Pelajar Malaysia dibunuh di Mesir, rakan ditahan


 

cari duit

PUTRAJAYA 14 Jun – Seorang pelajar dari Chendering, Kuala Terengganu mati dibunuh dipercayai oleh seorang rakannya yang juga pelajar dari Malaysia ketika sedang mengulang kaji bersama-sama di sebuah rumah sewa di Mansurah, Mesir, malam semalam.Mangsa, Mohamad Ishak, 22, pelajar tahun tiga kursus Usuluddin mati setelah dipukul dengan kayu dan ditikam bertalu-talu oleh pelajar dari Selangor yang juga berusia 22 tahun dan mengikuti pengajian bahasa Arab di tahun dua.

Kedua-dua mereka merupakan pelajar Universiti Al-Azhar, cawangan Mansurah.

Duta Besar Malaysia ke Mesir, Datuk Zainal Abidin Kadir ketika dihubungi hari ini berkata, suspek kini ditahan di balai polis sementara jenazah Mohamad akan dikebumikan di Kaherah setelah mendapat persetujuan keluarganya di Terengganu.

Menurutnya, sehingga kini polis masih belum mengenal pasti punca kejadian tersebut namun difahamkan suspek selalu ke rumah mangsa untuk mengulang kaji pelajaran bersama-sama dengan empat lagi rakan yang lain.

“Pada hari kejadian, suspek telah datang ke rumah mangsa namun disebabkan kawan-kawan mereka telah keluar, dia hanya mengulang kaji bersama dengan mangsa di rumah itu.

“Mangsa yang sedang melihat Internet sambil membaca buku kemudiannya dipukul secara tiba-tiba oleh suspek dengan sebatang kayu. Suspek kemudian mengejarnya sehingga ke dapur sebelum mengambil pisau dan menikam mangsa dengan bertubi-tubi,” katanya.

Kejadian itu, tambahnya, berlaku pada pukul 7 petang dan jeritan mangsa telah mengejutkan jirannya sebelum mereka menelefon rakan serumahnya.

Zainal Abidin berkata, rakan mangsa kemudian menghubungi polis dan mangsa yang berada dalam keadaan parah dihantar ke sebuah hospital sebelum meninggal dunia pada pukul 12 tengah malam semalam.

“Mohamad patah tangan akibat dipukul dengan kayu dan tangannya penuh dengan kesan kelar kerana cuba mempertahankan diri sementara badannya penuh dengan kesan tikaman.

“Sementara suspek pula dalam siasatan awal menyatakan bahawa dia tidak tahu kenapa bertindak demikian ke atas mangsa,” katanya yang turut berada di balai polis di situ.

Menurut Zainal Abidin, pihak kedutaan akan menguruskan pengkebumian Mohamad dan jenazahnya akan dibawa ke Kaherah iaitu kira-kira 130 kilometer dari Mansurah.

Sementara itu di Kuala Terengganu, abang mangsa, Husin, 28, berkata, adiknya dipercayai menjadi ‘mangsa lepas geram’ pelajar senior.

“Dia didatangi oleh seorang pelajar senior yang hendak mencari teman serumah adik saya bernama Abdul Kadir.

“Tetapi setelah mengetahui Abdul Kadir tiada di rumah, pelajar tersebut dipercayai dengan tidak semena-mena mencapai sebilah pisau dan terus menyerang biarpun adik saya merayu-rayu supaya tidak dicederakan,” katanya ketika ditemui di kediaman keluarganya di Kampung Pangkalan Rajawali, Chendering di sini hari ini. Sumber Utusan Online

alkiramfx

Posted on June 15, 2007, in Alam Mahasiswa. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: