Pelajar mati ditikam selamat dikebumi


KUALA TERENGGANU: Jenazah AllahyarhamJenazah mohamad01 Mohammad Ishak, 22, penuntut Universiti al-Azhar cawangan Mansurah, yang mati ditikam di Mesir, Rabu lalu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Laut, di sini kira-kira jam 9.30 pagi semalam.

Jenazah mohamad02Jenazah dikebumikan bersebelahan pusara kakaknya, Zuryada, 18, yang meninggal dunia kerana sakit buah pinggang pada 1992 dan adiknya Juriah, 15, yang meninggal kerana demam panas empat tahun lalu.

kSebelum dibawa ke tanah perkuburan itu, keluarga arwah Mohammad berpeluang melihat wajah Allahyarham yang tiba di rumah keluarganya di Kampung Pengakalan Raja Wali, Chendering kira-kira jam 7.15 pagi,

Seorang guru pondok, Abdul Rahman Ahmad Pattanitalqin mengetuai solat jenazah, manakala talkin dibacakan Imam Masjid Kampung Laut, Mohd Rosdi Abdul Rahman.

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Che Mat Jusoh dan Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Abdul Halim Mohd Ishak adalah mereka yang menghadiri pengebumian.

kuburJenazah Allahyarham tiba di rumah keluarganya pagi semalam dengan kereta jenazah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

ishakBapa arwah, Ishak Abdul Rahman, 63, bersyukur kerana jenazah anaknya selamat dikebumikan dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri yang membiayai penghantaran pulang jenazah dari Mesir ke Terengganu.

“Saya gembira kerana dapat melihat wajah arwah bagi kalizaharah terakhir tetapi agak sedih melihat masih ada tampuk darah pada jenazah,” katanya.

Sementara itu ibu arwah, Zaharah Mohamad, 58, berkata beliau bermimpi seminggu sebelum kejadian Allahyarham Mohammad pulang ke rumah tetapi tidak berkata apa-apa.

“Saya sedikit pun tidak menduga mimpi itu ada kaitan dengan kematian Allahyarham,” katanya.

Sementara itu di Kuala Lumpur, pelajar Malaysia di luar negara dinasihat supaya mengambil berat soal keselamatan dan kesihatan diri bagi mengelak kejadian buruk yang boleh menjejaskan masa depan mereka.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Ong Tee Keat, berkata walaupun kadangkala sesuatu perkara boleh berlaku tanpa diduga namun mereka diingatkan supaya menjaga diri dan sentiasa berhati-hati.

“Saya sendiri tidak pernah jemu memberi pelbagai nasihat apabila berpeluang bertemu pelajar kita di luar negara malah sentiasa mengingatkan mereka bahawa kerajaan menyediakan badan khas yang bertindak menguruskan hal ehwal pelajar di sana dan jika mereka mempunyai sebarang masalah, pihak berkenaan sentiasa bersedia membantu.

“Namun kali ini, kejadian yang tidak diduga iaitu pembunuhan membabitkan pelajar dari negara kita terjadi dan saya amat sedih dengan tragedi yang menimpa pelajar berkenaan,” katanya selepas merasmikan pameran Seni Wang Dai Fo, di sini, semalam.

Beliau mengulas kejadian menimpa pelajar Malaysia di Universiti Al-Azhar cawangan Mansurah, Mohamad Ishak, 22, dari Kampung Pengkalan Wali, Cendering, Terengganu yang meninggal dunia akibat dipukul dan ditikam bertubi-tubi pada leher oleh rakan senegara Rabu lepas.

Jenazah Mohamad Ishak tiba di kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), jam 9.10 malam kelmarin untuk dibawa ke kampung asal sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Laut, Chendering.

“Setakat ini, KPT masih belum menerima sebarang laporan mengenai siasatan kes berkenaan, bagaimanapun saya mewakili warga kementerian mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan meminta mereka bersabar menunggu keputusan berhubung kes itu,” katanya.

Sementara itu, Ong meminta masyarakat negara ini supaya tidak hanya berbangga dengan kemajuan pembangunan melalui mercu tanda seperti Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Petronas. Sumber Berita Harian.

Posted on June 17, 2007, in Alam Mahasiswa. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: