Pelajar Al-Azhar dibunuh rakan: Bapa tak percaya


DENGKIL: “Saya bingung dan keliru selain masih tidak percaya anak saya sanggup melakukan tindakan sekejam itu kecuali ada kuasa lain yang merasuknya.

“Saya cukup terperanjat apabila dihubungi tengah hari semalam mengatakan anak saya ditahan untuk membantu siasatan kes membabitkan kematian seorang pelajar di Mesir, malam kelmarin,” kata bapa kepada suspek kes bunuh di Mesir, di sini petang semalam.

Dia yang ditemui di kediamannya di Bukit Canggang, di sini, berkaitan penahanan anak lelakinya yang menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir, untuk membantu siasatan satu kes bunuh yang membabitkan seorang lagi penuntut Malaysia, di Mansourah, kelmarin.

Menurutnya, anaknya seorang yang pendiam menyebabkan mereka sekeluarga buntu dengan punca kejadian itu.

Dia serta keluarga seolah-olah tidak percaya dengan apa yang berlaku kerana mendakwa anaknya berkelakuan baik dan cemerlang dalam pelajaran serta aktif bersukan.

“Saya baru menghubunginya Selasa lalu dan dalam perbualan itu, dia langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap dan sebagainya. Dia kedengaran gembira dapat berbual dengan saya.

“Dia sempat menyampaikan pesan kepada adiknya supaya rajin mengulang kaji pelajaran serta sentiasa patuh kepada ibu bapa,” katanya.

Dalam perbualan berkenaan, anak lelakinya mengatakan tidak mempunyai sebarang masalah dengan rakan sekuliah, kewangan mahupun pelajaran.

Menurutnya, ini membuatkan keluarganya semakin kusut memikirkan hal berkenaan dan setakat ini, tidak tahu apa yang berlaku sehingga menyebabkan kejadian terbabit.

“Kali terakhir dia pulang Ogos tahun lalu dan menceritakan kawasan tempat tinggalnya agak ‘keras’ dan ramai pelajar terutama perempuan sering menjadi mangsa ‘gangguan’.

“Bagaimanapun, saya memintanya tidak lupa solat selain membaca al-Quran untuk mengelakkan gangguan,” katanya.

Anak sulungnya itu bagaimanapun memaklumkan dia tidak mengalami gangguan terbabit.

Dia bagaimanapun menyerahkan siasatan kes itu kepada pihak berkuasa Mesir dan berharap dapat bertemu anaknya dalam masa terdekat.

“Saya sudah merancang untuk bertemu keluarga mangsa di Terengganu tetapi buat masa sekarang, saya mahu selesaikan perkara membabitkan anak saya dulu.

“Saya akan membuat persiapan untuk ke Mesir dalam sehari dua ini bagi mendapatkan maklumat lebih lengkap dan melakukan apa-apa proses yang perlu di sana,” katanya.Sumber Harian Metro

Posted on June 15, 2007, in Alam Mahasiswa. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: