Pelajar Al-Azhar dibunuh rakan: Cucu mimpi pak cik pulang


KUALA TERENGGANU: Ibu Mohamad Ishak, 22, pelajar yang mati dibunuh di Mesir, berkata cucunya, Aqeb Irfan Abdul Rais, 4, bermimpi bapa saudaranya akan pulang ke rumah, semalam.

“Aqeb memberitahu dia bermimpi Allahyarham akan pulang ke rumah hari ini (semalam).

“Mak cik terkejut kerana mimpi itu mungkin menandakan Allahyarham kembali ke rahmatullah,” kata Zaharah Mohammad, 58, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pengkalan Rajawali, Chendering di sini, semalam.

Menurutnya, anak ketujuh daripada sebelas beradik itu bercita-cita menjadi pendidik seperti dua abangnya yang juga lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir.

Katanya, Allahyarham memulakan pengajian di universiti berkenaan pada September tahun lalu selepas menamatkan pengajian di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (Kusza) di sini, pada 2004 lalu.

“Dia berazam melanjutkan pengajian di sana. Walaupun gagal mendapat sebarang biasiswa, keluarga bersetuju untuk membiayai pengajiannya,” katanya.

Sementara itu, kakak keempat mangsa, Zuryani, 30, berkata, beberapa hari sebelum kejadian, dia menghantar SMS kepada Mohamad bertanya khabar dan memberi ucapan semoga berjaya dalam peperiksaannya yang berakhir Ahad lalu.

“Dalam SMS itu, saya tulis perkataan ‘jannah’ bermaksud syurga bukannya ‘najah’ (berjaya).

“Saya tidak menyangka ucapan saya melalui SMS itu yang berbunyi, ‘tak apelah, salah pun, nanti Mad masuk syurga jugak’ adalah SMS terakhir saya kepadanya,” katanya.

Abang mangsa, Hussin, 28, berkata, dia sedih dengan kejadian itu dan menyifatkan nasib menimpa Allahyarham sebagai takdir dan reda.

“Mohamad meninggal dunia akibat tersalah sasaran dan kami sekeluarga begitu merasai kehilangannya,” katanya.

Sumber Harian Metro

Posted on June 15, 2007, in Alam Mahasiswa. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: