Sambutan Maulid Sidi Ahmad Rifae`


Alhamdulillah baru pulang dari Masjid Sidi Ahmad Rifae yang terletak berhampiran dengan Masjid Sultan Hasan di Qal`ah Kota Kaherah.Menghadiri majlis maulid Sidi Ahmad Rifae` hari ini.Majlis hadrah yang begitu hebat malam tadi di bawa sendiri oleh Sidi Syeikh Mukhtar Muhammad Ad-Dasuqi.

Masihkah terdapat antara kita tidak mengenali siapa Sidi Ahmad Rifae ? Secara ringkasnya ia merupakan antara Wali Qutub yang  agung dan ahli bait Rasullullah s.a.w.

Siapakah ahli bait? adakah masih ada lagi ahli bait di zaman ini? layakkah kita juga dikira sebagai ahli bait?atau adakah ada lagi di kalangan kita yang lupa untuk mencintai ahli bait?

Ahli Bait merupakan keturunan Rasulullah s.a.w yang mewarisi zahir dan batin Baginda..Memiliki ilmu, akhlak dan kasih sayang kepada makhluk.

Memiliki rahmat dan berkat dari Allah seperti mana firman-Nya :

“ Dan Rahmat Allah serta Berkat-Nya ada pada kamu sekelian Ahli Bait “.

Kecintaan kepada mereka tanda kita mencintai Baginda Rasulullah s.a.w.. Menyakiti mereka secara tidak langsung beerti menyakiti hati Rasulullah s.a.w. Kesucian diri mereka juga dinyatakan di dalam Al-Quran di mana Allah berfirman :

“ Sesungguhnya Allah telah mensucikan dari kamu sekelian dari kotoran (nafsu) hai Ahli Bait, dengan sesuci-sucinya.”

Dalam satu qasidah Imam Syafie r.a telah memuji dan mengungkap kedudukan Ahli Bait dalam bentuk yang indah di mana beliau menyatakan :

“ Wahai ahli bait Rasulullah s.a.w,Sesungguhnya kasih dan cintakan kamu dalah kewajipan disebut dalam Al-Quran
Cukuplah disebut kemuliaanmu…Bahawa sesiapa tidak berselawat kepadamu….maka tiadalah ( dikira sah) akan solatnya…”

Namun perlu diingat faktor keturunan tidak semestinya sebab dan faktor seseorang itu dikira menjadi ahli keluarga…Seperti anak Nabi Nuh a.s yang tidak mengikuti ajaran Baginda. Pokok pangkalnya ialah keimanan dan ketaatan yang akan menentukan seseorang itu menjadi ahli keluarga atau tidak…Walaupun dari keturunan atau zuriat Rasulullah sa.w..

Melihat pada buku ” Mengenal Ahli Bait Rasulullah s.a.w ” susunan H.M.H Al-Hamid Al-Husaini muka surat 30 antara lain menyebut : Allah telah jadikan mereka (Ahli Bait) sebagai pusat pengetahuan dan pengenalan makrifat Allah Taala. Tidak ada yang mengenali asma-asma Allah, sifat-sifat-Nya, hukum-hukum agama dan apa sahaja melebihi pengetahuan yang ada pada ahli keluarga Nabi tersebut…

Selanjutnya, penyusun menyatakan : ” Allah telah menyatakan secara khusus kecintaan-Nya kepada Ahli Bait Rasulullah s.a.w yang mana satu keistimewaan yang tidak diperolehi oleh mana mana ahli keluarga lain di dunia ini. Bahkan tugas sebagai Khalifah juga diberikan kepada mereka…Melalui merekalah Allah melenyapkan kekufuran dengan keimanan dan ketakwaan….”

Pendek kata, dunia akan musnah jika tiada Ahli bait Rasulillah s.a.w. Angin akan berhenti dari mengalun lagu damai jika tiada sentuhan Ahli Bait di atas bumi ini. Dan kesesatan akan berterusan memusnahkan kita jika tidak kerana berkat mereka para ahli keluarga Baginda Rasulullah s.a.w.

Sejarah juga menulis bahawa penyebaran dan pengukuhan Islam disebabkan oleh ulama dari golongan Ahli Bait yang gigih saban waktu mencurah tenaga menyebarkan agama Islam yang tercinta..Dan tugas ini mereka lakukan tanpa didorong oleh faktor keduniaan atau ganjaran keakhiratan namun hanya kerana Allah Taala semata mata…

Moga moga hati kita akan bersinar dengan cahaya para Ahli Bait dan dengan itu mendekatkan kita dengan keredhaan Allah Taala dan menjadikan kita antara yang layak menerima anugerah dan kurniaan samada di dunia mahupun di akhira nanti..

Firman Allah :

“Katakanlah ( Wahai Nabi ) Tidaklah aku meminta upah melaksanakan tugas dakwah ini melainkan supaya kamu sekelian kasih kepada ahli keluargaku..” -As-Syura ayat 23

Lebah : Dimana anda ! Muhibbin atau Munkirin ?

Posted on June 24, 2007, in Dunia Yang Berkait. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: