Beradabkah kita ?


 alkiramfx

Teringin plak sekadar nak mengupas…”Jangan pula kerana membuang adat, kita turut membuang adab” (To throw away custom does not justify us being rude).

Kita diasuh dengan adat atau budaya tersendiri..setiap manusia atau kaum mempunyai adatnya tersendiri dan berbeza.

Apa yang aku nak tekankan terdapat sesetengah kita masih tidak beradab dengan panggilan Ahli Bait saidina Rasullullah s.a.w..yang paling malangnya adalah terdiri daripada golongan agamawan.

Kalau di Mesir, ada lagi pelajar yang tidak sedar apabila menyebut nama tempat di kawasan Aulia Allah hinggakan cucu Rasullullah s.a.w memanggil nama tempat seperti HUSAIN.Tempat ini terletaknya maqam saidina Hussain r.a dan diijmakkan oleh Ulama` dan dimasjid saidina hussain juga terdapat khazanah saidina Rasullullah s.a.w sebagai membuktikan bahawa maqam itu adalah maqam saidina Hussain.

Mengikut pengikut2 dan pencinta2 ahli bait rasullullah s.a.w sekirannya kita memanggil saja HUSSAIN tanpa ada title atau gelaran SAIDINA HUSSAIN..adalah dikira kita tergolong dalam manusia yang tidak beradab menyebut atau memanggil nama tempat tersebut.

Di Mesir kebanyakkan munculnya bandar2 atau pekan dan juga pasar adalah didirikan di kawasan maqam2 aulia Allah sebagai barakah dan tabarruk.Kebiasaanya disitulah bermulanya pasar2 dan sebagainya seperti bermula dari maqam saidina hussain r.a hingga ke atabah dan dari atabah sehinggalah ke sidi abu ala` r.a.

Kenapa dan mengapa dimana kesedaran…jika golongan agamawan sendiri tidak beradab..takabburkah ! jangan mempersendakan dan bebiasakan diri kita bila menyebut nama2 tempat seperti kita orang tanya kita nak pergi mana..nak pergi ke SAIDINA HUSSAIN untuk membeli-belah..

Logiknya adalah pernahkah kita memanggil bapa kita seperti AHMAD atau mad,ALI,ABDULLAH dan sebagainya atau pernahkah kita memanggil nama penuh ibu kita seperti ROKIAH,KALSOM dan sebagainya.Semestinya TIDAK..kita akan membahasakan dengan bahasa ayah atau ibu atau mak ! Sekiranya anda memanggil nama penuh ibu dan ayah kita dengan nama penuh pasti anda juga dikatakan tidak beradab.

Oleh itu,penggunaan saidina atau diistilahkan sebagai tuan atau ketua..sebagai tanda kita kasih dan sayang serta pengikut kepada mereka yang menjadikan perantaraan untuk menyebarkan rahmat dan hidayah Islam kepada kita.Rasulullah pernah bersabda yang mafhumnya “Aku adalah ketua bagi segala anak adam dan tidak pula untuk berbangga2.” Dalam hadis lain pula “Aku adalah datuk kepada semua orang bertaqwa dan pada hakikatnya bagi semua wali.”

Maksud dari Al-quran sebagaimana allah berfirman : Tidakkah kami utuskan engkau kecuali untuk rahmat kepada semua alam..

Kehebatan dan kebesaran Rasullullah adalah menyampai rahmat kepada semua alam termasuk alam jin dan malaikat..kerana disitu terdapat penggunaan semua alam semesta.

Walaupun terdapat juga yang mengatakan agar tidak perlu digunakan SAIDINA kerana BIDAAH ? Apa itu bidaah !  Adakah menjadi kesalahan besar bagi umat muhammad s.a.w menyebut SAIDINA ! Adakah semakin banyak belajar semakin sempit dan semakin jahil ?

Kata syeikhku..lihatlah zaman firaun selama 55 tahun yang mana Allah s.w.t mengutuskan Saidina Musa a.s. untuk memberi rahmat kepada kaumnya dengan hanya 5 minit saja berbanding dengan 55 tahun…bermakna 5 minit itu lebih bernilai daripada 55 tahun orang boleh memahami agama Islam.Semuanya membawa kita berfikir !

Ilmu Islam itu Allah bukan saja terletak atau memberi kepada orang yang belajar agama dari kecil sampai ke tua..bahkan kuasa Allah adalah mutlaq dan luas..dia berhak meletak kepada sesiapa saja..kita perlu yakini dengan ilmu kasbi [ilmu dengan daya usaha kita] dengan ilmu wahbi [ilmu pemberian] atau ilmu ladunni..sebagaimana yang catatkan dalam kitab suci kisah antara Saidina Khaidir dan Saidina Musa.Kefahaman dan pencarian ilmu adalah luas ! Allah berhak meletakkan kepada sesiapa saja..jangan takabbur sebagai mana sifat nyalaan api yang sentiasa mahu ke atas yang tidak mahu turun ke bawah walaupun kita cuba untuk ke bawah..kalau arab panggil mancis itu adalah kibreet yang berasal dari kalimah kibr..walaupun biji mancis itu kecil sebiji zarah tetapi ia boleh membakar dunia ini ! begitulah apabila sifat takabbur kita berada dalam diri kita..memang bahaya dan membahayakan !

Islam adalah bukan dengan cara logik akal kita..ada penyalahgunaan kalimah Mufakkir Islam..Islam adalah bukan satu bahan pemikiran..Bagaimana Saidina Musa a.s membelah laut ! sehinggakan menggelamkan firauan dan pengikutnya ke dalam laut..kalau difikirkan memang tidak logik hanya menggunakan tongkat..! Bagaimana kisah Saidina Nuh a.s yang membina kapal di tengah2 padang pasir sehinggakan orang mengatakan baginda gila..akhirnya yang mengatakan demikian tidak dapat menyelamatkan diri dengan banjir yang besar…!

Keagungan dan kebesaran Allah s.w.t yang bersifat mutlak [unlimited] bukannya taqiid [limit] perlu diakui dalam memahami dan diyakini agar aqidah kita tidak terpesong dan berlaku syirik kepadanya !

Ingatlah orang munafiq itu akan berada di tingkatan dasar neraka atau yang paling bawah sekali berbanding dengan orang kafir !

Hikmah Allah menjadikan orang kafir adalah bukannya orang Islam melakukan pembunuhan tetapi yang paling tepat adalah membunuh kekufuran !! Wallahu a`lam semoga bermanfaat kepada yang memahami dan diberi taufiq kepada yang tidak faham ! Aku hanya penyampai untuk dikongsikan bersama !.

cari duit

Posted on June 14, 2007, in Idea Central. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: