Penaja Diminta Selidik Latar Belakang Pelajar Bakal Dihantar Ke Mesir


KUALA TERENGGANU, 17 Jun (Bernama) — Jabatan Pelajar Malaysia di Mesir mahu penaja menyelidik latar belakang pelajar yang bakal dihantar ke negara itu bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

pengarahjpmkPengarahnya Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti berkata langkah itu perlu bagi memastikan pelajar terbabit sihat daripada segi mental dan fizikal.

“Pelajar yang menuntut di Mesir juga perlu memberi maklumat kepada jabatan jika ada sebarang masalah yang dihadapi terutama dari segi keselamatan atau kesihatan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada pengebumian jenazah Mohammad Ishak, 22, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Laut, dekat sini hari ini.

Mohammad, pelajar tahun pertama jurusan Usuluddin Universiti Al-Azhar cawangan Mansurah, Mesir mati dibunuh rakan senegara di negara itu tiga hari lepas.

Jenazah pelajar itu tiba di bahagian kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 9.10 malam tadi dan dibawa pulang ke kampung keluarganya di Kampung Rajawali di sini untuk pengebumian.

Dr Mohd Fakhruddin dan abang mangsa, Hassan Ishak, 28, mengiringi jenazah dari Kuala Lumpur dan tiba di sini kira-kira 7.15 pagi ini.

Sementara itu, Dr Mohd Fakhrudin berkata motif sebenar kejadian itu masih belum jelas walaupun seorang pelajar mengaku melakukan pembunuhan itu.

“Ini satu tragedi dan takdir yang harus diterima dan diharapkan tidak berulang lagi di masa hadapan,” katanya.

Sementara itu bapa mangsa Ishak Abdul Rahman, 63, berkata, beliau sedikit pun tidak menyimpan dendam kepada keluarga pelajar yang membunuh anaknya.

“Mereka juga tidak mengetahui apa yang berlaku di sana (Mesir). Jadi mengapa harus saya hendak berdendam dengan keluarga mereka (suspek).

“Walau sedih sekalipun, apa daya kita. Saya terima semua ini sebagai takdir. Saya juga bersyukur kerana jenazah anak saya dibawa pulang dan dikebumi di sini,” katanya dengan air mata bergenang.-Sumber Bernama

Posted on June 17, 2007, in Alam Mahasiswa. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: