Jenazah pelajar al-Azhar dibunuh tiba malam ini


alkiramfx

KUALA TERENGGANU: Jenazah pelajar Malaysia di mUniversiti al-Azhar cawangan Mansurah, Mesir yang mati ditikam, dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 8.40 malam ini.

Urusan membawa pulang jenazah Mohammad Ishak, 22, menggunakan penerbangan Egypt Air, diuruskan Yayasan Terengganu (YT), dijangka berlepas dari Kaherah jam 3.30 pagi waktu tempatan (9.30 pagi waktu Malaysia).

Pengarah YT, Kamarul Al Amin Ismail, berkata jenazah Mohammad akan diiringi Pegawai Hal Ehwal Pelajar YT di Mesir, Mohd Ropi Busu dan kos membawa pulang itu yang mencecah lebih RM15,000 ditanggung sepenuhnya YT.

“YT menerima arahan daripada Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh untuk memastikan jenazah Mohammad dibawa pulang ke kampung. YT tidak pernah memilih kasih antara pelajar tajaan dan bukan tajaan,” katanya ketika ditemui di rumah keluarga Mohammad di Kampung Pengkalan Raja Wali, Chendering, di sini, semalam.

Kamarul Al Amin berkata, sebaik tiba di KLIA, jenazah Mohammad akan dibawa menaiki kereta jenazah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan dijangka sampai awal pagi esok (Ahad).

Beliau berkata Ketua Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan YT, Dr Hashim Azmi Che Nuh dan abang Mohammad, Hassan, 28, akan berada di KLIA menunggu ketibaan jenazah sebelum dibawa pulang ke Terengganu.’

Sementara itu, keluarga Mohammad menyerahkan hasil siasatan kes itu kepada pihak berkuasa.

Bapa mangsa, Ishak Abdul Rahman, 63, berkata kejadian itu adalah ketentuan Allah yang diterima keluarganya.

Walaupun sedih dengan kehilangan Mohammad, katanya pihaknya tidak akan bersengketa dengan keluarga suspek serta sedia menerima kedatangan keluarga suspek ke Terengganu.Sumber http://www.bharian.com.my

cari duit

Posted on June 16, 2007, in Alam Mahasiswa. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: