Siswa al-Azhar bunuh rakan: Seorang pelajar cemerlang


 alkiramfx

SHAH ALAM: Pelajar Malaysia yang dipercayai membunuh seorang pelajar senegaranya di Mesir dalam satu kejadian Khamis lepas, telah melalui dan melepasi saringan yang dilakukan oleh penaja pengajiannya sebelum melanjutkan pelajaran kira-kira tiga tahun lepas.Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat Datuk Abdul Rahman Palil berkata pelajar berkenaan yang mendapat tajaan Lembaga Zakat Selangor (LZS) melalui saringan yang disyaratkan termasuk melepasi pemeriksaan kesihatan.

“Kita memang melakukan proses saringan dan tapisan termasuk kepada pelajar terbabit. Dia didapati sihat dan merupakan seorang pelajar yang bijak dan berdisiplin ketika melalui proses berkenaan.

“Malah dia merupakan pelajar pintar dan dikategorikan sebagai Jayyid Jiddan (cemerlang),” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar dan Dialog Harta Pusaka Daerah Klang di sini hari ini.

Abdul Rahman berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Jabatan Pelajar Malaysia di Mesir yang meminta semua penaja menyelidik latar belakang pelajar yang bakal dihantar ke negara itu bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Dalam kejadian Rabu lepas, seorang penuntut Malaysia di Universiti al-Azhar dari kampus Mansurah, Mesir mati ditikam lebih 10 kali oleh rakan senegaranya dari Selangor yang turut belajar di kampus berkenaan, di rumah sewa mangsa.

Dalam kejadian pukul 12.30 malam (waktu tempatan), Mohammad Ishak, 22, yang berasal dari Kampung Rajawali, Chendering, Kuala Terengganu, meninggal dunia selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Antarabangsa as-Salam akibat kecederaan parah di kepala dan lehernya.

Selain melakukan saringan dan menyelidik latar belakang pelajar, Abdul Rahman berkata LZS turut menghantar setiap pelajar tajaannya mengikuti kursus persediaan selama tiga bulan di Institut Latihan Dakwah Selangor (ILDAS).

Katanya kursus itu termasuklah memberikan penerangan, persiapan diri, ketatanegaraan, sejarah, pantang larang di tempat orang dan memantapkan disiplin termasuk persediaan fizikal dan mental sebelum pelajar melanjutkan pelajaran.

Katanya proses yang sama turut dilalui oleh pelajar yang terbabit dalam kes bunuh itu.

“Sebelum dia pergi melanjutkan pelajaran dia telah lalui semua saringan yang kita lakukan. Perkara ini terlalu subjektif dan kita serahkan kepada pihak berkuasa. Apa yang pasti tiada siapa yang mahu kes ini berlaku,” katanya.

Abdul Rahman berkata ibu bapa pelajar yang menjadi suspek kes bunuh itu ada menemuinya semalam dan memberitahu akan melawat anak mereka dalam masa terdekat.

Kerajaan Selangor dan LZS sedia membantu ibu bapa suspek dalam urusan pasport untuk ke Mesir bagi menziarahi anak mereka, katanya.

Sementara itu, Abdul Rahman meminta pejabat Unit Pembahagian Pusaka (UPP) Selangor dibuka di daerah Klang bagi memudahkan urusan tuntutan kerana pada ketika ini, penuntut atau waris dari daerah Klang perlu ke daerah Kuala Langat bagi menyelesaikan urusan masing-masing.

“Sebagai wakil rakyat, saya banyak terima aduan daripada masyarakat di Klang, terpaksa berulang-alik ke UPP di Kuala Langat untuk tuntut harta. Urusan tuntuan harta itu sedikit membebankan dan ada yang mengadu harta yang dimiliki habis untuk menyelesaikan urusan tuntutan,” katanya.

cari duit

Posted on June 19, 2007, in Alam Mahasiswa. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: