Suspek kes bunuh pelajar pernah ditahan polis Mesir


 

alkiramfx

KUALA TERENGGANU: Pelajar Malaysia di Universiti al-Azhar cawangan Mansurah, Mesir, yang disyaki membunuh rakan senegaranya, Mohammad Ishak, 22, Rabu lalu, pernah terbabit beberapa kes jenayah di Mesir.

Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia (JPM) di Mesir, Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti, berkata suspek yang berusia 22 tahun, sebelum ini beberapa kali ditahan pihak keselamatan Mesir kerana terbabit pergaduhan dengan rakyat negara itu dan kes kecurian.“Saya hanya mengetahui perkara itu selepas kes pembunuhan Mohammad kerana polis Mesir tidak melaporkannya kepada JPM.

“Kalau pelajar terbabit hendak dihantar balik, baru mereka serah kepada kita,” katanya di Kampung Raja Wali, Chendering di sini, semalam selepas mengiringi jenazah Allahyarham Mohammad dari Mesir.

Allahyarham Mohammad selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Laut di sini, kira-kira jam 9.30 pagi.

Mohammad, pelajar tahun pertama jurusan Usuluddin, dikatakan ditikam di leher di rumah sewanya, jam 8.30 malam waktu tempatan (1.30 pagi waktu Malaysia), Rabu lalu.

Motif kejadian belum diketahui, tetapi suspek yang menuntut di tahun tiga jurusan Pengajian Islam dan berasal dari Dengkil, Selangor, dipercayai mengalami tekanan mental.

Dr Mohd Fakhrudin ketika dihubungi pula berkata, suspek dikatakan lebih banyak berdiam diri apabila disoal siasat.

“Beberapa pelajar juga dikatakan pernah melihat suspek ketawa sendirian, selain tidak mempunyai ramai kawan kerana kurang bergaul dan lebih suka menyendiri,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta penaja membuat tapisan teliti sebelum menghantar pelajar melanjutkan pelajaran ke luar negara bagi mengelak kejadian itu berulang.

“Tapisan itu penting bagi mengelak penuntut yang tinggal jauh dari keluarga tidak terbabit kejadian tidak diingini,” katanya.

Sementara itu, Duta Besar Malaysia ke Mesir, Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir, berkata suspek dimasukkan di sebuah hospital di Mansurah, Jumaat lalu, bagi menjalani pemeriksaan mental.

Beliau yang dihubungi semalam, berkata setakat ini polis Mesir belum mengemukakan laporan berhubung keputusan pemeriksaan berkenaan.

“Saya difahamkan suspek masih disoal siasat dan motif pembunuhan itu belum diketahui. Siasatan kes itu dijangka mengambil masa seminggu atau lebih,” katanya.Sumber Bharian

cari duit

Posted on June 18, 2007, in Alam Mahasiswa. Bookmark the permalink. 1 Comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: