah faham tentangnya berlaku kerana tidak mendalami makna-makna kalimah hadis….. natijahnya… bunuh-membunuh, penyembelihan, ketakutan kepada orang-orang yang aman… inilah yang dilakukan oleh golongan yang ekstrim yang merugikan berbilion-bilion ringgit, membantut perkembangan kemajuan dan merosakkan nama baik tanahair yang terkenal dengan keamanan dan ketenangan.

Sesunggunya lafaz perintah “hendaklah ia mengubahnya” di dalam hadis yang mulia ini adalah ditujukan kepada “di antara kamu” bukannya untuk semua yang melihat kemungkaran tersebut… dan syarat untuk melaksanakan perintah ini hendaklahg seseorang yang mampu ‘mengubah’ kemungkaran (bukannya hanya menegah) dengan tiga wasilah yang telah disebutkan, iaitu tangan lidah dan hati…

Sekiranya dia tidak berupaya (untuk mengubahnya) dengan tangan, maka hendaklah ia ubah dengan lidah, jika tidak juga berupaya hendaklah ia ubah dengan hatinya… kerana dia memiliki kesemua peralatan untuk menggubah kemungkaran…

Secara praktikal, memang susah untuk menemui orang yang sebegini… dari sinilah, kalimah “minkum” (sebahagian daripada kamu) itu hanyalah kepada mereka-mereka yang memiliki kesemua kebolehan tersebut… bukanlah kepada semua orang.

Kebanyakan manusia salah meletakkan susunan yang sebenar mengikut kekuatan untuk mengubah kemungkaran…mereka mengatakan bahawa tangan adalah wasilah yang paling kuat dalam mengubah kemungkaran, diikuti dengan lidah dan kemudiannya adalah hati….tidak mungkin hati adalah selemah-lemah iman – sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan manusia.

Iman adalah ‘apa’ yang tetap teguh di dalam hati dan ia dibenarkan ( diterjemahkan ) oleh amal, samada diterjemahkan oleh tangan atau lidah, oleh itu, hati adalah yang paling kuat.

Dari segi mantiq ( aqli ) pula, alat-alat dan wasilah untuk mengubahkan kemungkaran tersebut adalah bermula dengan yang paling lemah kepada yang lebih kuat dan bukanlah sebaliknya. Jika yang lemah gagal, perlu gunakan yang lebih kuat dan begitulah seterusnya. Contohnya, saya tidak dapat mengangkat guni ini, saya perlu meminta tolong dengan orang yang lebih kuat. Jika dia juga tidak mampu, kami terpaksalah meminta tolong daripada orang yang lebih kuat daripada kami berdua.kenapakah ramai manusia salah memahami susunan yang sebenar?

Jika kita kembali kepada hadis kita bicarakan itu :

“ Sesiapa – di antara kamu – yang melihat satu kemungkaran, maka hendaklah ia ubahkannya dengan tangannya, jika tidak berupaya hendaklah ia ubahkannya dengan lidahnya dan jika tidak mampu juga hendaklah dia ubahkannya dengan hatinya dan demikian itu adalah selemah-lemah iman.”

“ Demikian itu” (zalika )adalah kata nama isyarat yang menunjukkan kepada sesuatu yang jauh ( tangan ) bukannya yang dekat ( hati )…tetapi jika dikatakan di dalam hadis ( wa haza ) nescaya yang paling lemah ialah hati [ tetapi hadis menggunakan lafaz zalika ].

Sesungguhnya hati itu, jika ia berhubung dengan Allah dan ia adalah mereka yang hampir, yang Allah mustajabkan doa mereka – sudah semestinya adalah hati yang kuat, mampu dan melampui kekuatan tangan……

Nabi Ibrahim a.s, ketika mana Baginda memecahkan berhala-berhala dengan tangannya – tidaklah dapat menegah penyembah-penyembah berhala tersebut darupada menyembahnya kembali – bahkan mereka kembali menyembah dengan rekaan berhala yang lebih teguh dan lebih cantik…

Adapun Baginda Rasulullah s.a.w, ketika Pembukaan Kota Mekah – Baginda tidak memecahkan berhala bahkan baginda mencabut kehormatan berhala daripada hati-hati manusia. Baginda menggubah kemungkaran ini dengan hatinya….mengubah hati-hati manusia terhadap berhala, mereka tidakkan kembali menyembah dan menghormati berhala – oleh itu, berhala berdiri kaku dah ‘mati’ di persemadiannya…

Sesungguhnya perkataan ‘ selemah-lemah iman ‘ itu adalah merujuk kepada tangan, dan bukannya hati….dari sanalah, tidak terdapat di dalam hadis ini tentang percubaan atau mustahil.

Ini adalah kerana orang-orang yang diperintahkan supaya ‘mengubah’ kemungkaran, mereka itu tidaklah ditaklifkan sesuatu yang di luar kemampuan mereka…

Sebagaimana yang telah diisyaratkan oleh Al-Quran :

“ Allah tidak mentaklifkan satu-satu jiwa, melainkan apa yang ia mampu lakukan.”

Mereka-mereka yang diperintahkan di dalam hadis ini adalah mampu dan berdaya melakukannya ( mengubah kemungkaran ) kerana mereka memiliki wasilah dan alat-alat untuk mengubah….tangan, lidah dan hati….

Bukanlah hadis ini bermaksud – satu golongan diperintahkan supaya mengubah kemungkaran dengan tangan, satu golongan dengan lidah dan satu golongan yang lain pula dengan hati….orang-orang yang diperintahkan untuk mengubah kemungkaran itu pula – adalah diperintahkan dengan ketiga-tiga sekali ….dan di dalam batasan dan keupayaan tanpa merosakkan kemampuan dan memaksa keupayaan.

Sesungguhnya, orang yang bijaksana meletakkan sesuatu pada tempatnya. Orang-orang yang bijaksana ( ahli hikmah ) apabila mereka memberikan hikmah kepada bukan ahlinya maka sesungguhnya mereka telah menzalimi hikhmah itu sendiri. Dan apabila mereka menegahkan hikmah daripada ahlinya, nescaya mereka menzalimi ahli-ahlinya.

Oleh itu, tidak harus sama sekali mentafsirkan hadis dengan pendapat sendiri, dengan kejahilan, dengan hawa nafsu, dengan mudah-mudahan sahaja…jika begitu, manusia akan binasa, kebaikan juga akan binasa…

Inilah apa yang berlaku pada tahun-tahun kekasaran yang mana terdapat sesetengah golongan yang mendakwa bahawa hadis ini merupakan sandaran syara’ bagi apa yang mereka lakukan.

Sebenarnya tidak ada ruang bagi kekasaran dan keganasan di dalam hadis ini….

Mereka – mereka yang mengamalkan keganasan, kekasaran dan kejahilan terhadap golongan yang tidak mengerti apa-apa – akan menyebabkan fitnah, kacau bilau dan membangkitkan kemarahan serta menyalakan kemudaratan…..tambah lagi berdakwah dengan cara yang tidak ma’ruf, tidak berhikmah dan tidak menghayati akhlak Baginda Rasulullah s.a.w sebagaimana firman Allah Taala :

“ Maka dengan rahmat daripada Allah engkau berlembut dengan mereka dan sekiranya engkau bersikap kasar, keras hati nescaya mereka akan meninggalkanmu – oleh itu, maafkanlah mereka, beristigfarlah untuk mereka dan bermesyuaratlah dengan mereka “.

Inilah akhlak Rasulullah s.a.w sebaik-baik orang yang menyuruh dengan ma’ruf dan mencegah serta mengubah kemungkaran.

Tetapi……bagaimanakah hati dapat mengubah kemungkaran……yang mana hati merupakan sekuat-kuat iman?.

Petikan Soutul-Ummah Siri 4

Posted on July 11, 2007, in Sufi. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: