Repair Web


 

Alhamdulillah,aktiviti aku hari ni nampak telah selesai membaikpulih site rasmi aku sebelum ni www.alkiram.net bagi versi kedua..nak kena import plak file2 lama..sebelum ini Versi Pertama aku.. pakai php nuke dan forum pbbphp…sudah sekian lama tertangguh untuk penambahbaikan.Ketidakcukupan masa tu lah yang menjadi kerja tertangguh2…

Ada lagi satu projek aku tertangguh ni..webserver sendiri kat hardisk aku ni..cuma skrg ni untuk menyimpan file besar jer utk di sharekan bagi komuniti..pembinaan telah dilakukan cuma ada beberapa setting yang diperlukan..Aduusss..sambil2 layan trade je suka dan ingin menceburi dan mengisi masa yg agak2 terluang..

blog ni saja2 je utk pakai host dan domain free..untuk cari2 traffic kat search engin..cerita bab2 SEO ni plak aduss..pertandingan keyword cari duit ini juga mencabar bulan ini..penat juga untuk mendaki…tambahan plak otai2 semuanya masuk bertanding hahaha…apapun tak perlah..semuanya ilmu..belajar skit2..cam ne diorang buat..kalah menang memang dah adat dalam pertandingan..tapi bagi aku sekarang menang tu dibelakang..yang penting aku dpt mendalami bagaimana mereka berjaya buat..

Sebenarnya aku, telah melalui pembinaan web macam2 dah samada utk persendirian dan menerima tempahan orang. Dari hari ke hari semakin banyak website tumbuh di alam maya ni..dunia sekarang setiap orang sudah mempunyai laman mereka sendiri..kalau dulu..setiap orang ada sebiji komputer…itulah dunia oh dunia…

Website atau laman ini sebenarnya sukar untuk dibina dan diuruskan sebenarnya..begitu juga untuk menyediakan bahan2 yang dapat menarik orang ramai datang..dengan penyediaan maklumat atau perkhidmatan untuk pelayar, website ibarat seperti sebuah restoren menyediakan MENU.

Pengalaman aku dalam bidang ni aku bermula pada tahun 2003 lagi..macam2 suka duka,pengalaman telah dilalui..so,aku ingin gemilangkan lagi dengan lebih “nyata”..dunia internet semakin hari semakin pantas bergerak..tak terkejar..ia sama naik dengan pembaharuan2 yang dilakukan terhadap pc kita.

Tugas seorang webmaster sangatlah membebankan pada hakikatnya..kita perlu ada minat untuk mengkaji dan mencari maklumat..sapa2 yang pernah memikul tugas webmaster dia tahu lah kepenatannya.

Dunia internet versi linux yang open source yang bebas digunakan tanpa ada apa2 lesen sebenarnya mereka sentiasa ada saja benda yang baru..dan mewujudkan satu komuniti yang bergerak cergas di seluruh dunia dengan idea2 baru dan ciptaan2 baru..Versi windows walaupun ia dikenakan lesen tapi ia tidak terlepas daripada mencari idea daripada perbincangan dengan dunia linux..

Inilah yang mengambarkan kepada kita..dalam dunia perniagaan atau bisnes kita tidak akan terlepas untuk membincang idea2 baru..mencernakan semula idea2 lama untuk dijadikan satu PELUANG yang harus direbat dengan cepat dan pantas.Itulah pada hakikatnya penciptaan internet tanpa batas memasuki apa jua bidang yang tidak terlepas daripada membina satu rangkaian atau komuniti seluruh dunia secepat mungkin.

Adus penat mengejar penciptaan2 pelbagai versi website pada hari ini..daripada koding html..dari html pula ke php dari php pula ke ajax dan macam2 boleh buat sebenarnya.Ada2 saja teori baru agar sesuatu laman itu bergerak pantas..Ada macam2 versi..samada berdatabase window atau linux..

So,seseorang webmaster juga tidak terlepas untuk try and error..sama cam tukang masak yang mencuba resepi itu dan ini..lama2 ia mahir dan sedap dimakan..hehehe

Oklah dah berbulu dah mata untuk berehat………….

Posted on June 26, 2007, in Catatan Pedagang Online. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: