Masalah E-gold Sekarang


 

Keadaaan sekarang harga emas dipasaran semakin susut.Ini kebiasaanya harga nilai USD akan meningkat naik.
Walaupun pendakwaan ke atasnya akan dibuat pada tahun hadapan, tetapi pemilik E-Gold, Douglas Jackson akhirnya telah didakwa atas tuduhan ‘money laundering’ dan beberapa tuduhan lagi, menurut laporan daripada ‘Department of Justice’.

“Pada awalnya saya telah memaklumkan tentang masalah-masalah perundangan yang telah dihadapi oleh E-Gold pada Disember lepas, salah satunya ialah di mana serbuan ke atas pejabat Gold and Silver Reserve, Florida (pejabat utama), dan tentang kerjasama E-Gold dengan agensi perundangan untuk mengesan jenayah yang menggunakan E-Gold sebagai medium perantaraan.”

Kerajaan US mengatakan bahawa E-Gold telah menggalakkan ‘child pornography’, dan juga yang utama ialah jenayah yang melibatkan identiti palsu (anonymous) sedikit sebanyak telah menggalakkan urusniaga haram dijalankan di dalam bentuk E-Gold dan beberapa dana haram juga boleh di dapati melalui penipuan kad kredit dan aktiviti-aktiviti yang melanggar undang-undang yang lain. Tetapi Dr. Douglas Kackson (owner E-Gold) cuba menyangkal dakwaan tersebut kerana E-Gold sejak daripada dahulu telah bekerjasama dengan kerajaan US di dalam membanteras ‘child pornography’ dan jenayah yang lain.

Jackson dan peguamnya juga telah menerangkan alat-alat yang telah dibangunkan oleh E-Gold untuk untuk mengesan dan menghalang sebarang aktiviti jenayah yang menggunakan E-Gold sebagai perantaraan.

Hasil usaha ini, E-Gold telah berjaya menngenalpasti beberapa bukti penting di dalam membantu US untuk mengesan aktiviti jenayah. Agensi lain yang terlibat di dalam kerjasama ini juga telah memperakui bukti-bukti tersebut, tetapi di atas beberapa sebab lain, Jabatan Keadilan dan ‘Secret Service’ tidak mahu memperakui bukti-bukti tersebut.

Jackson berkata ketika semua jabatan ini sibuk untuk cuba mendakwa E-Gold, mereka terlupa bahawa bukti-bukti yang telah di sediakan oleh E-Gold sebenarnya telah banyak membantu US untuk memburu jenayah sebenar.

“US degil mengatakan bahawa kami, Company E-Gold adalah jahat dan sengaja menuduh kami menjadi penyebab kepada jenayah-jenayah berat yang lain tanpa memberikan alasan-alasan yang kukuh” kata Jackson kepada saya pagi tadi menerusi telefon.
“Orang-orang jahat sebenarnya masih ada di mana-mana disebabkan Jabatan Keadilan dan Secret Service memutuskan untuk berdegil mengatakan bahawa E-Gold adalah jahat, di sebaliknya pula, yang sebenarnya E-Gold adalah satu senjata paling ampuh untuk menentang jenayah internet.”

Jackson dan peguamnya juga berkata mereka telah bekerjasama dengan FBI, US Postal Inspection Service, dan juga beberapa instititusi luar negara dengan memberi banyak jenis maklumat kepada mereka, Mereka juga telah membantu ejen penyiasat membuka akaun E-Gold mereka untuk bertransaksi dengan ‘child pornographers’ dan semua bantuan ini di pinta oleh mereka melalui saluran yang betul.

Buat masa sekarang ini, kedudukan kita memang di target oleh mereka.Sekarang saya juga akan bekerjasama dengan mereka dengan menyediakan maklumat latarbelakang sebenar E-Gold dan yang paling penting ialah dokumen sokongan yang boleh dijadikan bukti.

Jackson memberitahu, yang peliknya selepas cerita berkenaan E-Gold ini di keluarkan di ‘Wired News’, Peguam Tertinggi US pula memberitahu dia secara tertutup, ” Kami tahu anda semua bukanlah orang jahat, dan perkara yang terakhir untuk kes ini semestinya orang yang jahat akan masuk ke dalam jel. Kami tidak mahu memusnahkan E-Gold tetapi semata-mata adalah untuk membersihkan imej anda.”

Tetapi Jackson berkata, agensi yang terbabit menyiasat E-Gold tidak pernah pula memberitahu apa yang perlu E-Gold lakukan untuk membersihkan imej mereka sedangkan mereka telah memberi kerjasama yang penuh dengan badan-badan kerajaan.

Sekarang kita tunggu perpindahan hosting mereka ke Afrika. Cuma masalah adalah kerana US melarang rakyatnya menggunakan E-gold dengan beberapa skandal untuk cuba menjatuhkan companya ini.Sudah menjadi adat juga sama lebih kurang orang politik untuk menjatuhkan ada dengan skandal itu paling berkesan.Apapun Penulis berpendapat rasanya adalah sukar juga e-gold untuk digugat kerana sudah 10 tahun beroperasi dan ia tergolong dalam Metal bukannya currency.Permasalaah ini juga adalah berpunca dari saingan terdekatnya dalam currency prosessor iaitu paypal.Bagi penulis pernah menggunakan paypal kalau ada juga individu “mat salleh” ni dia buat chargeback.Ini salah satu kita mengalami kerugian dalam bisnes online.

Antara sumber rujukan : http://www.omnipay.com/opa2007.asp 

Posted on June 22, 2007, in Bank Online. Bookmark the permalink. 1 Comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: