Pembunuhan Pelajar Malaysia Di Mesir : Salah Siapa ?


alkiramfx

Kejahatan bukan hanya kerana ada niat, tapi juga kerana ada kesempatan.

Minggu lepas pelajar Malaysia di Mesir digegarkan dengan peristiwa berdarah pelajar Malaysia di kawasan Dirasat,Mansurah [Ibu Negeri Daqahliah] kira-kira 120 km dari ibu kota Kaherah.Tempat tersebut merupakan salah satu penempatan pelajar Malaysia yang berhampiran dengan kampus Fakulti Pengajian Islam Dan Bahasa Arab Universiti Al-Azhar Cawangan Mansurah,telah mendapat liputan dari pelbagai media massa Mesir dan Malaysia,termasuk juga blog dan forum.

Tidak ketinggalan juga beberapa rakan penulis menghubungi melalui YM dan SMS bertanyakan hal ini untuk kepastian setelah mendapat liputan berita televisyen Malaysia keesokkan daripada tregedi ini dan penulis terus saja menghubungi beberapa rakan di Mansurah untuk mengesahkan adakah ia benar atau tidak !

Penulis tidak ketinggalan untuk merekodkan berita-berita dari dada akhbar-akhbar Malaysia dan juga di Mesir tentang kejadian tersebut di blog dan menemui beberapa orang termasuk pegawai yang diamanahkan untuk menjaga pelajar Malaysia yang dianggarkan 6000 orang berada di Mesir.

Pada awalnya penulis menyifatkan sebagai arab tempatan yang melakukan perbuatan kebinatangan ini..rupa-rupanya pelajar Malaysia sama Malaysia..ini menunjukan kejadian seperti ini adalah kali pertama dan ramai yang tidak menyangka dengan tragedi ini.

Seingat penulis di era 80-an arab yang bunuh pelajar Malaysia kemudian di awal Ramadhan tahun 2004 Empat beranak rakyat Malaysia ditemui mati dalam kebakaran di pangsapuri mereka di 10th District, Madinat Nasr, Kaherah, Mesir, dipercayai dibunuh sebelum kediaman mereka dibakar oleh seorang warga Indonesia yang dianggap rakan yang saling kenal mengenali.

mdzaki.jpgAllahyarham Mohd.Zaki yang merupakan pelajar tahun akhir Universiti Al-Azhar Kaherah berasal dari Sabak Bernak,Selangor yang ditemui diruang tamu yang tidak terbakar.Tetapi Isteri dan 3 orang anaknya yang usia di bawah lingkungan 3 tahun yang ditemui rentung dibilik tidur.

Tragedi yang menyayat hati tersebut juga mendapat liputan meluas media massa Mesir dan Malaysia.

Walaupun beberapa minggu lepas saja penjenayah tersebut dilaksanakan hukuman mati ke atasnya oleh kerajaan Mesir.[Menurut En.Amri Abdullah-Pengawai Jabatan Penuntut]

slide1.jpg

13 Jun 2007 pula menyaksikan satu lagi peristiwa berdarah yang tidak akan dilupakan buat pelajar Malaysia di Mansurah,Mesir ke atas tragedi Allahyarham Muhammad Ishak yang berasal dari Kampung Raja Wali,Chendering, Terengganu.

Allahyarham merupakan seorang pelajarbalakoni Muadalah KUSZA [Program Berkembar Dengan Universiti Al-Azhar] tahun tiga jurusan Usuluddin,yang meninggal dunia di hospital Dauli akibat dipukul dan tikam serta dikelar melebihi 10 kali tikaman [sumber dari akhbar tempatan Mesir Al-Wafdu pula mengatakan 60 kali tikaman] paling teruk adalah di bahagian di kepala,leher,mata,lengan dan paha oleh rakan dikenali dengan menggunakan kayu penyapu dan 3 bilah pisau yang pada ketika itu mereka berdua sahaja di rumah sewa itu yang dipercayai pada mulanya mereka bergelut dengan batang penyapu.[menurut pegawai rumah negeri Selangor Tuan Haji Idris Mastor yang menemui suspek semasa tahanan].

Penulis difahamkan, suspek yang dikenali sebagai Mohd.Siddiqi [Pelajar tahun 2 Universiti Al-Azhar Cawangan Mansurah] ditahan dalam penjara “first class” yang dibiayai oleh kerajaan Selangor yang boleh diziarahi dan diberikan makanan orang Malaysia.

balakoni1Mangsa yang ditetak bertalu-talu tersebut lari ke balakoni dalam keadaan berlumuran darah dan dilihat oleh sebahagian arab tempatan yang berada di pasar[rumah sewa tersebut berhampiran dengan pasar harian masyarakat arab .

Kemudian arab terus naik ke tingkat 2 dengan memecahkan pintu rumah tersebut untuk masuk dan menemui mangsa terbaring berlumuran darah. Kemudian arab teruspelajar mesir menangkap suspek dan menghantar mangsa ke hospital dauli dan sebelum menghembuskan nafas terakhirnya mangsa sedarkan diri buat seketika dan ditanya kenapa suspek memukulnya; hanya menjawab: “Dia tu gila” kemudian dia dibawa ke ICU tidak lama kemudian di menghembuskan nafasnya.

Walaupun banyak qaul atau pandangan orang ramai yang membuat andaian tentang motif kejadian sebenar atau puncanya yang disebabkan ketiadaan saksi dalam kejadian ini.

Penulis secara peribadi menyifatkan berpunca dari “tekanan perasaan dan something wrong” yang tidak dicegah segera dan memandangkan aura pertumpahan darah di zaman kini sudah meluas dan tanpa disedari bila-bila masa boleh berlaku ! Carilah pendindingnya agar kita terselamat dan tidak leka dimana jua kita berada !

Semoga kita dapat menjadikan pengajaran dan memikirkan apakah hikmah disebaliknya bagi mereka-mereka masih waras.

Di pihak yang diberikan amanah untuk menjaga ribuan pelajar disini janganlah tunding menunding jari ke sana ke sini.Turunlah selalu ke “padang” untuk berjumpa pelajar untuk bertanya khabar dan apa-apa masalah pelajar agar tautan muhibbah sesama Muslim terikat kukuh.

Jangan bertahta saja di pejabat dan mengharapkan pelajar sahaja mengadukan apa-apa masalah.Bagaimana pula dengan dengan Menteri2 atau Dato`2 yang pernah ke Mesir hanya boleh berjumpa pelajar di Malaysia Hall Kaherah atau lebih popular dikenali sebagai ARMA !

pengarahjpmkKenyataan dari Pengarah Jabatan Penuntut Kaherah Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti semasa temuramah oleh pihak Media di Tanah Perkuburan Islam Kampung Laut di hari pengebumian mangsa baru-baru ini yang mengatakan “agar pihak penaja mengkaji background pelajar sebelum menghantar pelajar ke sini” dan kenyataan tersebut telah disanggah oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwalabdulrahmanpalil.jpg Islam, Belia dan Mesra Rakyat Dato` Abdul Rahman Palil bahawa pelajar berkenaan yang mendapat tajaan Lembaga Zakat Selangor (LZS) melalui saringan yang disyaratkan termasuk melepasi pemeriksaan kesihatan.

Pengalaman penulis untuk ke Mesir sudah menjadi kewajipan pihak penaja akan menyertakan dokumen akauan kesihatan atau medical check !Persoalannya kenapa seorang yang bertitle seorang prof madya tidak tahu prosedur dan pihak Al-Azhar sendiri juga akan membuat medical check sekali lagi apabila nama pelajar tersebut telah diterima masuk kuliah.

Penulis menganggap ada “something wrong” juga bila seorang Pengarah membuat kenyataan macam ini ! Kalau dikatakan “tekanan perasaan” ia boleh berlaku bila-bila masa saja !

Berapakah rekod Pengarah tersebut membuat perjumpaan pelajar di seluruh muhafazah dan persatuan-persatuan pelajar dan Kelab di Mesir dalam masa sebulan sebelum-sebelum ini dan bertanyakan masalah pelajar hatta menyediakan perkhidmatan pelajar di luar Kaherah.

Sepatutnya perkara sebegini sudah ada pemantauan kesan daripada pembunuhan dari kes allahyarham Mohd.Zaki dulu dan pemantauan pergerakan pelajar di sini.

Kalau setakat memohon dan meluluskan permohonan di semua rumah negeri untuk menempatkan pegawai-pegawai di setiap rumah negeri sama tetapi yang pegawai hanya bertakhta saja di rumah negerinya apa gunanya !semuanya memerlukan kos yang tinggi untuk membayar elauan pegawai-pegawai di sini.

Pegawai yang berelauan situ sini tapi pelajar tidak mendapat bantuan kewangan pun tidak mengapa…meleleh air liur ! sudah menjadi lumrah orang melayu juga bila melakukan kerja yang melibatkan luar bidangnya pastinya akan menuntut “duit claim” atau elauan lebih istimewa sekali bila berada diluar negara…hal ini juga sama seperti dalam politik UMNO dan kuncu-kuncunya.

Bagaimana perjuangan orang-orang terdahulu…sedarkah kita..Bagaimana mereka bekerja untuk memaju dan memulihkan ekonomi negara..datangnya kita senang-senang saja mahu itu dan ini..Sikap kita harus diubah bahawa kita bukan peminta tetapi penyumbang !Apabila kita sudah ada sumbangan yang besar hasil dari usaha yang bersungguh2..kita akan dikenang… akan diiktiraf selama-lamanya.

Penulis juga bingung dengan kenyataan-kenyataan tersebut …bagaimana pula dengan Dato` Duta kita di Mesir ! kalau dulu dikatakan hebat untuk melobi takhta Kedutaan Malaysia Di Kaherah dengan gagasan Islam Hadhari puluhan ribuan Ringgit Malaysia dicampakkan untuk mencari pengaruh di Mesir pada tahun 2003 ? Makin berintelekkah pelajar di sini dengan acuan Islam Hadhari tersebut ? [Pertanyaan daripada beberapa teman penulis]

Bagaimana pula kenyataan yang dikeluarkan oleh Berita Harian dan juga cakap-cakap pelajar di sini menyatakan suspek sebelum ini pernah ditahan oleh polis Mesir !Siapa yang menyembunyikan data atau rekod berkenaan polis Mesir atau Jabatan Penuntut Malaysia di Kaherah !

Walaupun perkara yang tidak diduga terjadi tetapi orang yang menerima amanah dan tanggungjawab sewajarnya memberi kenyataan “kami sentiasa membuat penemuan pelajar dan menyelesaikan masalah-masalah pelajar itu dan ini di tempat itu dan ini..memang tidak diduga !”……….

Di Mesir kita ada Presiden/Pengerusi/Yang Di Pertua atau kepala-kepala induk… Berpuluhan persatuan di Mesir ini ada persatuan bebas ada pro pembangkang ada pro kerajaan [nama saja pro kerajaan tapi tak de makna] semua ada ! Jika dilihat http://www.msdcairo.com
tiada kemaskini dari masa ke semasa…apa yang JPMK buat ![menurut beberapa orang pelajar ketika penulis temui]

Penulis difahamkan melalui beberapa “mata-mata” yang sentiasa memantau JPMK di zaman Pengarah ini tidak ada mengeluarkan apa-apa berita atau buletin tentang apa kerja JPMK di Mesir ! atau hanya bodek dan melayan Dato` bila tiba di Mesir saja ? Sudah menjadi sikap orang kita rasanya kerja kita tidak dilakukan sebaiknya dan menyalahkan orang lain.

Di Mesir pelajar sentiasa menghadapi masalah tekanan ! ada kena bunuh ada terjun bangunan ada jadi pembunuh ! Nama negara Malaysia yang gah di bumi Mesir sebelum ini….adakah kini sudah dicemari ? terutamanya status Al-Azhari !

Tidakkah bilangan pelajar asing yang paling ramai di Mesir adalah pelajar yang berasal daripada Malaysia atau pelajar yang paling ramai di luar negara !

Siapakah yang bersalah…semua pihak harus dibincang dan mencari penyelesaian secara berhemah dan berhikmah.Menyokong tidak semestinya “pak turut”..Mengkritik tidak semestinya membangkang…

Walau bagaimanapun, bila kisah yang menyayat hati seperti ini penulis teringat pula pada satu dokumentari,yang mana mereka membuat kajian terhadap pembunuh-pembunuh kejam dan pembunuh-pembunuh bersiri.

Maka mereka tersebut di interview perkara tersebut dan cuba mendalami apa yang sebenarnya berlaku di dalam diri/jiwa pembunuh-pembunuh tersebut ketika mereka menyiksa dan bertindak membunuh orang.

Menurut kajiannya,sebahagian besar daripada pembunuh-pembunuh tersebut mengatakan bahawa mereka seolah-olah “bukan diri mereka sendiri” ketika melakukan pembunuhan itu.Ini adalah tindakan luar kawalan yang dihasuti oleh “kuasa lain” kerana melihat darah yang bercampur dengan kepanasan kita ketika itu dan membuak-buak untuk memuaskannya sehingga mereka benar-benar mati.

Sebelum kejadian ini,penulis ada menulis tentang “Hebatkah Manusia

Manusia akan ditawan nafsu ammarah bi-suu` sepenuhnya sekiranya kita tidak berusaha atau mencari jalan bagaimana untuk membuang atau menyucikannya melalui “pemakanan rohani”.

Hati manusia yang bersifat Neutral ini ia boleh terkeatas sekali [mulia] ia boleh termulia berbanding segala makhluk lain dan ia boleh terkebawah [Keji] sekali berbanding segala makhluk !Kerana dalam diri manusia kita mempunyai Roh Takrim [Kemulian] dan Ruh Bahimah [Kebinatangan].
Kenapa manusia sebenarnya mulia ! Firman Allah yang bermaksud “Sesungguhnya Allah menjadikan kita sebaik-baiknya.”

Kenapa penulis ingin mengupas soal hati ? Kerana sudah memadai kita memahami sepotong hadis s.a.w yang mempunyai perbahasan yang begitu luas sekali sekiranya kita dibukakan Allah akan ilmu-Nya.
Mafhumnya : Sekiranya baik maka baik seluruh jasadnya.Ketahuilah dalam tubuh manusia ada sebuku daging iaitu qalb [hati]

Umum mengetahui bahawa pada jasad kita mempunyai anggota atau pancaindera seperti tangan,kaki,lidah sebagainya.Anggota ini diibaratkan sebagai RAKYAT JELATA yang akan diperintahkan oleh MENTERI dan RAJA.

Justeru itu,penulis merumuskan kepada JASAD,AKAL,HATI,RUH,NAFSU dan Jawarih [Anggota].

Jasad seperti Jihaz atau Perkakasan
Akal seperti Wazir atau Perdana Menteri / Menteri2
Hati seperti Malik atau Raja.
Ruh seperti Elektrik
Nafsu seperti Perosak yang menimpa ke atas perkakasan2.Firman Allah : Kalla Bal RAN `Ala Qulubihim.

Kita masih ingat hati manusia pada asalnya dalam keadaan fitrah suci,tulus dan murni semasa lahirnya seorang insan ke muka bumi.

Kenapa tercemar ? Adalah disebabkan oleh perbuatan kita sendiri dan kita tidak cuba untuk menyucikannya melalui jalan-jalan yang telah diinstanba`kan oleh Ulama-Ulama atau Waliyyan Mursyida yang menunjukkan jalan bagaimana untuk menyucikannya dan kita sendiri tidak berusaha untuk mencari bagaimana kaedahnya ! Kalau badan dikotori masihkan ada sabun sebagai alat menyucikannya..Kalau hati dikotori tetap ada alat untuk menyucinya !Kenapa tidak mahu berjumpa ahli atau pakar dalam bidang ini ?

Bila hati dicemari oleh selaput-selaput kemaksiatan satu satu titik ke satu titik lama kelama ia akan di kenali sebagai RAN sehingga seseorang itu terkunci untuk menerima petunjuk.

Maka lahirlah beberapa sifat mazmumah yang dizahirkan kepada sebagaimana yang telah ditegaskan dalam Al-Quran 7 nafsu seperti Ammarah Bi Suu`,Lawwahmah,Mulhamah,Muthma`innah,Ridiah,Mardiah sehinggalah ia akan kembali kepada asal iaitu Kamilah dan mata hatinya adalah terang benderang yang dapat menembusi hijab atau dinding dengan pancaran Nur Allah.

Oleh itu,penyuciannya adalah dengan menyebut nama tuhanmu lafzu-Jalalah [Isim Allah] dengan kaedah-kaedah tertentu dan sukatan pengajiannya yang tertentu !Tanpa penyucian seseorang itu tetap hatinya dikontrol oleh Iblis yang menjadi teman hidup kita.Manakah kita memilih Waliyyu Syaitan atau Waliyyu Allah.

Hati ibarat RAJA yang pada asalnya mempunyai istana yang begitu indah dan bersih..tetapi dikotori dengan selaput RAN.Jikalau tiada penyucian maka IBLIS tersebut akan menawan Istana tersebut dengan segala bentuk kejahatan yang akan dikeluarkan dengan perbuatan seseorang itu nanti.

Setelah iblis berumah di Istana yang indah dan bersih itu..RAJA sudah di tawan oleh makhluk yang bernama IBLIS..Maka Raja tersebut akan mendengar kata IBLIS..tiada peluang lagi atau loss contact untuk RAJA menyuruh kebaikkan kepada Perdana Menterinya iaitu AKAL.Dari sini kita kenali sebagai pesakit HATI..Fi Qulubihim Maradh..Maksudnya Dalam Hati2 Mereka Sakit..!

Inilah yang dikatakan hati sakit dari segi batin atau ma`ani bukan dari segi zahir ! semua hati manusia samada Kafir atau Muslim adalah sama yang membezakan adalah dari segi Batin.Sekiranya kita mengaku hati kita sakit..bukankah ada perawatnya !Kemanakah harus dicari ! Ayuh keluar mencari perawatnya atau Mohon pada Allah s.w.t !

Setelah Raja [hati] tersebut sudah gagal menghubungi Perdana Menterinya [Akal] dan Rakyat Jelata [Anggota Badan] untuk perkara2 baik…disini berlakulah NAFSU.yang mengeluarkan segala perbuatan-perbuatan jahat seperti mengadu domba,fitnah,membunuh,dan sebagainya kerana semuanya telah di remote controlkan oleh IBLIS.

Secara tidak sedar,dalam Islam ada macam-macampenjenayah,pemfitnah,pencuri tetapi BUKAN DARI ISLAM.

Oleh itu,penyucian hati adalah perlu kepada semua orang Islam..orang awam,agamawan sendiri..dengan pimpinan masuulnya atau Waliyyan Mursyida…Wallahu A`lam.

Sumber gambar sebahagaian daripada : http://bloodyrains.blogspot.com/

Gambar di bawah adalah tempat kejadian rumah mangsa.

mangsapembunuhan.jpg

alkiramfx

Posted on June 20, 2007, in Alam Mahasiswa. Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. assalam..sy berminat mngikuti kes pembunuhan pelajar terngganu.dan bgi sy,jika kita hndak mnilai ‘siapa salah’ dalam kes ini ,haruslah kita mngandaikn kesalahn dri mangsa dan rakan2.mngkin mangsa dan rakan2 mmbuat pembunuh berasa tertekan dengan pressure dan sebagainya.cuma,mngkin pembunuh tidak mmpunyai pendinding diri dan hanya mmpu mngikut nafsu.bgi pelawat2 blog yg mmbaca kes ini,dinasihat kn agar mnjaga hati org sekeliling.ambil intifadah melalui kata org tua2..”jangan kerana mulut badan binasa”.wassalam

  1. Pingback: Kain pelekat pengubat rindu ibu « Lakaran Seorang Pedagang Internet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: