Bank Sperma


KUALA LUMPUR: Tokoh agama dan pertubuhan berasaskan kaum mengalu-alukan cadangan Kementerian Kesihatan menggubal undang-undang berhubung perkhidmatan bank sperma yang ditawarkan hospital swasta negara ini bagi mengelak kekeliruan di kalangan masyarakat, khususnya umat Islam.

Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahab, berkata umat Islam perlu diberi kefahaman sedalam-dalamnya mengenai perkara itu bagi mengelak mereka melakukan sesuatu yang melanggar perkara ditegah agama.

Katanya, walaupun penggunaan sperma suami yang tidak mampu melakukan persetubuhan dicantumkan dalam tabung uji sebelum dimasukkan semula ke dalam rahim isterinya yang sah hukumnya harus, umat Islam perlu sedar ia ada batasnya.

“Dalam kes sperma suami mungkin disimpan lama satu atau dua tahun dan kemudian isteri berkehendakkan lagi zuriat sedangkan suaminya masih hidup tetapi tidak mampu melakukan persetubuhan seperti biasa, maka ia juga diharuskan.

“Bagaimanapun jika suaminya sudah meninggal dunia maka sperma itu wajib dihapuskan. Begitu juga jika pasangan itu bercerai hidup,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas laporan muka depan akhbar ini semalam mengenai cadangan Kementerian Kesihatan mengenai perkara itu.

Setakat ini tiada peruntukan undang-undang yang menghalang perkhidmatan hospital swasta menawarkan sperma kepada pasangan tidak subur mendapatkan zuriat, walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan sudah mengharamkan perkhidmatan bank sperma.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican, berkata kementerian itu sedang memperincikan segala aspek berhubung perkara itu termasuk dari perspektif agama, moral, institusi keluarga dan etika kerana isu berkenaan amat sensitif.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mustapa Abdul Rahman dilaporkan berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan sudah mengharamkan perkhidmatan bank sperma ini kepada umat Islam kerana ia bertentangan dengan syarak.

Posted on June 26, 2007, in Dunia Yang Berkait. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: